AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Isnin, Disember 27, 2010

Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat PPUKM

Semua di jemput hadir...

Isnin, September 27, 2010

Jumaat, Julai 09, 2010

Perhimpunan pagi Jumaat, 9 Julai 2010

Penyampai pada kali ini ialah En. Mohamad Norman. Perhimpunan di mulakan dengan bacaan doa, dan diikuti dengan sedikit cerita dan tips untuk menjadi pedoman semua.

9 Tips Menjadikan Hidup Anda Gembira
#1 | Mengenalpasti
Fahami & kenal pasti betul-betul apa yang membuatkan anda akan rasa gembira. Lain orang lain caranya. Mereka ada cara tersendiri untuk jadi ceria. Begitu juga anda. Jangan bandingkan cara mereka dengan cara anda.

#2 | Merancang
Rancangkanlah sesuatu perkara yang anda tahu pasti membuatkan anda gembira kalau anda berjaya mencapainya. InsyaAllah mood anda akan menjadi lebih baik kerana anda berasa yakin dengan diri anda sendiri kerana anda dah ada sesuatu target di depan yang sangat tak ternilai harganya.

#3 | Pergaulan
Bergaullah dengan orang-orang yang sentiasa happy & gembira. Anda akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif jika anda bergaul dengan mereka-mereka yang berperasaan begitu. Begitu juga jika anda bersama-sama orang yang berfikiran positif, emosi mereka juga akan mempengaruhi anda.

#4 | Cara Penyelesaian
Bila terjadi sesuatu masalah, terus cari cara menyelesaikannya daripada anda sibuk menyalahkan orang lain atau diri sendiri. Orang yang benar-benar gembira ialah mereka yang berjaya mengawal mood mereka tanpa dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.

#5 | Berfikir
Berikan beberapa minit setiap hari supaya anda boleh fikir apakah perkara-perkara yang boleh buat anda rasa gembira. Dari sinilah anda berpeluang menjadi lebih fokus kepada benda-benda yang positif di dalam hidup anda. Ianya pasti menjadi anda kekal gembira.

#6 | Hadiah
Penting juga setiap hari anda beri hadiah kepada diri anda sendiri. Pergi lunch makanan kegemaran anda, pergi tengok sukan kegemaran anda kat stadium, mandi jakuzi di pusat istirehat, ataupun membeli pakaian yang anda suka supaya anda lebih handsome atau cantik. Semua ni akan mengekalkan kegembiraan & menjadikan mood anda lebih baik.

#7 | Humor
Cari unsur-unsur humor di dalam pelbagai situasi anda. Memang, ada masanya anda perlu serius. Wujudkan suasana gembira di pejabat, ketika bersarapan pagi ataupun di dalam kereta bersama-sama teman anda.

#8 | Kesihatan
Kekalkan kesihatan anda dalam mencapai kegembiraan sehari-hari. Terlalu gemuk atau anda tak makan makanan yang berkhasiat juga akan efek kepada mood anda. Bersenam, bersukan & beriadahlah kerana ia akan membuatkan anda rasa gembira.

#9 | Kepercayaan
Akhir sekali, anda sendiri perlu tahu pentingnya kebahagiaan dalam diri hidup anda. Orang yang merasakan diri mereka tak berhak hidup gembira, kadangkala mereka sendiri akan sabotaj diri sendiri dalam mencapai kebahagiaan. Kalau boleh, hari-hari anda perlu berkata kepada diri anda sendiri bahawa anda berhak untuk menjadi gembira & bahagia. Ini akan mengingatkan anda kembali apakah langkah-langkah yang patut anda buat untuk menjadi seorang yang benar-benar telah mencapai kegembiraan. (Artikel di ambil dari internet)

Perhimpunan diikuti dengan pengenalan keatas kakitangan yang baru melaporkan diri. 5 orang kakitangan yang melaporkan diri memperkenalkan diri masing-masing.

Perhimpunan diikuti dengan pengumuman dan Pn. Fudziah mengenai pesanan beliau bahawa pelulus kursus pada ketika ini adalah En. Mazli. Beliau juga berpesan untuk menggunakan bilik 9 untuk kes yang melibatkan pesakit peadiatrik.

