AKTIVITI AKAN DATANG...
Jumaat, Disember 26, 2008
Sistem Maklumat Penilaian Kakitangan (SMPK) 2008...
Penialaian Prestasi akan bermula pada 15 Januari 2009... Semua kakitangan dinasihatkan untuk melengkapkan dan memperaku SMPK masing-masing sebelum tarikh yang telah ditetapkan... Kegagalan kakitangan untuk melengkapkan SMPK akan memberikan masalah kepada pihak penilai untuk membuat penilaian...
SMK boleh di akses di tapak web http://smk6.ukm.my/smpk/login.cfm
Rabu, Disember 24, 2008
Perancangan tambah baik, ubahsuai dan naiktaraf Jabatan Radiologi...
Sehubungan dengan itu, semua kakitangan dijemput untuk mengemukakan sebarang cadangan kepada En. Hishamuddin secara kertas kerja atau secara bertulis... Didalam kertas kerja cadangan atau usul tersebut haruslah dinyatakan cadangan, tujuan dan kepentingannya kepada Jabatan...
Kertas kerja cadangan secara bertulis ini perlu diserahkan secepat mungkin bagi memudahkan permohonan diajukan kepada pihak pengurusan...
Isnin, Disember 22, 2008
Keputusan PTK bilangan 4/2008...
Keputusan Peperiksaan PTK bagi sesi 4/2008 yang telah diadakan pada 20 Oktober hingga 5 November 2008 telah disahkan oleh Lembaga Penilaian Kompetensi Bil. 9/2008 pada 23 Disember 2008 dan keputusan boleh disemak melalui Sistem Maklumat Kakitangan dan laman web PTK www.ukm.my/eptk
Tahniah kepada semua kakitangan Jabatan Radiologi yang telah lulus didalam peperiksaan PTK pada kali ini... Kepada yang tidak berjaya, boleh cuba lagi pada peperiksaan yang akan diadakan lagi nanti... Pemeriksaan PTK akan diadakan sebanyak 4 kali setahun...
Opsyen pilihan cuti dan KWSP...
Opsyen pemilihan cuti dan KWSP bagi semua kakitangan PPUKM sedang berlangsung... Semua kakitangan dikehendaki untuk membuat pilihan opsyen cuti didalam skim asal, atau membuat pilihan cuti di tolak sebanyak 5 hari (atau tanpa kenaikan sebanyak 5 hari setelah genap 10 tahun bekerja atau apabila dinaikkan pangkat kelak)...
Bagi opsyen pemilihan KWSP pula, kakitangan dikehendaki untuk membuat pilihan samada mengekalkan potongan 11% bagi KWSP atau membuat potongan sebanyak 8% bagi potongan KWSP tersebut...
Semua pemilihan boleh dilakukan mulai sekarang... Buatlah pilihan yang bijak demi masa depan anda... Borang-borang boleh diisi secara on-line di tapak web Sistem Maklumat Kakitangan (SMK)... Borang-borang yang siap diisi perlu dicetak, ditandatangani dan dihantarkan ke Jabatan Sumber Manusia...
Tapak web Sistem maklumat kakitangan boleh di akses di http://smk4.ukm.my/peribadi/ ... Bertindak segera sebelum 30 Disember 2008...
Suite Angiografi akan ditutup untuk penyelenggaraan...
Pihak jabatan memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang berlaku... Penutupan ini adalah untuk memberikan kemudahan yang lebih baik untuk masa hadapan...
Jumaat, Disember 19, 2008
Pelekat Letak Kereta 2009 Pusat Perubatan UKM...
Permohonan pelekat letak kereta mengikut zon tahun 2009 boleh diperolehi di Jabatan Pentadbiran Am, bangunan asrama jururawat, Pusat Perubatan UKM... Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Disember 2008... Semua kakitangan boleh mengambil pelekat berkenaan yang telah diluluskan mulai 26 Disember 2008 hingga 31 Disember 2008...
Syarat-syarat...
1. Petak Tempat Letak Kereta adalah satu kemudahan yang diberikan oleh Pusat Perubatan UKM kepada kakitangan yang layak. Ianya bukanlah hak milik individu atau peruntukan untuk mana-mana jabatan dan boleh ditukar/ditarik balik dengan arahan pihak berkuasa PPUKM.
2. Kelayakan kakitangan adalah seperti berikut;
2.1 Zon A diberikan kepada kakitangan Gred 48 ke atas dan Ketua-ketua Jabatan sahaja.
2.2 Zon B dikhaskan untuk Pegawai Perubatan Atas Panggilan sahaja. Pihak Jabatan hanya perlu mengemukakan surat makluman kepada Unit Keselamatan memaklumkan jadual pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan secara gunasama ”first come first serve”. Tiada pelekat disediakan untuk tujuan tersebut. Sekiranya meletakkan kenderaan lebih daripada 48 jam, tindakan penguncian tayar akan dilakukan.
2.3 Zon C, D, F dan G untuk Gred 36 ke atas sahaja dan Kakitangan yang diluluskan oleh pihak pengurusan.
2.4 Zon E untuk Gred 22 hingga 32 sahaja secara gunasama ”first come first serve”.
2.5 Zon H untuk Pelajar Siswazah Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Pegawai Farmasi Siswazah dan Pegawai Perubatan ”Attachment” sahaja secara gunasama ”first come first serve”.
2.6 Zon K untuk Pelajar Perubatan Prasiswazah yang menginap di Kolej Tun Dr. Ismail sahaja.
3. Peraturan tempat letak kereta mengikut Zon-zon ini adalah tertakluk pada hari bekerja Isnin – Jumaat dari jam 7.30 pagi – 5.00 petang sahaja. Kakitangan lain dibenarkan masuk ke mana-mana zon selepas waktu tersebut dan pada hari minggu serta hari cuti umum KECUALI petak khas Jabatan Perubatan Kecemasan ( F1 – F15).
4. Pemegang pelekat Zon E dibenarkan meletakkan kereta di Zon C, D, F & G selepas jam 1.30 petang KECUALI petak khas Jabatan Perubatan Kemasan, Tempat Letak Kereta Berbumbung, petak khas Rumah Ronald McDonald, petak khas SAHABAT, dan petak khas kakitangan mengandung.
5. Untuk kakitangan lain mereka boleh meletakkan kereta secara gunasama “first come first serve” di Tempat Letak Kereta Kakitangan bersebelahan dengan Tempat Letak Kereta Awam. Sekiranya tempat letak kereta kakitangan telah penuh, kakitangan boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta sekitar stadium dan kolam renang. Perkhidmatan pengangkutan percuma (Shuttle) akan disediakan bagi kemudahan kakitangan dan pelanggan ke PPUKM dan akan bergerak setiap 15 minit mulai jam 7.00 pagi – 10.00 malam setiap hari bekerja.
6. Kakitangan telah lama berkhidmat di sediakan 10 petak mengikut keperluan di Zon C. Mereka yang dipertimbangkan adalah yang telah berkhidmat 35 tahun dan ditentukan oleh pihak berkuasa PPUKM.
7. Petak G71 – G85 dikhaskan untuk kakitangan mengandung secara gunasama “first come first serve”. Syarat-syarat seperti di dalam borang permohonan petak letak kereta kakitangan mengandung.
8. Kakitangan OKU pula ditempatkan di mana-mana zon mengikut keperluan.
9. Semua kenderaan yang diletakkan di petak tempat letak kenderaan hendaklah diletakkan secara ”Reverse Parking” untuk mememnuhi keperluan 5S PPUKM.
10. Adalah menjadi satu kesalahan jika pelekat ini dipindah milik tanpa kebenaran bertulis dan tindakan mandatori menarik balik kemudahan ini akan diambil.
Oleh yang demikian, mulai 2 Januari 2009 semua pelekat kereta tahun 2008 akan dibatalkan dan pelekat kereta tahun 2009 akan dikuatkuasakan... Borang permohonan pelekat kenderaan boleh diperolehi di http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/122008/23-63.doc
Isnin, Disember 15, 2008
Kursus kenegaraan untuk kakitangan...
Kakitangan yang pernah memohon tetapi masih lagi tidak di panggil untuk menyertai kursus kenegaraan tidak lagi perlu untuk mengisi borang yang disediakan... Bagi kakitangan yang belum membuat sebarang permohonan, borang permohonan boleh diperolehi dari En. Hishamuddin...
Jumaat, Disember 12, 2008
Pertukaran nombor hotline IT-PACS...
Khamis, Disember 11, 2008
Civil servants who opted for EPF can revert to pension...
Other decisions taken by the committee included upgrading the salary schemes for investigating officers under the Anti-Corruption Agency and for senior, low-ranking officers and constables in the police force, and a 20% increase in pay for maritime officers, said Abdullah. “All these decisions will be effective from Jan 1,” he said, adding that the Government would work out the actual amount of financial allocation involved in the upgrading and salary increase later. Cuepacs president Omar Osman had complained last week that civil servants who opted for EPF did not enjoy benefits such as free medical treatment in government hospitals and gratuity payments upon their retirement.
Earlier, Abdullah said he was glad to note that the number of complaints involving public delivery of services had reduced from his dialogues with various business and non-governmental groups. “In the World Competitiveness Yearbook report for this year, Malaysia has managed to improve its ranking from 23rd last year to 19th this year. For the category of countries with more than 20mil population, we have also moved one place from the 8th ranking to the 7th this year.“Efforts to enhance our online access for government services have begun to bear fruit. Under an analysis by the Brown University in United States, Malaysia’s online government services have improved from 25th place last year to 11th place,” he said, adding that the civil service should be proud of their achievement.
However, Abdullah said award-winning government departments should ensure that they continued to maintain and improve on their standards.“Selection of winners must be made according to high standards so that their win will not be disputed by anybody, which can then erode the public confidence in our awards,” he said.Universiti Teknologi Mara (UiTM) won the Prime Minister’s Award for Quality at the event.
Jumaat, Disember 05, 2008
Isu permohonan cuti rehat...
Oleh kerana terlalu ramai yang memohon untuk bercuti, tidak kesemua permohonan cuti dapat ditunaikan... Bagi mereka yang sudah bercuti pada Aidilfitri lalu, mereka perlulah memberikan kesempatan kepada rakan yang lain untuk bercuti pula... Kakitangan yang bertugas di jabatan ini perlulah bekerja didalam satu pasukan, mereka seharusnya prihatin dengan semua rakan sekerja... Semua kakitangan harus mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri kerana mungkin akan memakan diri di kemudian hari... Jangan pula ada yang sahaja 'suka-suka' untuk bercuti kerana mengikut 'trend' ramai yang bercuti... Sikap sebegini seharusnya dielakkan untuk keharmonian dan keselesaan bekerja pada masa kini dan juga di masa-masa akan datang...
Semua kakitangan yang masih mempunyai baki cuti digalakkan untuk menyimpan cuti dan membawanya ke tahun hadapan... Kakitangan juga di galakkan untuk belajar menyimpan cuti dan jangan menghabiskannya pada hujung setiap tahun kecuali bagi mereka yang belum disahkan jawatan atau pekerja kontrak)...
Pihak jabatan ingin memohon maaf kerana tidak dapat meluluskan kesemua permohonan cuti pada minggu hadapan (bersempena Hari Raya Haji)... Jika boleh semua permohonan cuti kakitangan akan ditunaikan, tetapi dengan bilangan kakitangan yang tidak seramai mana di Jabatan ini; ada juga yang harus menjalankan bertugas... Pihak jabatan telah sedaya upaya untuk menunaikan segala permohonan cuti yang di pohon, tetapi kelulusan hanya akan diberikan setakat yang termampu...
Perhimpunan Mingguan Jabatan Radiologi...
Kursus BTN selama 5 hari mesti dilalui oleh semua kakitangan kerajaan sebelum keluar negara... Kursus ini di penuhi dengan aktiviti lasak yang telah mempengaruhi perasaan dan nafsu untuk selalu memikirkan kemampuan diri... Keadaan fizikal yang tidak seadanya seperti di zaman remaja turut menjadi halangan... Lutut dan tumit yang bermasalah juga telah melemahkan semangat...
Berkat ilmu, akal yang tajam dan keyakinan diri telah mengatasi segala kemahuan perasaan dan nafsu... Kem tempat berkursus yang terletak di kawasan Ulu Sepri dengan permukaan bumi yang berbukit-bukau amat sesuai untuk aktiviti lasak... Rahsia di sebalik acara senaman harian yang diikuti setiap awal pagi sekurang-kurangnya telah menyediakan fizikal yang cukup sihat untuk menghadapi ujian di hari yang terakhir...
Sebenarnya kemampuan fizikal yang sebegitu adalah mematuhi pelan perancangan pihak pengurusan latihan yang kebanyakan berpengalaman dalam sektor pertahanan negara... Bagi diri ini, walaupun keadaan fizikal yang kurang mantap, berbekalkan keyakinan diri yang tinggi, semua sesi senaman telah dapat diikuti dengan jayanya... Sekiranya kehendak perasaan dan nafsu dituruti, sudah tentu fizikal ini tidak dipaksa untuk bersenam bersama peserta-peserta kursus yang lain... Maka setiap hari berehatlah bersama dengan ibu-ibu yang mengandung menunggu tamatnya sesi senaman pagi...
Ujian berlari 2km tetap diikuti biarpun kemampuan diri terus dipersoalkan oleh perasaan dan nafsu... Akhirnya, persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di minda tadi masih tidak dapat mengatasi ilmu dan akal yang sentiasa mengira, menimbang dan memutuskan seperti 'central processing unit'... 2km dapat dapat diharungi walaupun di tempat yang terakhir...
Ujian terakhir iaitu sesi yang dinamakan 'kembara' perlu dihadapi dengan berjalan dalam kumpulan sehingga ke penamat... Tentunya kerjasama dalam pasukan dituntut dalam sesi ini... Sebagai fasilitator, saya tidaklah diwajibkan untuk mengikuti sepenuhnya perjalanan dalam kumpulan tadi tetapi berjalan menempuh bukit-bukau tidak dapat menghalang semangat dan keyakinan diri yang tinggi... Setelah satu perempat perjalanan, kumpulan berhenti rehat beberapa minit kemudian meneruskan lagi berjalan sehingga melepasi setiap 'check point'... Akhirnya, kumpulan sampai ke penamat dalam masa yang ditentukan...
Pengajaran:
1. Setiap usaha akan ada atau sentiasa ada persoalan-persoalan yang bermain di fikiran supaya kita menuruti perasaan dan nafsu...
2. Fizikal kita berkehendakkan isyarat dari akal dan minda yang berkeyakinan tinggi untuk menggeraknya...
3. Tidak semua manusia tergolong sebagai manusia yang suka menuruti isyarat tadi lantas arahan yang memaksa daripada manusia lain amat diperlukan untuk kejayaan diri...
Perhimpunan disudahi dengan ucapan terima kasih dari Dr. Hamzaini...
Rabu, Disember 03, 2008
Jamuan hari lahir Jabatan Radiologi...
Jamuan yang diadakan secara sederhara ini dihadiri oleh semua kakitangan... Kakitangan telah dijamu dengan 2 kek istimewa dari King's Confectionary...
Selamat hari lahir kepada semua kakitangan...
Jumaat, November 28, 2008
Perhimpunan Mingguan Jabatan Radiologi...
Beliau kemudian mula bercerita tentang pengurusan masa yang baik...
Masa itu emas. Itulah perumpamaan yang kita selalu dengar semenjak dari kecil lagi. Kita sebagai manusia di muka bumi ini tidak dapat lari dari daripada peredaran masa. Dunia berputar pada paksinya. Barang yang cantik lama kelamaan akan menjadi lusuh dan buruk. Setiap yang bernyawa akan mati. Begitulah ungkapan yang jelas menunjukkan masa tidak menunggu kita malah meninggalkan kita tanpa kita sedari. Saya masih ingat lagi tahun 2008 dirasai baru sahaja diraikan namun pada hari tarikh 28 November 2008 ada sebulan lagi untuk kita menyambut tahun baru 2009. Begitulah cepatnya masa berlalu pergi. Umur saya kini 29 tahun akan bertambah menjadi 30 tahun pada 2009 dan begitulah seterusnya dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun umur kita akan meningkat sehinggalah malaikat maut menyabut nyawa dan saat itu nadi kita akan terhenti buat selama-lamanya.
Dalam Islam, masa amat dititikberatkan dan ianya jelas terkandung dalam sepotong ayat Al-Qur'an yang berbunyi;
Demi masa sesungguh seseorang itu di dalam keadaan kerugian melainkan orang yang mengerjakan amalan soleh dengan penuh ketaatan dan dengan penuh kesabaran.
