AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, Januari 29, 2015

Mesyuarat 5S Jabatan Radiologi Bil 1/2015

Mesyuarat 5S Jabatan Radiologi Bil 1/2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 29 Januari 2015
Hari: Khamis
Masa: 3.00-5.00 petang

Mesyuarat julung kali diadakan pada tahun ini dipengerusikan oleh Fasilitator 5S Jabatan Radiologi, Pn. S. Elavarasi. Mesyuarat membincangkan tentang:
  1. Perlantikan ketua baru. Semua kumpulan yang ingin melantik ketua zon baru perlu memaklumkan kepada Jawatankuasa untuk di kemaskini.
  2. Terdapat penambahan ahli baru juga akan berlaku dengan kemasukkan 4 orang Juru X-ray yang baru. Senarai ahli ini adakan dikemaskini dalam masa terdekat.
  3. Perubahan kawasan di Fluroskopi. Memandangkan bilik Fluroskopi telah berubah, Zon Hijau akan mengambil alih bilik Fluroskopi. Zon Pejabat, yang telah berpindah pun akan mewakili kawasan yang asal dan pantri akan dimasukkan di bawah zon Farizwana.
  4. 5S adalah secara berterusan, proses mengemas dan menyisih senantiasa harus berterusan. Semua ketua diingatkan untuk mengingatkan ahli-ahli mengenai perkara ini.
  5. Permohonan akan dibuat oleh Ketua Jururawat bagi menempatkan 3 buah lagi tong sampah sisa klinikal di Jabatan Radiologi.
  6. Semua ketua Zon diingatkan untuk lebih menggunakan grafik didalam papan tanda yang ingin digunakan sebagai contohnya meletakkan gambar sisa klinikal yang boleh dan tidak boleh dimasukkan di dalam tong-tong sampah yang berkaitan.
  7. Semua ketua diingatkan untuk mengemaskini sudut 5s dan sistem 5s yang ada, Fail 5S sepatutnya tidak digunakan lagi kerana PPUKM telah menggunakan sistem dalam talian 5s.
  8. Semua pelajar yang menjalani latihan klinikal perlu mencuci tiub x-ray bagi mengekalkan kebersihan bilik x-ray.
  9. Sebuah gotong royong perdana akan diadakan dalam masa terdekat (28 Februari 2015 - hari sabtu) dan cadangan untuk mengadakan gotong royong kecil diadakan setiap 3 bulan sekali.
Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.


Rabu, Januari 21, 2015

Audit ISO dari SIRIM bagi tahun 2015

Jabatan Radiologi telah di audit bagi audit ISO dari SIRIM bagi tahun 2015. Kumpulan Juru Audit telah menjalankan audit ISO di Jabatan Radiologi pada:

Tarikh: 21 Januari 2015
Hari: Rabu
Masa: 2.30 - 4.30 petang

Audit yang telah dijalankan selama 2 jam ini telah melihat:
  • Dokumen pemeriksaan kesihatan kakitangan sinaran
  • Dokumen dedahan dos sinaran yang di terima oleh kakitangan jabatan
  • Rekod penyenggaraan mesin
  • Troli kecemasan di Unit Fluroskopi
  • Gaun getah plumbum di Unit Fluroskopi
  • Tong sisa klinikal di Unit Fluroskopi
Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan Jabatan Radiolgi kerana telah berjaya mematuhi semua syarat didalam audit ISO yang dijalankan ini. Semoga Jabatan akan dapat mengekalkan kecemerlangan yang di capai selama ini untuk audit-audit yang akan dijalankan dimasa akan datang.







Perhimpunan pagi 21 Januari 2015

Perhimpunan pagi 21 Januari 2015 telah dikendalikan oleh Pn. Fazlina Mohd Amin. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa pagi oleh En. Jefri. Kemudian perhimpunan di ikuti dengan sebuah cerita tauladan yang disampaikan oleh Pn. Fazlina mengenai kesah tauladan arnab dan kura-kura. Beliau menceritakan betapa banyaknya pengajaran yang boleh di lihat dari kisah arnab dan kura-kura ini. 

Perhimpunan diikuti dengan pengumuman dari En. Hishamuddin dan En. Mazli mengenai disiplin kakitangan dan ISO. Perhimpunan berakhir pada jam 8.40 pagi. 