En. Mazli menyampaikan pesanan kepada semua petugas CT Scan supaya memastikan semua imej di hantarkan ke Jukebox. Ini bagi menelakkan daripada berlakunya imej tidak dapat dijumpai apabila proses pencarian semula dijalankan. Petugas CT Scan dan petugas IT perlu bekerjasama agar kejadian yang tidak diingini tidak berlaku lagi. Protokol juga harus dipastikan untuk diset sebagai autosend bagi jukebox. En. Hishamuddin memaklumkan agar semua Juru X-ray CT Scan supaya menyemak kembali imej yang dihantar supaya ianya terdapat didalam jukebox.

En. Sa'don menyampaikan pesanan yang berupa aduan yang telah diterima oleh beliau mengenai kes MRI yang lewat di jalankan. Semua juru x-ray yang bertugas di unit MRI bagi tugas pagi 7.30-2.30pagi harus memastikan kes dijalankan dengan seberapa segera. Kelewatan menjalankan kes akan mengakibatkan kes akan berlanjutan sehingga malam hari.

Perhimpunan pagi berakhir pada 8.40am dengan ucapan terima kasih dari pengurusi majlis.

Isnin, Jun 28, 2010

Kursus Bina Insan Jabatan Radiologi 2010

Kursus Bina Insan Jabatan Radiologi 2010
Tarikh: 26-27 Jun 2010
Tempat: A'famosa Resort Hotel, Alor Gajah, Melaka...

Kursus Bina Insan Jabatan Radiologi 2010 telah diadakan di A'famosa Resort Hotel, Alor Gajah, Melaka... Kursus ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi, PPUKM. Kursus pada kali ini diadakan selama 2 hari 1 malam...

Sabtu, Jun 05, 2010

Kejohanan Bowling Tertutup Radiologi 2010

Tarikh: 22 Mei 2010
Masa: 2.00 petang
Tempat: ARL Powerbowl, Alamanda, Putrajaya...

Seramai 60 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk menyertai Kejohanan Bowling Tertutup Radiologi bagi tahun 2010... Jumlah penyertaan yang memberansangkan ini telak mendorong penganjur (Kelab Kebajikan dan Sosial) untuk menjalankan pertandingan ini secara berkumpulan. Sebanyak 10 kumpulan telah diundi, setiap kumpulan mempunyai 6 orang...

Pertandingan dijalankan sebanyak 2 games... Semua peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa menyertai pertandingan ini... Yang telah berjaya memenangi pertandingan pada kali ini adalah seperti berikut...

Kategori berkumpulan
1. Wakaka Crew (Dr. Azlan, Mohd Khanif, Norazreena, Siti Fatimah)
2. Banzai!!! (Mazli, Mohd Nor Hisham, Metdahie Bujang, Nor 'Izzati, Dr. Nur Yazmin, Fatin)
3. Pendekar Laut (Hairul Amri, Mohd Fahmi, Sharmiezul, Lidyawati, Azleena, Dr. Salina)

Kategori Individu Lelaki
1. Hairul Amri
2. Mazli
3. Mohd Adzha

Kategori Individu Wanita
1. Azmira Ahmad
2. Shahirah
3. Norazreena

Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang tidak berjaya, perbanyakkan praktis anda dan cuba lagi tahun hadapan...

Sabtu, Mei 29, 2010

Majlis Perkahwinan Nooradila dan Mohd Adzha...

Tarikh: 29 Mei 2010
Masa: 12.00-4.00 petang
Tempat: Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak...

Perkenalan mereka semasa melanjutkan pelajaran telah membawa ke jinjang pelamin... Ini adalah pasangan pertama di Jabatan Radiologi yang bertugas didalam satu Jabatan... Majlis telah di adakan di Dewan Banquet Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak... Ramai sanak-saudara dan rakan-rakan yang telah sama-sama meraikan hari yang bersejarah ini...

Majlis sambutan juga akan diadakan untuk pihak lelaki... Majlis akan diadakan rumah pengantin lelaki pada 6 Jun 2010... Tahniah kepada kedua mempelai... Semoga perkahwinan mereka akan berkekalan...

Rabu, Mei 26, 2010

Majlis Perpisahan Dr. Abdullah

Tarikh: 26 Mei 2010
Masa: 1.00 tengahari
Tempat: Restoran Saba', Jelatek...

Dr. Abdullah yang telah menjalani latihan Fellowship di EIR PPUKM telah menamatkan latihannya pada Mei ini... Jamuan perpisahan yang dihadiri oleh kakitangan dari Unit EIR PPUKM telah diadakan sempena perpisahan beliau... Jamuan telah diadakan di Restoran Saba' yang terletak di Jalan Jelatek... Restoran Saba' menyediakan jamuan ala Arab itu menyajikan makanan yang enak dan unik...