Masa juga meninggalkan memori kepada kita. Cuba kita imbas kembali masa yang telah berlalu pergi. Dari kecil kita telah dilahirkan dan dari klecil kita telah mengenal ibu dan ayah. Adakah anda pernah terfikir suatu hari nanti anda juga akan menjadi seperti mereka? Percaya atau tidak realitinya itulah yang anda lihat pada hari ini. Kita sekarang sudah melalui kehidupan zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa dan zaman berumahtangga. Ada sebilangan antara kita sudah bergelar ibu ayah dan rata-rata dari kita telah oun mempunyai anak. Anak-anak kita membesar menjadi dewasa. Kita akan menjadi tua. Begitulah peredaran masa mengubah kita sekelip mata.
Apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah menyentuh mengenai kesedaran bahawa masa itu penting dan perlulah diuruskan secara berhemah. Semua orang di dunia diberi masa 24 jam sehari muktamad tanpa ada lebih atau kurang. Justeru itu pengurusan masa yang baik dalam kehidupan dapat memberi manfaat kepada kita denngan mengimbangi kehidupan di dunia dan di akhirat.
Kita sebagai kakitangan radiologi harus peka kepada perkitaran di tempat kerja. Jabatan radiologi memberi perkhidmatan perubatan kepada pesakit memerlukan komitmen 100% daripada kita semua.Saya juga mengingati diri saya sendiri dan sahabat-sahabat supaya bekerja dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas semoga kerja-kerja yang kita lakukan diberkati Allah s.w.t. Jika sebelum ini kita ada mencuri masa bekerja haruslah kita sedar untuk berubah supaya kita dapat menghargai masa yang ada kepada pesakit yang memerlukan perkhidmatan kita. Gunalah masa terluang dengan melakukan perkara yang baik dan peruntukan masa rehat dengan sewajarnya tanpa melebihi tempoh masa yang diteteapkan. Kita juga boleh saling ingat mengingati antara sahabat-sahabat agar sentiasa menghargai masa dan bantu membantu dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
Moga artikel ini dapat menyedarkan kita daripada sikap lalai dan kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah memberkati niat dan doa kita di pagi yang mulia ini.
Rabu, November 26, 2008
Ceramah mengenai Angio-Seal enclosure device...
Dengan penggunaan alatan ini, pegawai perubatan tidak lagi perlu untuk membuat tekanan keatas kawasan tebukan pesakit yang menjalani prosedur angiografi selepas prosedur selesai dijalankan...
Ceramah yang berlangsung selama 30 minit ini dihadiri oleh pakar radiologi, pegawai perubatan, juru x-ray dan jururawat dari Jabatan Radiologi... Selain daripada ceramah yang diadakan, pertunjukan video dan demonstarsi bagi menerangkan cara penggunaan Angio-Seal juga diterangkan... Demonstrasi yang diadakan memberikan peluang untuk semua yang hadir mencuba mengunakan peralatan tersebut menggunakan phantom yang disediakan...
Isnin, November 24, 2008
Tapak web Jabatan Radiologi Versi 3 sudah on-line...
Tapak web Jabatan Perkhidmatan Radiologi ini adalah kesinambungan kepada tapak web yang lepas dan dibangunkan sejajar dengan perkembangan IT di Jabatan Radiologi yang begitu rancak dan tidak boleh dipisahkan lagi...
Tapak web tersebut boleh di capai di http://radiologi.ppukm.ukm.my/
Tahniah kepada Team Grafik Unit IT-PACS di atas kejayaan menyediakan Tapak Web yang membanggakan kita semua... Team Grafik Unit IT-PACS yang di ketuai oleh En. Ruzi ini telah mengambil masa selama 3 bulan untuk menaiktaraf tapak web yang sedia ada untuk menjadikannya lebih menarik dan interaktif untuk dilawati...
Sila nyatakan sebarang maklumbalas dan komen anda mengenai tapak web yang baru dilancarkan ini... Segala maklumbalas dan komen anda amatlah dihargai demi meningkatkan kualiti tapak web agar ianya menjadi unggul dan releven untuk dikunjungi...
Untuk pengetahuan semua pembaca, selain dari Team Grafik, Unit IT-PACS Jabatan Perkhidmatan Radiologi juga mempunyai Team Teknikal dan Team Multimedia yang mempunyai agenda tersendiri didalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di Jabatan Radiologi...
Mesin laminate sudah boleh digunakan...
Sila berhati-hati dan mengikut manual yang telah disediakan semasa menggunakan mesin laminate agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi... Terima kasih kepada Tn. Hj. Yussman kerana menghantar mesin tersebut untuk diperbaiki... Dengan adanya mesin laminate ini, diharapkan kerja-kerja 5s yang tertangguh akan dapat dimulakan semula secepat yang mungkin...
Jumaat, November 21, 2008
Server jukebox telah dipindahkan ke Bilik IT-PACS...
- Ruangan didalam bilik IT-PACS lebih bersih dari habuk dan kotoran kerana lebih tertutup dan tidak terlalu terdedah dengan laluan utama...
- Mempunyai suhu yang lebih sejuk untuk sebuah server beroperasi dengan lebih lancar dalam jangkamasa panjang...
- Memudahkan database dan imej di kawalselia oleh petugas di Bilik IT-PACS...
- Lebih selamat kerana akan sentiasa dipantau sepanjang masa oleh petugas di Bilik IT-PACS...
- Ruang di Bilik CT-Scan dapat di gunakan dengan sebaik mungkin dengan ketiadaan server ini...
Perhimpunan mingguan Jabatan Radiologi...
Kemudian diikuti dengan satu kisah benar mengenai seorang lelaki yang tidak mengenal penat untuk berusaha mencipta kejayaan... Cerita tentang orang yang bernama Colonel Harland Sanders... Beliau sepertimana yang semua tahu adalah pengasas bagi KFC...
Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan beliau, suka duka dan sikap beliau yang tidak menyerah kalah (never give up) dan tidak pernah merasa sudah terlewat (never too late) dengan apa yang ingin di lakukan... Ianya mengisahkan tentang keupayaan seseorang, walaupun sudah tua dan meningkat umurnya, tapi masih lagi gigih, persistans dan berani mencuba benda baru...
Beliau telah berhenti sekolah gred 7 (form 1 di Malaysia) dan tak belajar secara formal selepas itu... Di sepanjang hidupnya, beliau telah melakukan bermacam-macam pekerjaan, pernah menjadi pemandu bot stim, menjual insurans dan membuka restoran... Pada umurnya 30 tahun beliau sudah mempunyai stesyen minyaknya sendiri. Semasa berumur 40 tahun pula beliau sudah mempunyai restorannya sendiri... Pernah satu ketika restoran beliau mengalami kebakaran, tetapi beliau telah membinanya semula...
Restoran beliau terletak berhampiran dengan laluan utama... Dari situ lah beliau mendapat keuntungan menjual ayam... Tetapi lama kelamaan beliau sudah tidak mempunyai untung kerana terdapat laluan baru (highway) yang telah dibuka melintasi kawasan tersebut dan kenderaan tidak lagi sibuk melalui jalan utama tempat beliau berniaga...
Restoran beliau sudah tak laku lagi... Pada masa itu umur beliau sudah 65 tahun, apa yang beliau ada hanyalah sebuah kereta dan duit pencen bulanan sebanyak $100 dan resepi istimewa ayam gorengnya... Beliau bertekad diatas kepercayaan kepada resepi ayam gorengnya itu untuk menjalankan perniagaan francise...
Beliau menutup restorannya dan memandu kereta dari sebuah restoran ke restoran yang lain untuk menjalankan perniagaan franciase ayam... Setiap ketul ayam yang dijual, beliau akan mendapat sebanyak $0.05... Beliau mula pergi ke sebuah restoran dan ke sebuah restoran yang lain untuk menjaja konsep perniagaannya... Sehingga ke restoran ke 3, 4 dan ke5, kesemua restoran tersebut tidak mahu menerima konsep penjualan ayam tersebut... Ini adalah satu konsep perniagaan yang baru, semua tidak bersetuju apabila mereka menjual ayam, duit sebanyak $0.05 perlu di serahkan kepada Colonel Sanders pula...
Sehinggalah percubaan ke 1009 dilakukan oleh beliau, barulah ada yang bersetuju untuk menerima konsep perniagaan itu... Selepas 2 tahun, belau hanya berjaya mendapat francise sebanyak 5 restoran sahaja... Tetapi itu tidak melemahkan semangat beliau untuk berusaha dengan lebih gigih lagi... Beliau terus berusaha secara konsistace dan percaya dengan tindakan dan konsep perniagaan yang beliau jalankan...
