Mesyuarat 5S Jabatan Radiologi Bil 1/2015 telah diadakan pada:
Tarikh: 29 Januari 2015
Hari: Khamis
Masa: 3.00-5.00 petang
Mesyuarat julung kali diadakan pada tahun ini dipengerusikan oleh Fasilitator 5S Jabatan Radiologi, Pn. S. Elavarasi. Mesyuarat membincangkan tentang:
- Perlantikan ketua baru. Semua kumpulan yang ingin melantik ketua zon baru perlu memaklumkan kepada Jawatankuasa untuk di kemaskini.
- Terdapat penambahan ahli baru juga akan berlaku dengan kemasukkan 4 orang Juru X-ray yang baru. Senarai ahli ini adakan dikemaskini dalam masa terdekat.
- Perubahan kawasan di Fluroskopi. Memandangkan bilik Fluroskopi telah berubah, Zon Hijau akan mengambil alih bilik Fluroskopi. Zon Pejabat, yang telah berpindah pun akan mewakili kawasan yang asal dan pantri akan dimasukkan di bawah zon Farizwana.
- 5S adalah secara berterusan, proses mengemas dan menyisih senantiasa harus berterusan. Semua ketua diingatkan untuk mengingatkan ahli-ahli mengenai perkara ini.
- Permohonan akan dibuat oleh Ketua Jururawat bagi menempatkan 3 buah lagi tong sampah sisa klinikal di Jabatan Radiologi.
- Semua ketua Zon diingatkan untuk lebih menggunakan grafik didalam papan tanda yang ingin digunakan sebagai contohnya meletakkan gambar sisa klinikal yang boleh dan tidak boleh dimasukkan di dalam tong-tong sampah yang berkaitan.
- Semua ketua diingatkan untuk mengemaskini sudut 5s dan sistem 5s yang ada, Fail 5S sepatutnya tidak digunakan lagi kerana PPUKM telah menggunakan sistem dalam talian 5s.
- Semua pelajar yang menjalani latihan klinikal perlu mencuci tiub x-ray bagi mengekalkan kebersihan bilik x-ray.
- Sebuah gotong royong perdana akan diadakan dalam masa terdekat (28 Februari 2015 - hari sabtu) dan cadangan untuk mengadakan gotong royong kecil diadakan setiap 3 bulan sekali.
Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan