AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Ahad, Jun 08, 2014

Majlis perkahwinan Abdul Wafi Zakaria

En. Abdul Wafi Zakaria dengan pasangannya telah selamat mendirikan rumah tangga pada:

Tarikh: 7 Jun 2014
Masa: 12.00 tengahari
Tempat: Beranang, Selangor.

Radbikez telah berbesar hati untuk mengiringi pengantin pada hari yang bersejarah ini. Seramai 9 orang ahli Radbikez telah bersama-sama ke rumah pengantin untuk bersama-sama meraikan hari yang amat bermakna untuk pasangan Abdul Wafi Zakaria dan isterinya ini. Semoga jodoh berkekalan dan berbahagia selamanya.





Rabu, Jun 04, 2014

Kursus orentasi pelajar pasca siswazah Radiologi 2014

Kursus orentasi pelajar pasca siswazah Radiologi 2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 3 Jun 2014 (Selasa)
Masa: 8.00am - 5.00pm
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi.

Kursus ini diadakan untuk memberikan maklumat mengenai Jabatan Radiologi kepada semua pelajar baru pasca siswazah yang melaporkan diri pada 2 Jun 2014.