Sehingga ke hari ini, boleh dikatakan setiap negara sudah mempunyai restoran KFC nya sendiri... Berkat usaha beliau yang tidak kenal penat dan terus berusaha walaupun sudah meningkat umurnya telah mencapai kejayan sehingga ke hari ini... Kejayaannya bukan datang dengan mudah... Setiap usaha yang di lakukan tidak pernah kenal penat dan jemu (presistance)...
Sebagai moralnya, boleh disimpulkan di sini, setiap kerja yang dilakukan, kita haruslah sentiasa presistan, walaupun sudah lanjut usia atau memikirkan sudah tidak ada masa lagi, kita seharusnya terus berusaha dan jangan mudah mengalah dengan apa jua yang ingin dilakukan dan yang pastinya setiap usaha yang dilakukan dengan bersusnguh-sungguh akan membuahkan hasil pada akhirnya...
Perhimpunan telah ditamatkan dengan ucapan terima kasih oleh Dr. Nik Azuan...
Khamis, November 20, 2008
Format terbaru Program CME Jabatan Radiologi :: Berkuatkuasa mulai tahun 2009...
Mulai tahun 2009 Jabatan Perkhidmatan Radiologi akan mengadakan CME bulanan mengikut kaedah berikut:
- CME bulanan Jabatan Perkhidmatan Radiologi akan diadakan pada hari Khamis minggu ke-2 setiap bulan waktu tengah hari. Sekiranya cuti, hari khamis minggu berikutnya adalah hari CME akan diadakan.
- Penyelia CME dalaman jabatan akan menyediakan jadual bagi penceramah dan pengerusi majlis CME.
- Sebarang pertukaran bagi jadual penceramah dan pengerusi boleh dilakukan sesama sendiri dengan persetujuan dan di maklumkan kepada penyelia CME dalaman jabatan.
- Adalah menjadi tanggungjawab penceramah dan pengerusi majlis untuk mencari pengganti sekiranya beliau tidak dapat untuk hadir pada hari berkenaan.
- Tajuk ceramah adalah bergantung kepada penceramah berkenaan (berkaitan dengan bidang tugas) dan ianya perlu mendapat kelulusan dari penyelia CME dalaman jabatan.
Semua kakitangan yang menghadiri program CME menandatangani rekod kehadiran yang disediakan. - Kehadiran CME adalah wajib bagi semua kakitangan, markah kehadiran akan diberikan. Sekiranya kakitangan tidak hadir ke CME sebanyak 2 kali secara berturut-turut, surat tunjuk sebab haruslah diberikan kepada penyelia CME dalaman jabatan.
- Penceramah CME akan diberikan markah penceramah dan pengerusi majlis CME akan diberikan markah pengerusi.
- Markah akan dikumpulkan sehingga akhir tahun dan akan digunakan sebagai markah penilaian SMPK pada tahun berkenaan.
- Berikut adalah tatacara permarkahan bagi program CME Jabatan Perkhidamatan Radiologi.
a. Kehadiran ceramah - 1 markah.
b.Pengerusi majlis - 3 markah.
c.Penceramah - 5 markah.
TANGGUNGJAWAB PENCERAMAH CME
- Memastikan topik ceramah di persetujui oleh Penyelia CME dalaman jabatan.
- Menyediakan powerpoint presentation yang diperlukan.
- Jangka masa ceramah adalah tidak kurang dari 15 minit.
TANGGUNGJAWAB PENGERUSI MAJLIS CME
- Menjadi pengerusi majlis semasa program CME dijalankan.
- Pengerusi hendaklah memastikan bahawa dewan seminar disediakan untuk sesi tersebut.
- Pengerusi memastikan semua kakitangan yang tidak bertugas diwajibkan hadir pada ceramah yang disediakan.
CME Bulan November Jabatan Radiologi
En. Safwan memulakan ceramahnya mengenai pengenalan mengenai apa itu CT perfusion dan serba sedikit tentang tujuan prosedur CT perfusion ini dilakukan... Beliau meneruskan penerangan mengenai penyakit stroke yang boleh dikesan dengan mudah menggunakan CT perfusion...
Beliau meneruskan ceramahnya dengan penerangan mengenai kaedah dan parameter yang digunakan bagi prosedur CT perfusion ini... Beliau menerangkan CT perfusion dimulakan dengan CT brain biasa; tanpa kontars, diikuti dengan prosedur CT perfusion, CTA Head dan akhir sekali post-contras CT brain...
Penerangan yang jelas dan dibantu dengan contoh imej dalam bentuk keratan rentas mudah untuk difahami untuk semua yang hadir... Kes CTA perfusion sudah dijalankan di Jabatan Perkhidmatan Radiologi sejak jabatan menerima mesin Siemens Sensation 64 slice CT agak mengelirukan sebelum ini telah menjadi mudah dilakukan dengan adanya penerangan seumpama ini... Ceramah yang diadakan juga telah banyak memberikan maklumat yang lebih jelas tentang prosedur yang dijalankan...
Ceramah yang diadakan telah menerangkan tentang teknik untuk melakukan CT Perfusion sahaja, penerangan mengenai cara untuk menginterpretasi imej yang dihasilkan akan di terangkan oleh Prof Madya Dr. Sobri pada sesi CME yang akan datang...
Di akhir sesi CME pada kali ini... Pn. Roslaili yang ditugaskan untuk mengendalikan CME Jabatan menerangkan mengenai format baru program CME jabatan yang akan bermula pada tahun hadapan... Format baru yang dicadangkan oleh Pn. Roslaili akan memberikan peluang kepada semua yang diundi untuk memberikan ceramah dan menjadi pengerusi majlis...
Terima kasih kepada En. Safwan kerana telah memeberikan satu ceramah yang menarik dan padat... Tidak dilupakan kepada Cik pengerusi majlis yang sudi untuk mempengurusikan majlis walaupun beliau hanya dilantik dalam saat-saat akhir majlis diadakan... Komitment, kesungguhan dan keberanian semua didalam menjayakan program CME Jabatan Radiologi pada kali ini amat dibanggakan... Semoga program ini akan membantu kita semua didalam menambahkan pengetahuan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Radiologi yang di kasihi...
Mesin CR Kodak mengalami kerosakan...
Pihak kodak telah dihubungi dan berjaya memperbaiki mesin tersebut yang mengalami masalah perisian pada jam 4.00 petang... Terima kasih kepada semua pihak yang membantu didalam menyelesaikan masalah tersebut dalam masa yang singkat... Kerosakan yang dialami telah menimbulkan tandatanya, adakah Jabatan memerlukan sebuah lagi mesin CR Reader sebagai backup sekiranya keadaan seumpama ini berlaku lagi... Apa kata anda semua? Berikan maklumbalas anda...
Rabu, November 19, 2008
Lawatan IT-PACS ke Hospital Sg. Buloh...
Lawatan telah di mulakan dengan penerangan ringkas mengenai jabatan radiologi hospital yang baru 2 tahun beroperasi, sistem rangkaian komputer dan Health Information System (HIS) dari ketua jabatan, Pn Rachel St. Maria. Ketua jabatan kemudiannya menyerahkan tugas kepada Pegawai sains, En. Norawzin merangkap pegawai IT-PACS. Penjelasan selanjutnya dimulakan dari kaunter utama jabatan radiologi iaitu mengenai Radiology Information System (RIS) dari IBA Health Group (Malaysia). Sistem rangkaian setempat ini berasal dari India. Setiap capaian sistem ini dimulakan dengan tetingkap utama. Kemudian kakitangan hospital di jabatan tertentu akan memilih tetingkap jabatan mereka masing-masing. Jikalau pesakit yang hendak diperiksa belum pernah berdaftar dengan hospital berkenaan, kakitangan di situ boleh membuat nombor pendaftaran untuk pesakit berkaitan. Kakitangan jabatan radiologi juga boleh memberi nombor pendaftaran yang baru kepada pesakit yang pertama kali berkunjung ke hospital berkenaan. Tindakan capaian sistem mesti juga dibuat di bilik pemeriksaan untuk mengsahkan waktu mula dan tamat pemeriksaan. Sistem ini mesti diawasi dengan baik supaya capaian pengguna berdaftar berkaitan tidak dipakai oleh orang lain. Tulisan dalam sistem ini cukup kecil untuk dibaca dengan jarak yang sederhana jauh.
