AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, Julai 19, 2012

Bengkel Perkembangan Hala Tuju Jabatan Radiologi

Bengkel Perkembangan Hala Tuju Jabatan Radiologi telah diadakan pada

Tarikh: 19 Julai 2012
Hari: Khamis
Masa: 8.30-5.00pm
Tempat: Sukmaria, PPUKM.

Bengkel ini antara lain untuk melihat perkembangan terkini dalam perancangan yang telah dibuat semasa sanggar kerja 2011 yang lepas.Menilai perancangan hala tuju jabatan dalam tempoh 5 tahun akan datang dan sepanjang tahun 2012. Ianya juga untuk membuat semakan semula keperluan jabatan bagi 5 tahun akan datang dan pada tahun 2012 dari aspek perjawatan kakitangan, keperluan peralatan dan infrastruktur. Menilai semula perancang pencapaian latihan dan bengkel sepanjang tahun 2012. Membincangkan isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan dan memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan bagi memastikan objektif jabatan untuk memberikan perkhidamatan yang berkualiti kepada pelanggan sentiasa di tahap yang membanggakan.


Isnin, Julai 16, 2012

Jabatan Radiologi Pemenang tempat ke 5 Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Yang Ke-25 Peringkat Negeri Selangor

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan BENUA CIPTA kerana telah berjaya mendapat tempat ke-5 dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Yang Ke-25 Peringkat Negeri Selangor Bagi Sektor Awam Tahun 2012.

Konvensyen telah diadakan pada:
Tarikh: 10-11 Julai 2012
Hari: Selasa-Rabu
Tempat: Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam Selangor.

Cuba lagi ditahun hadapan. Syabas diucapkan.