AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...
Memaparkan catatan dengan label IT-PACS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IT-PACS. Papar semua catatan

Ahad, Februari 15, 2009

Seminar KL OSIRIX 2009...

Seminar KL Osirix 2009 telah diadakan pada 14 Febuari 2009 yang lalu... Seminar yang julung kali diadakan di PPUKM ini telah ditawarkan kepada 30 orang peserta dari seluruh negara... Bilangan peserta dihadkan kepada 30 orang kerana seminar ini menawarkan 'hands-on' kepada semua peserta yang mengambil bahagian...

Osirix adalah sebuah perisian yang digunakan untuk memanipulasi imej radiologi... Penggunaan Osirix dapat mempercepatkan tugas-tugas memanipulasi imej agar ianya mudah untuk dinilai... Osirix mendapat sambutan yang amat baik dari komuniti radiologi kerana ianya mudah digunakan dan boleh diporolehi secara percuma...

Semua peserta yang hadir telah diperkenalkan secara asas dan lanjutan mengenai perisian ini... Pengenalan ringkas tentang teknik memanipulasi imej sehingga teknik advance telah diperkenalkan didalam seminar ini... Jabatan Radiologi juga bertuah kerana Prof. Ibrahim Lufti, dari Institut Perubatan & Pergigian Termaju telah sudi untuk memberikan ceramah pengenalan mengenai Osirix ini... Prof. Ibrahim Lufti adalah salah seorang yang mula-mula menggunakan perisian Osirix di Malaysia...

Seminar ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya... Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat... Seminar seumpama ini akan diadakan lagi dimasa akan datang... Untuk maklumat lanjut boleh lawati http://www.eir-ukm.com/osirix/

Jumaat, Disember 12, 2008

Pertukaran nombor hotline IT-PACS...

Nombor hotline IT-PACS telah di tukarkan kepada 6382... Semua kakitangan boleh menghubungi nombor berkenaan bagi menyelesaikan sebarang masalah mengenai IT yang berkaitan dengan Jabatan Radiologi...

Isnin, November 24, 2008

Tapak web Jabatan Radiologi Versi 3 sudah on-line...

Berita baik untuk semua... Tapak Web Jabatan Radiologi Versi 3, Jabatan Perkhidmatan Radiologi sudah boleh di akses oleh semua...

Tapak web Jabatan Perkhidmatan Radiologi ini adalah kesinambungan kepada tapak web yang lepas dan dibangunkan sejajar dengan perkembangan IT di Jabatan Radiologi yang begitu rancak dan tidak boleh dipisahkan lagi...

Tapak web tersebut boleh di capai di http://radiologi.ppukm.ukm.my/

Tahniah kepada Team Grafik Unit IT-PACS di atas kejayaan menyediakan Tapak Web yang membanggakan kita semua... Team Grafik Unit IT-PACS yang di ketuai oleh En. Ruzi ini telah mengambil masa selama 3 bulan untuk menaiktaraf tapak web yang sedia ada untuk menjadikannya lebih menarik dan interaktif untuk dilawati...

Sila nyatakan sebarang maklumbalas dan komen anda mengenai tapak web yang baru dilancarkan ini... Segala maklumbalas dan komen anda amatlah dihargai demi meningkatkan kualiti tapak web agar ianya menjadi unggul dan releven untuk dikunjungi...

Untuk pengetahuan semua pembaca, selain dari Team Grafik, Unit IT-PACS Jabatan Perkhidmatan Radiologi juga mempunyai Team Teknikal dan Team Multimedia yang mempunyai agenda tersendiri didalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di Jabatan Radiologi...

Jumaat, November 21, 2008

Server jukebox telah dipindahkan ke Bilik IT-PACS...

Server jukebox untuk penyimpanan imej telah dipindahkan ke Bilik IT-PACS... Sebelum ini sever berkenaan berada di bilik CT Scan... Pemindahan server ini bertujuan untuk:
  1. Ruangan didalam bilik IT-PACS lebih bersih dari habuk dan kotoran kerana lebih tertutup dan tidak terlalu terdedah dengan laluan utama...
  2. Mempunyai suhu yang lebih sejuk untuk sebuah server beroperasi dengan lebih lancar dalam jangkamasa panjang...
  3. Memudahkan database dan imej di kawalselia oleh petugas di Bilik IT-PACS...
  4. Lebih selamat kerana akan sentiasa dipantau sepanjang masa oleh petugas di Bilik IT-PACS...
  5. Ruang di Bilik CT-Scan dapat di gunakan dengan sebaik mungkin dengan ketiadaan server ini...
Semoga dengan pemindahan server ini, akan dapat melicinkan lagi perkhidmatan di Jabatan Radiologi...

Rabu, November 19, 2008

Lawatan IT-PACS ke Hospital Sg. Buloh...

Lawatan ini adalah siri kedua diantara 3 lawatan yang akan dibuat oleh Unit IT-PACS, Jabatan Perkhidmatan Radiologi... Lawatan kali ini disertai oleh En. Zainal, En. Mohamad Norman, En. Ruzi, En. Metdahie, Pn. Che Asmira dan Cik Wan Noor Afzan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pengalaman mengenai aliran kerja kakitangan radiologi hospital berkenaan dengan sistem RIS dan PACS.

Lawatan telah di mulakan dengan penerangan ringkas mengenai jabatan radiologi hospital yang baru 2 tahun beroperasi, sistem rangkaian komputer dan Health Information System (HIS) dari ketua jabatan, Pn Rachel St. Maria. Ketua jabatan kemudiannya menyerahkan tugas kepada Pegawai sains, En. Norawzin merangkap pegawai IT-PACS. Penjelasan selanjutnya dimulakan dari kaunter utama jabatan radiologi iaitu mengenai Radiology Information System (RIS) dari IBA Health Group (Malaysia). Sistem rangkaian setempat ini berasal dari India. Setiap capaian sistem ini dimulakan dengan tetingkap utama. Kemudian kakitangan hospital di jabatan tertentu akan memilih tetingkap jabatan mereka masing-masing. Jikalau pesakit yang hendak diperiksa belum pernah berdaftar dengan hospital berkenaan, kakitangan di situ boleh membuat nombor pendaftaran untuk pesakit berkaitan. Kakitangan jabatan radiologi juga boleh memberi nombor pendaftaran yang baru kepada pesakit yang pertama kali berkunjung ke hospital berkenaan. Tindakan capaian sistem mesti juga dibuat di bilik pemeriksaan untuk mengsahkan waktu mula dan tamat pemeriksaan. Sistem ini mesti diawasi dengan baik supaya capaian pengguna berdaftar berkaitan tidak dipakai oleh orang lain. Tulisan dalam sistem ini cukup kecil untuk dibaca dengan jarak yang sederhana jauh.

Pegawai sains membawa kami ke kawasan kerja di mana sistem x-ray berkomputer digunakan sepenuhnya. Semua pemeriksaan x-ray tidak melibatkan pengguna filem. Imej yang dihasilkan menjadi rakaman dalam sistem dan rangkaian komputer, PACS. Ruang kerja disesuaikan dengan rekabentuk jabatan dan hospital yang berfungsi menerima kes-kes penyakit berjangkit. Setiap bilik pemeriksaan mempunyai komputer RIS untuk juru x-ray memula dan menamatkan pemeriksaan yang dibuat sebagai tambahan kepada aliran kerja juru x-ray. Mesin x-ray Siemen digabungkan dengan peralatan rakaman imej kodak. Kemudahan merakam imej panjang seperti keseluruhan turus tulang belakang juga boleh didapati di sini. Imej berkenaan dirakam dengan mengguna satu pemegang kaset Siemens dengan 4 kaset kodak saiz khas tanpa memerlukan pencantuman semula imej. Mesin pembaca kaset, kodak single loader ditempatkan di setiap bilik pemeriksaan. Mesin ini adalah lebih tahan lama, tinggi penjimatan kos selenggara dan kurang terdedah dengan kekotoran kerana tidak melibatkan mekanikal yang besar seperti mesin multiloader. Penggunaan mesin single loader ini amat praktikal di sini kerana beban kerja di hospital berkenaan yang masih rendah.

Lawatan ke Unit pemeriksaan imbasan CT dan MRI tidak mengambil masa yang lama kerana modaliti digunakan adalah hampir sama dengan PPUKM. Kawasan pemeriksaan angiografi agak luas menunjukkan mesin Siemen yang masih mengguna rakaman pengamat imej tidak seperti pengesan digital yang terdapat di PPUKM. Sistem arkib kekal angiografi dan semua modaliti lain dikendalikan sepenuhnya oleh jabatan teknologi maklumat. Lawatan ke jabatan berkenaan tidak dapat diteruskan kerana surat permohonan melalui saluran tertentu diperlukan. Lawatan diteruskan ke unit x-ray jabatan kecemasan yang juga dibawah PACS. 1 bilik pemeriksaan x-ray biasa dan 1 bilik imbasan CT terdapat di kawasan utama. 1 bilik pemeriksaan x-ray biasa pula disediakan di kawasan merah.

Kumpulan lawatan menikmati makan tengahari sebelum meneruskan lawatan ke bahagian belakang kawasan kerja. Kawasan ini menempatkan pencetak filem kodak dan pengimbas filem yang juga digunakan untuk mengimbas borang permohonan x-ray. Imej borang yang diimbas tidaklah sempurna sepertimana borang asal. Hospital ini banyak menerima pesakit-pesakit dari pusat perubatan di sekitar Sg. Buloh. Terdapat juga pesakit dari Tanjung Karang. Pesakit-pesakit ini memerlukan pencetakan filem x-ray. Akhir sekali, penjelasan diberi tentang masalah-masalah yang pernah dan sedang dihadapi oleh IT-PACS di jabatan berkenaan.

Kumpulan lawatan ke Jabatan Pengimejan Diagnostik berasa berpuas hati dengan lawatan kali ini dan berasa amat teruja dengan persiapan dan sambutan yang telah dilakukan oleh pengurusan Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Sg. Buloh. Penerangan yang jelas dan jujur tentang sistem-sistem yang digunakan amat membantu kumpulan lawatan menambah pengetahuan di dalam sistem RIS dan PACS yang digunakan. Pengalaman yang diperolehi semasa sesi lawatan ini amat berharga untuk semua ahli yang turut serta. Ianya akan membantu didalam meningkatkan kualiti dan perkhidmatan Jabatan Radiologi PPUKM amnya dan Pusat Perubatan UKM khasnya.

Rabu, November 12, 2008

Lawatan IT-PACS ke Hospital Ampang

Lawatan ini adalah siri pertama diantara 3 lawatan yang akan dibuat oleh Unit IT-PACS, Jabatan Perkhidmatan Radiologi... Lawatan kali ini disertai oleh En. Zainal, En. Mohamad Norman, En. Mohamad Nor Affendi, En. Nor Azhar, Cik Noor Adila dan Cik Rohaida.... Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pengalaman mengenai workflow sistem RIS dan PACS yang digunakan di hospital berkenaan....

Lawatan telah di mulakan dengan pembentangan mengenai sistem komputer, rangkaian dan Total Health Information System (THIS) dari Ketua Jabatan IT Department Hospital Ampang... Ianya kemudian di ikuti dengan pembentangan mengenai Radiology Information System (RIS) dari IBA Health Group (Malaysia)... Pembentangan terakhir pada pagi tersebut adalah mengenai sistem Picture Archiving and Communication System (PACS) oleh Syarikat GE...

Selepas sesi pembentangan dan soal jawab diadakan, kumpulan lawatan telah dibawa melawat sekitar Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang... Lawatan dimulakan dengan paparan mengenai bagaimana kaunter menerima pesakit, sistem yang digunakan di X-ray AM sehinggalah selesai pemeriksaan dijalankan... Tatacara bagaimana imej dihantar dan distor juga dimuatkan dalam penerangan yang diberikan oleh pihak Jabatan... Kami juga dibawa melawat ke Bilik CT Scan, MRI, Angiografi dan bilik Mamografi...

Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang menawarkan sistem filemless ini semenjak Disember 2007... Tidak banyak masalah yang dihadapi semasa menggunakan sistem ini kerana ianya memang dirancang sebagai sebuah Hospital yang mengamalkan sistem THIS... Tidak ada lagi filem digunakan, semua penyimpanan imej dilakukan didalam sebuah server berpusat yang terletak di IT Department... Filem hanya akan dicetak / CD di bekalkan sekiranya pesakit perlu dipindahkan ke hospital yang lain... Lawatan ini telah telah diakhiri dengan lawatan ke IT Departmet dan Jabatan Kecemasan...

Kumpulan lawatan ke Jabatan Pengimejan Diagnostik berasa berpuas hati didalam lawatan pada kali ini... Kumpulan juga berasa amat teruja dengan persiapan dan sambutan yang telah dilakukan oleh pengurusan Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang diatas layanan kumpulan lawatan semasa kami berada disana... Penerangan yang jelas dan jujur tentang sistem-sistem yang digunakan amat membantu kumpulan lawatan didalam menambahkan pengetahuan didalam sistem RIS dan PACS yang digunakan... Pengalaman yang diperolehi semasa sesi lawatan ini amat berharga untuk semua ahli yang turut serta... Ianya akan membantu didalam meningkatkan kualiti dan perkhidmatan Jabatan Radiologi PPUKM amnya dan Pusat Perubatan UKM khasnya...

Jumaat, November 07, 2008

Kelas asas IT-PACS...

Kelas asas bagi IT-PACS bagi semua Juru X-ray telah diadakan pada 5 hingga 7 November 2008... Kelas yang diadakan dalam 3 kumpulan ini diadakan untuk memberikan memberikan maklumat mengenai perkara asas yang harus diketahui oleh semua Juru X-ray yang bertugas di Jabatan Perkhidmatan Radiologi...

Perkara asas yang dipelajari termasuklah bagaimana untuk mencari pesakit, melihat imej dan mengenalpasti masalah asas yang boleh menyebabkan imej tidak boleh dilihat... Pelajaran asas ini banyak bertumpu kepada sistem Medweb...

Kelas yang diadakan ini diharapkan akan dapat membantu kakitangan yang bertugas bagi menyelesaikan masalah mudah semasa ketiadaan ahli IT-PACS yang bertugas terutamanya semasa waktu selepas waktu pejabat dan cuti umum...

Khamis, November 06, 2008

Bengkel Osirix di Universiti Islam Antarabangsa..

Seminar OSirix telah diadakan di Conference Room Level 4, Kulliyyah of Medicine, Universiti Islam Antarabangsa yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Seminar telah diadakan selama sehari pada 6hb November 2008.

Seminar ini telah di hadiri oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Sobri, Dr. Rozman, Dr. Hamzaini, En. Zainal, En. Mohamad Norman dan En. Ruzi dari Jabatan Radiologi PPUKM.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada peserta dengan program Osirix. Program Osirix adalah sebuah program yang digunakan untuk 3 fungsi utama iaitu, mempamerkan imej, memanipulasi imej dan menyimpan imej...

Antara lain, kandungan seminar ini adalah mengenai pengenalan kepada Osirix, Pengenalan kepada sistem pengoperasian Mac OSX, pemprosesan imej, tayangan video dan sesi praktikal... Semua peserta begitu berpuas hati kerana di beri peluang untuk mempelajari perisian ini...

Untuk maklumat lanjut mengenai perisian ini sila lawati http://www.osirix-viewer.com/

Jumaat, Ogos 08, 2008

Unit IT-PACS Jabatan Radiologi


Ditubuhkan untuk membantu mengatasi sebarang masalah berkaitan dengan penggunaan IT (Information Technology) dan PACS (Picture Archiving and Communication System) sistem di Jabatan Radiologi.

Ahli IT-PACS mengikuti kelas yang diadakan pada setiap hari khamis setiap minggu. Ahli akan di update dengan maklumat terkini mengenai IT. Lawatan ke hospital lain juga diadakan bagi menambahkan pengetahuan mengenai sistem PACS yang digunakan.

Nombor hotline IT-PACS ialah 7408. Sila hubungi nombor berkenaan sekiranya mempunyai masalah kehilangan imej di medweb... Ahli IT-PACS sedia membantu...