Pegawai sains membawa kami ke kawasan kerja di mana sistem x-ray berkomputer digunakan sepenuhnya. Semua pemeriksaan x-ray tidak melibatkan pengguna filem. Imej yang dihasilkan menjadi rakaman dalam sistem dan rangkaian komputer, PACS. Ruang kerja disesuaikan dengan rekabentuk jabatan dan hospital yang berfungsi menerima kes-kes penyakit berjangkit. Setiap bilik pemeriksaan mempunyai komputer RIS untuk juru x-ray memula dan menamatkan pemeriksaan yang dibuat sebagai tambahan kepada aliran kerja juru x-ray. Mesin x-ray Siemen digabungkan dengan peralatan rakaman imej kodak. Kemudahan merakam imej panjang seperti keseluruhan turus tulang belakang juga boleh didapati di sini. Imej berkenaan dirakam dengan mengguna satu pemegang kaset Siemens dengan 4 kaset kodak saiz khas tanpa memerlukan pencantuman semula imej. Mesin pembaca kaset, kodak single loader ditempatkan di setiap bilik pemeriksaan. Mesin ini adalah lebih tahan lama, tinggi penjimatan kos selenggara dan kurang terdedah dengan kekotoran kerana tidak melibatkan mekanikal yang besar seperti mesin multiloader. Penggunaan mesin single loader ini amat praktikal di sini kerana beban kerja di hospital berkenaan yang masih rendah.
Lawatan ke Unit pemeriksaan imbasan CT dan MRI tidak mengambil masa yang lama kerana modaliti digunakan adalah hampir sama dengan PPUKM. Kawasan pemeriksaan angiografi agak luas menunjukkan mesin Siemen yang masih mengguna rakaman pengamat imej tidak seperti pengesan digital yang terdapat di PPUKM. Sistem arkib kekal angiografi dan semua modaliti lain dikendalikan sepenuhnya oleh jabatan teknologi maklumat. Lawatan ke jabatan berkenaan tidak dapat diteruskan kerana surat permohonan melalui saluran tertentu diperlukan. Lawatan diteruskan ke unit x-ray jabatan kecemasan yang juga dibawah PACS. 1 bilik pemeriksaan x-ray biasa dan 1 bilik imbasan CT terdapat di kawasan utama. 1 bilik pemeriksaan x-ray biasa pula disediakan di kawasan merah.
Kumpulan lawatan menikmati makan tengahari sebelum meneruskan lawatan ke bahagian belakang kawasan kerja. Kawasan ini menempatkan pencetak filem kodak dan pengimbas filem yang juga digunakan untuk mengimbas borang permohonan x-ray. Imej borang yang diimbas tidaklah sempurna sepertimana borang asal. Hospital ini banyak menerima pesakit-pesakit dari pusat perubatan di sekitar Sg. Buloh. Terdapat juga pesakit dari Tanjung Karang. Pesakit-pesakit ini memerlukan pencetakan filem x-ray. Akhir sekali, penjelasan diberi tentang masalah-masalah yang pernah dan sedang dihadapi oleh IT-PACS di jabatan berkenaan.
Kumpulan lawatan ke Jabatan Pengimejan Diagnostik berasa berpuas hati dengan lawatan kali ini dan berasa amat teruja dengan persiapan dan sambutan yang telah dilakukan oleh pengurusan Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Sg. Buloh. Penerangan yang jelas dan jujur tentang sistem-sistem yang digunakan amat membantu kumpulan lawatan menambah pengetahuan di dalam sistem RIS dan PACS yang digunakan. Pengalaman yang diperolehi semasa sesi lawatan ini amat berharga untuk semua ahli yang turut serta. Ianya akan membantu didalam meningkatkan kualiti dan perkhidmatan Jabatan Radiologi PPUKM amnya dan Pusat Perubatan UKM khasnya.
Kerja naik taraf tandas kakitangan...
Selasa, November 18, 2008
Mesin Laminate mengalami kerosakan...
Mesin laminate yang telah mengalami kerosakan telahpun dihantar oleh En. Yussman ke kedai untuk diperbaiki... Kejadian ini akan memperlahankan perjalanan program 5s yang agak rancak semenjak mesin laminate ini diperolehi... Diharapkan proses pembaikan tidak mengambil masa yang lama kerana kumpulan2 5s amat memerlukannya...
Buat sementara waktu, sebagai alternatif, sebarang perkhidmatan laminate boleh diperolehi di Unit Sokongan Media, PPUKM...
Kelas Angiografi
Kelas pada kali ini telah dikendalikan oleh En. Mohamad Norman... Topik kelas pada hari ini adalah bertajuk "Guidewire" dan peralatan lain yang biasa digunakan bagi prosedur EIR... Kelas yang telah diadakan telah memberi peluang kepada semua kakitangan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman untuk digunakan semasa menjalankan tugas di Unit EIR Jabatan Radiologi PPUKM...
Mulai tahun hadapan jadual akan di susun untuk memberikan pendedahan kepada semua petugas di Unit EIR didalam membuat pembentangan tentang topik yang berkaitan dengan bidang Endovaskular dan Intervensi Radiologi... Kelas akan diadakan lagi setiap hari Selasa petang jam 4.00-5.00... Semua kakitangan di galakkan hadir untuk menambahkan pengetahuan mengenai bidang EIR ini...
Jamuan makan sempena kenaikan pangkat dan perlantikan baru...
Semua kakitangan Radiologi telah diraikan dengan nasi beryani special dari Restoran Fayas... Nasi beryani lauk ayam/kambing dan kek Secrect Recepie menjadi hidangan semua kakitangan pada tengahhari ini...
Jamuan ini adalah jamuan fasa pertama... Jamuan akan diadakan lagi bagi fasa ke dua pada masa akan datang... Nantikan kemunculannya...
Tahniah kepada semua yang telah dinaikkan pangkat... dan selamat bertugas kepada mereka yang baru dilantik dan menjadi warga Jabatan Radiologi (kerja rajin2 yer)...
Jumaat, November 14, 2008
Perhimpunan Mingguan Jabatan Radiologi
Kemudian perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada En. Zainuddin yang bertajuk, ‘5 punca utama kenapa orang tidak dapat memperkembangkan atau tidak menggunakan potensi diri’.
Pertama, menafikan potensi diri iaitu seseorang itu lebih senang menafikan potensi diri yang mereka miliki. Contohnya apabila diberi peluang dia akan mencadangkan orang lain disebabkan oleh rasa rendah diri dan tidak yakin terhadap keupayaan diri sendiri.
Kedua, terlalu fokus kepada kelemahan sendiri hingga lupa kepada perkara yang dia boleh lakukan. Sedikit kelemahan diri yang ada pada dirinya membuatkan dia tidak boleh melakukan apa-apa yang dapat memperkembangkan potensi dirinya.
Ketiga, sikap suka bertangguh yang akhirnya terlepas peluang untuk memperkembangkan potensi diri. Contohnya, sikap selalu berkata, “tengok dululah”, “kemudianlah”, dan “takkan lari gunung dikejar”.
Keempat,sikap takut kepada kegagalan. Baginya, cara yang paling selamat untuk menghindarkan kegagalan ialah dengan tidak melakukan apa-apa. Ramai orang yang sering melakukan perkara ini tanpa menyedari mereka sebenarnya tidak melakukan apa-apa dan itu adalah satu kegagalan.
Kelima, sikap tidak mahukan tanggungjawab. Golongan ini lebih senang membiarkan orang lain melakukannya dan lebih seronok meletakkan tanggungjawab pada orang lain. Akhirnya dia menjadi seorang manusia yang tidak bertanggungjawab.
En. Zainuddin membuat kesimpulan bahawa setiap orang dilahirkan unik bukan sahaja dari segi rupa paras tetapi juga dari segi potensi diri masing-masing. Keunikan seseorang itu lain dari yang lain, serta hebat dan istimewa.
Perhimpunan diteruskan lagi dengan beberapa pengumuman. Dr. Hamzaini menyampaikan tiga pengumuman iaitu yang pertama mengenai lampu bilik tutorial yang kecil dan besar tidak dipadamkan apabila tidak digunakan. Yang kedua, berkenaan etika pakaian ketika bekerja. Diharap semua kakitangan dapat berpakaian kemas walaupun ketika berkerja ‘on call’. Ketiga, berkenaan borang-borang pemeriksaan CT scan yang bertimbun di bilik CT scan hujung. Diharap semua MO yang bertugas memastikan samada borang-borang tersebut telah dijalankan pemeriksaan atau tidak dan telah dilaporkan keputusan pemerikasaan atau tidak.
