AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, November 28, 2012

Kumpulan Sinaran menjadi Naib Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Ke-17, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kumpulan Sinaran telah menjadi naib johan kategori pengurusan, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Ke-17, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ianya telah berlangsung pada:

Tarikh: 27 November 2012
Masa: 9.00am-5.00pm
Tempat: DK 43.101, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM

Pihak juri telah mengalami kesukaran untuk membuat keputusan kerana persaingan antara kumpulan dalam kategori pengurusan amat sengit. Kejayaan ini akan melayakkan kumpulan Sinaran untuk bertanding diperingkat IPTA dan MPC pada masa tahun hadapan.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Sinaran! Semoga kumpulan ini akan beroleh kejayaan yang membanggakan di konvensyen yang akan datang... 


Khamis, November 22, 2012

Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat UKM

Sambutan Hari Radiografi Sedunia bagi Peringkat UKM telah disambut pada: 

Tarikh: 22-23 November 2012
Hari: Khamis-Jumaat
Masa: 8.30 am - 4.30 pm
Tempat: Lobi Utama, PPUKM.

Hari Radiografi Sedunia disambut pada tanggal 8 November setiap tahun. Hari Radiografi disambut bagi memperingati peristiwa penemuan x-ray yang telah ditemui oleh Wilhelm Conrad Röntgen pada  tahun 1895.

Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat UKM pada kali ini disambut dengan kerjasama dari Jabatan Radiologi, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Jabatan Pengimejan Molekular dan Perubatan Nuklear, Pusat Perubatan UKM dan Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Fakulti Sains Kesihatan UKM.

Tujuan Hari Radiografi ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai bidang radiologi. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan sambutan yang diadakan pada kali ini. Antara aktiviti yang disediakan adalah ruangan pameran, ceramah, cabutan bertuah, sesi khidmat rundingan, gerai jualan, pemeriksaan ultrasound dan bermacam-macam lagi. Semoga sambutan yang diadakan pada kali ini akan mencapai objektifnya.







Sabtu, November 10, 2012

Seminar Radiation Safety Awareness in Medical Practice

Radiation Safety Awareness in medical practice telah berjaya di adakan pada:


Tarikh: 10 November 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 am - 5.00 pm
Tempat: Auditorium PPUKM

Seminar selama sehari ini dianjurkan oleh Jabatan Radiologi dengan kerjasama dari Jabatan Pengimejan Molikular dan Pengimejan Perubatan, Jabatan Radioterapi, Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Surgeri, Tissue Engineering, Pengurusan Kejururawatan, Endoskopi dan Tabung Darah. Seminar ini diadakan bersempena dengan sambutan hari radiografi sedunia peringkat UKM. Terdapat seramai lebih dari 150 orang peserta telah menyertai seminar yang diadakan ini. 

Di antara topik menarik yang dibentangkan didalam seminar yang diadakan ini adalah:
  • Akta 304 & peraturan yang berkaitan dengan radiasi - Mr. Richard Ee (KKM)
  • Basic principle and protection in angiography - Prof Madya Dr. Rozman Zakaria
  • PET CT for non radiologist - Dr Abdul Rahman Mohamad
  • Radiation hazzard and biological effect dan Principles in radiation protection oleh- Prof Dr. Md. Saion Salikin 
Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada AJK yang terlibat didalam seminar yang diadakan ini. Seminar yang bertaraf CME ini juga telah mendapat kerjasama dari Asia Lab dan NR imaging.