Jamuan yang turut dihadiri oleh Ketua Jabtan itu adalah sebagai satu tanda penghargaan kepada Dr. Abdullah... Semoga Dr. Abdullah akan berjaya selepas menamatkan beliau... Terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan majlis ini...

Khamis, Mei 06, 2010

Sambutan Hari Lahir Jan-Apr 2010

Tarikh: 6 Mei 2010
Masa: 4.00 petang
Tempat: Sunflower Garden, Jabatan Radiologi...

Jamuan hari lahir pertama bagi tahun ini adalah untuk menyambut hari lahir kakitangan Jabatan Radiologi yang dilahirkan pada bulan januari, febuari, mac dan april 2010...

Jamuan yang diadakan secara sederhara ini dihadiri oleh semua kakitangan... Kakitangan telah dijamu dengan 1 kek istimewa dari kedai kek Bandar Tun Razak... Antara makanan lain adalah Mee Goreng, Bihun Goreng, Kueh Ketayap, Kueh Cucur Badak dan Roti Jala...

Selamat hari lahir kepada semua kakitangan...

Jumaat, April 30, 2010

Lawatan ke Institut Jantung Negara...

Tarikh: 30 April 2010
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: Institut Jantung Negara

Lawatan diadakan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan mengenai setting yang terdapat di Dewan Bedah Hybrid (Hybrid OT)... Seramai 12 kakitangan Jabatan Radiologi yang terdiri daripada Pakar Radiologi, Juru X-ray, Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan telah menyertai lawatan yang diadakan ini...

Di IJN, para peserta lawatan telah melawat kemudahan:

Suite Hybrid OT (yang terletak di Dewan bedah)
Cardiovascular Labratory (Machine Philips dan Siemens)
Dual Source CT Scan (optimised untuk pemeriksaan jantung)
Suite MRI (mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik)

Lawatan yang telah diadakan telah memberikan pengalaman baru kepada semua tentang rekaletak dan cara kerja yang dilakukan... Semua peserta yang mengikuti lawatan ini berpuas hati dengan ilmu yang diperolehi... Lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang telah diadakan oleh pihak IJN... Terima kasih kepada pihak IJN kerana telah sudi untuk menerima kami untuk melawat...

Rabu, Mac 03, 2010

AJK Kelab Kebajikan dan Sosial sesi 2010-2011

AHLI JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL
SESI 2010-2011

PENGERUSI:
DR. FAIZAH MOHD ZAKI

NAIB PENGURUSI:
DR. NUR YAZMIN YAACOB

SETIAUSAHA:
HALIMAH ABD. GHANI

NAIB SETIUASAHA:
MAZLI MOHAMAD ZIN

BENDAHARI:
NORAZREENA ABDUL GHANI

NAIB BENDAHARI:
WAN NOOR AFZAN WAN SULAIMAN

AJK:
DR MUHAMMAD
DR MOHD AZLAN MAT SOM
DR RIDZUAN ABD. RAHIM
RUZI ABDULLAH
MOHAMAD NORMAN MOHD NORDIN
SA'DON SAMIAN
NADIATUL ZAIREEN MOHD TAHA
CHE ASMIRA CHE AHMAD
NAZURAI MAT NOR
KHANIF MASOUD

JURU AUDIT DALAMAN:
DR. SHARIFAH MAJEDAH
SAFWAN HASHIM

Sabtu, Februari 20, 2010

UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-6

Tahniah - UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-6

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) JOHAN KESELURUHAN sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat IPTA Kali ke-6 yang telah berlangsung di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia pada 18-20 Februari 2010 dengan mengalahkan sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain. Antara anugerah lain yang diterima oleh UKM adalah seperti berikut :

Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal
Kumpulan CHARGE dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM

Naib Johan Kategori Teknikal
Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM

Anugerah Fasilitator Terbaik
Puan Farizah Ansarudin (Kumpulan Charge)

Dua puluh (20) IPTA terlibat dalam konvensyen KIK yang diadakan pada tahun ini. Namun hanya sebelas (11) pasukan IPTA yang bertanding. Mereka ialah dari Universiti Sains Malaysia selaku tuan rumah, UKM, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini.

Kumpulan FARSIS dari Jabatan Farmasi PPUKM dan Kumpulan PROTAG dari Perpustakaan Tun Seri Lanang, terima kasih kerana telah menunjukkan usaha yang baik dalam pertandingan ini.