En. Hishamudin memberi teguran kepada semua kakitangan mengenai 5S kerana perkembangannya sangat perlahan setelah masuk bulan ketiga dan tidak ada sebarang perubahan.
Prof. Zahiyah juga membuat teguran berkenaan pakaian ketika bekerja serta lampu yang tidak dipadamkan apabila digunakan. Beliau menyarankan agar dibuat nota seperti ‘sila padamkan lampu apabila tidak digunakan’. Beliau juga membuat pengumuman berkenaan masalah disiplin kakitangan. Beliau mengingatkan kakitangan kerajaan boleh dibuang kerja jika tidak ada sebarang perubahan selepas diberi teguran dan tindakan disiplin. Berkenaan dengan ISO, MSQH, dan 5S, kebanyakan orang yang sama yang terlibat. Beliau berharap kakitangan yang lain dapat bersama-sama menjalankannya dan tidak mengharapkan individu yang bertanggungjawab mengetuai sesuatu tugas itu.
Rabu, November 12, 2008
Lawatan IT-PACS ke Hospital Ampang
Isnin, November 10, 2008
Mesin MRI sudah dibaikpulih...
Mesin MRI Siemens Avanto sudah dibaikpulih dan boleh digunakan mulai hari ini... Punca kerosakan masih lagi tidak dapat dikenalpasti... Pihak Siemens akan terus memantau dan mengawasi beberapa perkara yang mungkin boleh mengakibatkan perkara seumpama ini berlaku lagi...
Juru X-ray yang betugas di unit MRI juga perlu membuat pemantauan terhadap sebarang perubahan suhu dan ralat-ralat bagi mengelakkan dari perkara seumpama ini berlaku lagi...
Perkhidmatan radiologi sudah kembali pulih seperti biasa di unit MRI setelah mesin ini diperbaiki...
Ahad, November 09, 2008
5s@kura-kura
Semangat yang ada mestilah sentiasa dipertingkatkan supaya impian untuk melihat jabatan sebagai tempat kerja yang selesa tidak hanya sehangat tahi ayam sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara berterusan. Tanggungjawab setiap nakhoda amat berat bagi membimbing anak-anak kapal untuk menuju ke satu destinasi yang telah ditetapkan. Bak kata 'wonderpet'... kami tak besar... dan kami tak kuat... bila bekerjasama... semua jadi mudah.....
syabas diucapkan kepada kumpulan yang telah berjaya menghasilkan sudut 5Snya...
Jumaat, November 07, 2008
Mesin mobile x-ray yang baru sudah boleh digunakan...
Tiga buah mesin mobile telah menjalani proses 'tauliah guna' pada hari semalam telah boleh digunakan mulai hari ini... Mesin mobile jenama GE-AMX4+ ini akan digunakan secara bergilir-gilir dalam seminggu... Dalam ertikata lain, hanya sebuah mesin mobile akan digunakan selama seminggu dan akan ditukarguna mesin mobile yang lain pada minggu hadapan...
Buat masa ini, mesin mobile ini hanya dinamakan mesin mobile GE4, GE5 dan GE6... Ketiga-tiga mesin ini akan dijaga oleh Cik Rohaida, En. Saiful Azri dan Cik Normiza... Mereka akan menjadi 'ibu dan bapa angkat' kepada kesemua mesin ini...
Diharapkan dengan adanya mesin mobile yang baru ini, kualiti perkhidmatan jabatan akan dapat dipertingkatkan... Semangat bekerja untuk semua Juru X-ray akan lebih meningkat dengan adanya mesin mobile yang baru ini... Semoga semua kakitangan akan dapat menjaga mesin ini dengan baik supaya ia dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama dan kos penyenggaraan akan dapat dikurangkan...
Perhimpunan Mingguan Jabatan Radiologi...
Kemudian Dr. Hamzaini menyampaikan satu cerita tauladan untuk semua... Cerita pada hari ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang berdoa kepada Tuhan untuk mendapat bunga ros dan seekor rama-rama yang cantik... Tetapi doanya telah di makbulkan dengan mendapat pokok kektus dan seekor ulat beluncas...
Lelaki itu pun berfikir, mengapa pokok bunga cantik yang dipinta tetapi telah mendapat pokok kaktus yang berduri... Rama-rama yang cantik diminta telah diberikan pula ulat beluncas yang menggatalkan... Mungkin sangkalnya Tuhan sibuk menunaikan permintaan orang lain... Lelaki itu hanya berdiam diri sahaja tanpa mengambil peduli tentang pokok dan ulat tersebut...
Lama kelamaan beliau melihat pokok kaktus yang berduri tersebut telah mengeluarkan bunga yang cantik dan ulat beluncas tersebut telah menjadi rama-rama yang sangat cantik... Lelaki itu pun berfikir semula, walaupun beliau meminta 'peha tetapi dapat betis'... Tetapi betis yang dia dapat telah menjadi peha...
Pengajarannya disini kadangkala apa yang kita minta dari Tuhan tidak semesitinya dapat akan ditunaikan dengan mudah... Ini kerana Tuhan sentiasa ingin memberikan pengajaran dan membentuk diri kita... Sekiranya apa yang kita minta dapat diperolehi dengan mudah, mungkin akan menyebabkan kita menjadi sombong dan angkuh... Setiap satu perkara yang kita perolehi itu ada hikmahnya... Kalau tak dapat apa yang kita minta, itu maknanya kita masih perlu lebih berusaha...
Kelas asas IT-PACS...
Perkara asas yang dipelajari termasuklah bagaimana untuk mencari pesakit, melihat imej dan mengenalpasti masalah asas yang boleh menyebabkan imej tidak boleh dilihat... Pelajaran asas ini banyak bertumpu kepada sistem Medweb...
Kelas yang diadakan ini diharapkan akan dapat membantu kakitangan yang bertugas bagi menyelesaikan masalah mudah semasa ketiadaan ahli IT-PACS yang bertugas terutamanya semasa waktu selepas waktu pejabat dan cuti umum...
Jamuan perpisahan En. Irwan...
Sempena hari terakhir beliau di jabatan ini, En. Irwan telah menyediakan Nasi Dagang special dengan kari ikan tongkol dan agar-agar untuk santapan semua rakan-rakan sekerja beliau... Semua kakitangan telah dijemput untuk menikmati juadah istimewa dari negeri Terengganu ini...
Diharapkan En. Irwan akan terus berjaya di tempat barunya nanti... Kami dari Jabatan Radiologi akan sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan yang telah beliau berikan kepada jabatan ini selama 7 tahun beliau bertugas di sini... Dengan iringan doa kami semua, selamat maju jaya...
Khamis, November 06, 2008
Bengkel Osirix di Universiti Islam Antarabangsa..
Seminar ini telah di hadiri oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Sobri, Dr. Rozman, Dr. Hamzaini, En. Zainal, En. Mohamad Norman dan En. Ruzi dari Jabatan Radiologi PPUKM.
Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada peserta dengan program Osirix. Program Osirix adalah sebuah program yang digunakan untuk 3 fungsi utama iaitu, mempamerkan imej, memanipulasi imej dan menyimpan imej...
Antara lain, kandungan seminar ini adalah mengenai pengenalan kepada Osirix, Pengenalan kepada sistem pengoperasian Mac OSX, pemprosesan imej, tayangan video dan sesi praktikal... Semua peserta begitu berpuas hati kerana di beri peluang untuk mempelajari perisian ini...
Untuk maklumat lanjut mengenai perisian ini sila lawati http://www.osirix-viewer.com/
Isnin, November 03, 2008
Nurses, medical assistants can now get higher pay...
KUALA LUMPUR: Nurses, medical assistants, x-ray technicians and health inspectors can now go higher up the pay scale under a new integrated graduate scheme by the Health Ministry. Health Minister Datuk Liow Tiong Lai said the plan aimed to improve the overall pay of these medical personnel so that they would be more focused on giving quality care to patients.
“I hope these graduates provide healthcare services by not just stressing knowledge and skills but also possess positive values in patient care,” he said on Monday.