Selasa, Januari 20, 2015

Mesyuarat pengurusan bil 1/2015

Mesyuarat pengurusan bil 1/2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 19 Januari 2015
Masa: 10.30 am -1.30 tgh
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi, PPUKM

Antara perkara yang dibincangkan didalam mesyuarat yang diadakan ini adalah.
  1. En. Sadon akan ambil alih roster, cuti jxr dan roster oncall mulai 1 Mac 2015.
  2. Pn. Roslaili akan buat roster pk, cuti pk, oncall dan el/mc pk.
  3. Oncall ct akan diberi sama rata tanpa kita individu atau hari kecuali tukar suka sama suka.
  4. Oncall angio. Tiada pengecualian utk semua yg boleh buat angio. Semua ktgn yg buat angio kena buat oncall. Walau bagaimanapun En sadon akan discuss balik dgn oncall angio pasal pembahagian hari cuti samada secara penuh atau dibahagi kepada 2.
Peringatan mengenai cuti kecemasan dan MC.
Masih terdapat ramai lagi kakitangan yang mengambil mudah dengan prosedur penyerahan dokumen yang diperlukan sekiranya mengambil EL dan MC.
  1. Tidak menyerahkan EL atau MC dalam tempoh 1 minggu selepas mengambil EL atau MC. EL atau MC perlu diserahkan kepada penyelia masing2 dalam tempoh 1 minggu. Sekiranya tidak berbuat demikian. Tindakan potong gaji akan dikenakan kepada kakitangan. Peraturan ini sudah lama di maklumkan dan merujuk kepada peraturan JPA.
  2. Prosedur penyerahan MC. Lekatkan MC pada kertas sijil cuti sakit dan photostat. Salinan asal MC diserahkan kepada pejabat dan salinan photostat mc diserahkan kepada penyelia EL/MC U42 atau U36.
  3. Prosedur penyerahan EL. Isi borang penjelasan cuti kecemasan dan isi cuti secara online. Serahkan borang penjelasan EL, cetakan ewarga permohonan cuti kecemasan dan bukti2 berkaitan dan serahkan kepada penyelia EL/MC.
Harap semua dapat memenuhi peraturan diatas. Tindakan potong gaji serta merta tanpa surat amaran akan dikenakan sekiranya kakitangan yg mengambil EL dan MC tidak menyerahkan dokumen yg diperlukan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih untuk makluman semua.



Isnin, Januari 19, 2015

Majlis perhimpunan kakitangan PPUKM Bil 1/2015

Majlis perhimpunan kakitangan PPUKM Bil 1/2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 19 Januari 2015
Hari: Isnin
Masa: 8.00 - 10.30 pagi
Tempat: Auditorium PPUKM

Bersempena majlis perhimpunan kakitangan PPUKM Bil 1/2015, Jabatan Radiologi di jemput untuk menerima hadiah KIK dan menyertai pameran inovasi KIK. Jabatan Radiologi telah diwakili oleh Kumpulan BenuaCIPTA dan Kumpulan Sinaran. 





Jumaat, Januari 16, 2015

Persediaan pameran inovasi KIK bersempena dengan Majlis Perhimpunan Pagi PPUKM bil 1/2015

Persediaan pameran inovasi KIK bersempena dengan Majlis Perhimpunan Pagi PPUKM bil 1/2015 telah diadakan pada 16 Januari 2015. Dua kumpulan dari Jabatan Radiologi akan mengambil bahagian didalam pameran ini. Kumpulan yang terlibat adalah Kumpulan Sinaran dan Kumpulan BenuaCIPTA yang akan mempamerkan hasil projek inovasi dari kumpulan masing-masing. Perhimpunan pagi akan diadakan pada 19 Januari 2015. Selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-dua kumpulan.







Mesyuarat ISO 1/2015

Mesyuarat ISO 1/2015 peringkat Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 16 Januari 2015
Hari: Jumaat
Masa: 3.30 petang

Mesyuarat ini diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi audit ISO yang akan dijalankan pada 21-23 Januari 2015. Semua kakitangan dikehendaki bersedia di unit masing-masing bagi audit yang akan dijalankan ini. Perhatian harus diberikan kepada teguran audit yang lepas dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.