He said this after witnessing the signing of a memorandum of understanding between the Ministry and 24 public and private institutions of higher learning to use its facilities for various healthcare education programmes. Liow said nurses with first degrees would be able to receive pay grades from U41 to U54. It was learnt that the basic pay for degree-holders in grade U41 was nearly RM2,000 per month excluding housing, personal, cost-of-living, critical post and public service allowances. The base pay including allowances for nurses at U48 is about RM8,000.
To reach the top pay grade of U54, the nurses had to have at least a Masters degree and have served more than 20 years as a nurse along with the necessary experience, skills and competence. At the moment, nurses in the country received only up to U48 salaries. According to Liow, the country did not have enough nurses as there was only one nurse to 375 residents.
“We need to reach one nurse to 200 residents to meet World Health Organisation standards by 2015,” he said. Liow also said the higher pay scheme were to stop brain-drain of local nurses leaving for better pay in countries such as Dubai and others in the Middle East.
“This should be good news for nurses. Malaysia cannot continue to have cheap labour. “If we want to retain our workers, we can’t pay them any less,” he said. This year, he said some 6,000 nurses were trained by the country’s 27 Health Ministry colleges, 10 public and 54 private institutions that offered nursing education.
Sabtu, November 01, 2008
Majlis perasmian mendapat liputan akhbar...
PPUKM sedia rawatan canggih pesakit kronik
KUALA LUMPUR: Penghidap penyakit kronik kini boleh mendapatkan perkhidmatan radiologi endovaskular dan intervensional setaraf dengan rawatan hospital swasta di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) melalui penggunaan mesin angiografi berteknologi canggih.
Ketua Pegawai Operasi PPUKM, Datuk Dr Noorimi Morad, berkata penggunaan mesin angiografi baru yang mempunyai dua plana itu mampu mempamerkan imej salur darah yang lebih jelas dari dua sudut yang berbeza pada masa sama.
"Kelebihannya adalah ia dapat mengurangkan masa prosedur dan diagnosa dapat diperolehi dengan lebih cepat selain dapat meminimumkan media kontras. Mesin yang sudah mula digunakan sejak Julai lalu itu juga meningkatkan kes pemeriksaan radiologi endovaskular dan intervensional sebanyak 500 peratus berbanding tahun sebelumnya."
"Mesin angiografi Philips Allura Xper FD20/10, Bi Plane Angiography System bernilai RM4.6 juta ini adalah antara mesin tercanggih di negara ini dan juga Asia Tenggara dan ia sangat membantu golongan kronik," katanya merasmikan bilik angiografi PPUKM di sini, baru-baru ini.
Jumaat, Oktober 31, 2008
Majlis Anugerah Kualiti Ke-16 UKM
Tarikh: 31 Oktober 2008 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: DECTAR UKM
Senarai kakitangan yang telah menerima Anugrah Perkhidmatan Cemerlang dari Jabatan Radiologi adalah seperti berikut.
1. Dr. Rozman Zakaria
2. Dr Suraya Abd Aziz
3. Pn. Halimah Abd Ghani
4. Pn. Normi Mohamad
5. Pn. Roslina Harun
Tahniah kepada semua penerima anugerah... Semoga anugerah ini akan dapat menaikkan semangat anda semua untuk bekerja dengan lebih tekun... Kepada yang lain, bekerja dengan lebih tekun lagi...
Majlis Perasmian “Angiography Suite” Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM
Tarikh: 31 Oktober 2008 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Konferens, Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM
Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi PPUKM, Datuk Dr Noorimi Morad.
Berikut adalah aturcara majlis yang telah dijalankan.
0900 - Ketibaan tetamu jemputan
0910 - Majlis dimulakan dengan bacaan doa
0911 - Ucapan oleh Ketua Jabatan
0915 - Ucapan oleh Ketua Pegawai Operasi
0920 - Tayangan Video Pengenalan EIR
0930 - Penyampaian cenderahati kepada Ketua Pegawai Operasi
0935 - Lawatan Ke Suite Angiografi dan Jamuan ringan di Sukmaria
Majlis telah berlangsung dalam keadaan yang lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan majlis yang telah diadakan.
Perhimpunan mingguan Jabatan Radiologi...
Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan bacaan doa yang diketuai oleh Dr. Hamzaini...
Cerita motivasi pada kali ini adalah mengenai cerita "Menunggu bas"...
Ceritanya bermula begini... Ada 3 orang sedang menunggu bas. Seorang lelaki yang sangat tua dan dalam keadaan yang sangat kritikal, seorang lagi adalah seorang doktor yang pernah menyelamatkan nyawa kita dan seorang lagi adalah perempuan cantik yang bakal menjadi isteri kita (ini adalah peluang untuk berjumpa beliau, sekiranya selepas ini, peluang ini tidak akan datang lagi...)
Anda menaiki kereta... Kereta ini hanya boleh mengambil seorang penumpang... Dari 3 orang tadi siapakah yang akan menjadi pilihan untuk dijadikan penumpang???
Ada yang menjawab, yang kita perlu selamatkan Doktor terlebih dahulu... Tetapi jawapan yang sebenarnya telah di jawab oleh En. Sharmiezul iaitu, kita berikan kunci kereta kepada Doktor tersebut dan menyuruh doktor membawa lelaki tua yang sedang nazak itu ke hospital dan menemani perempuan cantik itu menaiki bas....
Pengajaran yang Dr. Hamzaini ulas di sini adalah mengenai pentingnya kita untuk merendah diri dan berfikir dengan sebaik mungkin untuk menghadapi sesuatu situasi...
Selain daripada itu, Prof. Madya Dr. Zahiah juga ada menyampaikan cerita pengajaran dan pesanan kepada semua kakitangan.
Khamis, Oktober 23, 2008
Majlis Sambutan Aidilfitri
Tarikh : 22 Oktober 2008
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Sunflower Garden
Majlis telah dimulakan dengan ucapan ringkas dari Ketua Jabatan Prof. Madya Dr. Zahiah dan bacaan doa oleh Dr. Rozman... Majlis kemudian diikuti dengan acara makan-makan...
Semua kakitangan begitu berpuas hati dan berseronok kerana dapat meraikan majlis makan-makan sempena aidilfitri yang telah diadakan.
Majlis telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Jabatan Radiologi, PPUKM.
Antara menu yang terdapat semasa majlis diadakan adalah sate, laksa, tauhu bakar, sotong kangkung, char kueh teow, kambing panggang, garlic bread, salad, rojak buah, rendang, lemang, kuih raya dan bermacam lagi juadah istimewa...
Selamat menjamu selera... Selamat hari raya... Maaf zahir dan batin...
Isnin, Oktober 20, 2008
Mesin MRI mengalami kerosakan...
Kerja-kerja pembaikan sedang dimulakan... Harap-harap mesin dapat diperbaiki dalam masa yang singkat...
Khamis, Oktober 16, 2008
Konvensyen KIK Ke 13 peringkat UKM
Berikut ialah keputusan rasmi Konvensyen ini:
KATEGORI TEKNIKAL
JOHAN - ADVANCE - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan,PPUKM
NAIB JOHAN - TERAJU - Jabatan Pentadbiran Am, PPUKM
KETIGA - ASAS Q - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKMB.
KATEGORI PENGURUSAN
JOHAN - SENTROMER - Institut Perubatan Molekul (UMBI), UKM
NAIB JOHAN - IMPAQ - Jabatan Kualiti dan Unit Khidmat Pelanggan, PPUKM
KETIGA - MEDIPRIMA - Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM
JUARA KESELURUHAN
ADVANCE - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan,PPUKM
Kumpulan KIK Advance yang menjadi juara keseluruhan telah mencipta alat untuk mengalihkan pesakit.
Tahniah kepada semua pemenang... Bila lah agaknya Jabatan Radiologi akan bergiat aktif semula didalam KIK nie...
CME Bulan Oktober Jabatan Radiologi
Di dalam teknik yang betul, tangan kanak-kanak yang perlu menjalani pemeriksaan radiografi kanak-kanak perlu di angkat ke atas dan dipastikan tidak bergerak. Tiub x-ray perlu di "angle" ke bawah sedikit. Gunakan apron getah plumbum untuk perlindungan sinaran dan cegah gerak (seperti dalam gambar).
CME yang diadakan secara bulanan ini adalah wajib untuk di hadiri untuk semua kakitangan. Pada bulan hadapan, kita akan nantikan pembentangan dari En. Safwan mengenai CT Perfusion pula.
Selasa, Oktober 14, 2008
Berita Kenaikan Pangkat Kakitangan
Tahniah kepada En. Mohd. Rusdi, En. Metdahie Bujang dan En. Mohd Faizal Ma'aris!
En. Rusdi Mansor dan En. Metdahie Bujang telah dinaikkan pangkat dari jawatan Juru X-ray U29 kepada Juru X-ray U32.
En. Mohd Faizal Ma'aris pula telah dinaikkan pangkat ke Atenden Kesihatan U12.
Kepada semua kakitangan yang telah di naikkan pangkat, tahniah diucapkan! Supaya dengan kenaikan pangkat ini, akan mendorong dan menaikkan semangat bagi semua untuk bekerja dengan lebih tekun lagi...
Rabu, Oktober 01, 2008
Selamat Hari Raya...
Selasa, September 23, 2008
Kelas Angiografi
Topik perbincangan pada minggu ini adalah mengenai pengenalan jenis-jenis prosedur yang dijalankan di Unit Endovaskular dan Intervensional Radiologi, PPUKM. Kelas di kendalikan oleh En. Mazli dan En. Mohamad Norman.
Tujuan kelas diadakan adalah untuk bersama-sama berkongsi ilmu mengenai perkembangan terkini dan semua prosedur yang dijalankan. Sambutan bagi kelas pertama ini agak menggalakan... Kelas akan diadakan pada minggu hadapan dengan topik pengenalan terhadap kateter yang digunakan di Unit Endovaskular dan Intervensional Radiologi, PPUKM pula.
Rabu, September 10, 2008
Etika Perubatan Juru X-ray
DEFINASI.
Suatu peraturan nilai moral dan prinsip etika (perilaku) untuk para profesional iaitu Juru X-ray (JXR) yang bekerja dengan pesakit.
TANGGUNGJAWAB.
- JXR harus merahsiakan segala hal yang berkaitan dengan butir-butir peribadi pesakit.
- JXR tidak boleh memberitahu pesakit sebarang maklumat yang berkaitan dengan diagnosisnya.
- JXR juga harus memberikan penerangan yang ringkas dan jelas kepada pesakit sebelum melakukan sesuatu pemeriksaan bagi mendapatkan kerjasama mereka.
- Setiap kali pemeriksaan dilakukan, perlindungan sinaran haruslah diberikan kepada pesakit.
- Memberi perkhidmatan dengan bangga dan hormat tanpa mengira umur, kaum, warna kulit, agama, jantina dan juga tanpa mengira kecacatan anggota dan mental.
- Menggalakkan kepercayaan dan keyakinan awam melalui kecekapan, profesional, perilaku serta persembahan diri dan berpiawaian tinggi.
- Melakukan semua prosedur teknikal dengan mengutamakan peraturan keselamatan sinaran yang terkini.
- Menawarkan diri dari melakukan praktis @ prosedur yang tidak bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki. (dalam beberapa keadaan dimana ulasan perlu disampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membantu diagnosis @ rawatan, JXR boleh memberinya).
- Menyimpan atau mengawal kerahsiaan maklumat samada peribadi @ perubatan yang diperolehi (melainkan adalah perlu untuk perundangan di mahkamah).
- Bekerjasama dengan ahli-ahli profesional lain yang berkaitan dalam memberikan jagaan kesihatan yang berkesan.
- Memajukan bidang sains teknologi perubatan melalui usaha-usaha ke arah pembangunan profesional.
- Memberikan perkhidmatan 24 jam kepada pesakit di bahagian Jabatan Kemalangan & Kecemasan.
- Mengendalikan peralatan yang berteknologi tinggi dan mahal harganya.
- Menilai borang permohonan x-ray bagi menentukan maklumat diagnosis.
Elok untuk diingat-ingatkan dan dijadikan amalan...
Isnin, September 01, 2008
Bermulanya bulan Ramadan...
Semua kakitangan berdebar-debar menantikan jadual tugas; siapa yang dapat bercuti raya dan siapa pula yang perlu bertugas di hari raya ini...
Kepada semua kakitangan diucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalankan tugas...
Ahad, Ogos 17, 2008
Selamat Pengantin Baru : Che Asmira
Sabtu, Ogos 16, 2008
Kejohanan Bowling Tertutup Jabatan Radiologi.
Tarikh : 16 Ogos 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Golden Bowl, UE3, Cheras, Kuala Lumpur.
Kejohanan tahunan ini telah memasuki tahun ke 5 dianjurkan. Kejohanan dianjurkan oleh Badan Kebajikan Jabatan Radiologi.
Senarai pemenang :
Kategori Lelaki
Pertama : Hairul Amri Mohamod
Kedua : Dr. Mohd Azlan
Ketiga : Mazli Mohd Zin
Kateori Wanita
Pertama : Noor Adila Zolkiflee
Kedua : Wan Noor Afzan Wan Sulaiman
Ketiga : Hamidah Hashim
Tahniah kepada semua pemenang.... Yang kalah dan kurang bernasib baik... Tahun depan boleh cuba lagi... Jangan putus asa...
Jumaat, Ogos 08, 2008
Unit IT-PACS Jabatan Radiologi
Ahli IT-PACS mengikuti kelas yang diadakan pada setiap hari khamis setiap minggu. Ahli akan di update dengan maklumat terkini mengenai IT. Lawatan ke hospital lain juga diadakan bagi menambahkan pengetahuan mengenai sistem PACS yang digunakan.
Nombor hotline IT-PACS ialah 7408. Sila hubungi nombor berkenaan sekiranya mempunyai masalah kehilangan imej di medweb... Ahli IT-PACS sedia membantu...
Ahad, Julai 27, 2008
Kursus Bina Insan Jabatan Radiologi
Para pesertanya terdiri daripada Pakar Perunding (Profesor dan Profesor Madya), Pensyarah/Pakar, Pensyarah Pelatih, Pegawai Perubatan Sarjana Radiologi, Pegawai Sains, Juru x-ray, Jururawat, Penolong Pegawai Sains, Juru Proses Filem, Pembantu Klinik dan kakitangan pentadbiran jabatan.
Ini adalah kali ke-enam Jabatan Radiologi menganjurkan kursus seumpama ini. Kursus yang menggabungkan penglibatan semua pihak ini diharap dapat memupuk semangat kerjasama di antara Pensyarah, kakitangan jabatan dan calon-calon Sarjana Radiologi samada yang baru atau pun yang lama. Ceramah-ceramah dan kegiatan-kegiatan berkumpulan yang bakal diatur sewaktu kursus ini diharap dapat menambahkan lagi efisiensi jabatan samada dari segi tugas kerja mahupun hubungan di antara kakitangan.Kursus yang merupakan serampang dua mata ini juga mengambil kesempatan untuk memberi pendedahan awal kepada calon-calon baru tentang Sarjana Radiologi terutamanya bagi yang tiada pengalaman terdahulu bekerja di Jabatan Radiologi. Ia juga akan mendedahkan kakitangan yang baru dilantik tentang peraturan kerja dan atur cara kerja. Melaluinya adalah diharap agar calon-calon Sarjana dan kakitangan yang lain akan dapat memberi komitmen dan beriltizam untuk menjadi yang terbaik di masa hadapan.
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama di antara kakitangan Jabatan Radiologi. Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prestasi kerja kepada universiti amnya dan hospital khasnya. Menanam minat dan komitmen yang tinggi di kalangan calon-calon sarjana dan kakitangan yang baru dan meningkatkan kualiti graduan-graduan dan pekerja dari segi individu dan nilai kerja.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat didalam menjayakan dan menyertai kursus Bina Insan ini. Kejayaan menjayakan kursus seumpama ini akan memberikan kejayaan kepada Jabatan Radiologi kearah kecemerlangan.
Jumaat, Julai 18, 2008
Bengkel c-Hets
Jumaat, Julai 11, 2008
Program 5S Jabatan Radiologi
Mulai hari ini Jabatan Radiologi akan memulakan program 5S.
5S yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal ini adalah salah satu program QA di bawah MSQH.
Jabatan Radiologi dibahagikan dengan 5 Zon. Zon-zon terdiri daripada Zon Kosmik, Zon Sonic, Zon Gamma, Zon Ultra, Zon Alfa dan Zon Beta.
Di harapkan semua kakitangan dapat bekerjasama didalam menjayakan program ini demi kebaikan bersama.
Khamis, Julai 03, 2008
Kejohanan Sukan Tertutup Jabatan Radiologi
Kejohanan ini yang diadakan selama 2 minggu ini diadakan setiap petang.