AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Sabtu, April 04, 2009

Bengkel Merci Retrieval System...

Bengkel mengenai Merci Retrieval System telah diadakan pada 3 April 2009 jam 3.00 petang yang lalu di Jabatan Radiologi PPUKM... Bengkel yang diadakan ini telah dihadiri oleh Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Juru X-ray dan Jururawat yang bertugas di Unit EIR Jabatan Radiologi...

Merci Retrieval System adalah peralatan yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami strok yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah... Saluran darah yang tersekat disebabkan oleh darah beku akan mengakibatkan kematian tisu otak... Sekiranya penyumbatan ini tidak dirawat dengan segera, kematian tisu otak yang tidak menerima bekalan oksigen akan menjadi lebih serius dan lebih banyak fungsi badan akan terganggu...

Rawatan menggunakan Merci Retrieval System yang dibawakan oleh syarikat T-Medic ini akan memberikan peluang kedua kepada pesakit yang baru dikesan mengalami strok iskemik... Prosedur harus dijalankan dalam kadar segera apabila pesakit dikesan mengalami strok ini... Kemahiran semua Pakar didalam menggunakan peralatan yang bernilai tinggi ini amat diperlukan supaya pesakit akan dapat menerima rawatan yang sebaik mungkin...

Bengkel ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya... Semua peserta amat berpuas hati kerana telah diberikan peluang yang secukupnya bagi menggunakan peralatan ini... Semoga bengkel seumpama ini akan dapat diadakan lagi dimasa akan datang...

Ahad, Februari 15, 2009

Seminar KL OSIRIX 2009...

Seminar KL Osirix 2009 telah diadakan pada 14 Febuari 2009 yang lalu... Seminar yang julung kali diadakan di PPUKM ini telah ditawarkan kepada 30 orang peserta dari seluruh negara... Bilangan peserta dihadkan kepada 30 orang kerana seminar ini menawarkan 'hands-on' kepada semua peserta yang mengambil bahagian...

Osirix adalah sebuah perisian yang digunakan untuk memanipulasi imej radiologi... Penggunaan Osirix dapat mempercepatkan tugas-tugas memanipulasi imej agar ianya mudah untuk dinilai... Osirix mendapat sambutan yang amat baik dari komuniti radiologi kerana ianya mudah digunakan dan boleh diporolehi secara percuma...

Semua peserta yang hadir telah diperkenalkan secara asas dan lanjutan mengenai perisian ini... Pengenalan ringkas tentang teknik memanipulasi imej sehingga teknik advance telah diperkenalkan didalam seminar ini... Jabatan Radiologi juga bertuah kerana Prof. Ibrahim Lufti, dari Institut Perubatan & Pergigian Termaju telah sudi untuk memberikan ceramah pengenalan mengenai Osirix ini... Prof. Ibrahim Lufti adalah salah seorang yang mula-mula menggunakan perisian Osirix di Malaysia...

Seminar ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya... Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat... Seminar seumpama ini akan diadakan lagi dimasa akan datang... Untuk maklumat lanjut boleh lawati http://www.eir-ukm.com/osirix/

Khamis, November 06, 2008

Bengkel Osirix di Universiti Islam Antarabangsa..

Seminar OSirix telah diadakan di Conference Room Level 4, Kulliyyah of Medicine, Universiti Islam Antarabangsa yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Seminar telah diadakan selama sehari pada 6hb November 2008.

Seminar ini telah di hadiri oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Sobri, Dr. Rozman, Dr. Hamzaini, En. Zainal, En. Mohamad Norman dan En. Ruzi dari Jabatan Radiologi PPUKM.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada peserta dengan program Osirix. Program Osirix adalah sebuah program yang digunakan untuk 3 fungsi utama iaitu, mempamerkan imej, memanipulasi imej dan menyimpan imej...

Antara lain, kandungan seminar ini adalah mengenai pengenalan kepada Osirix, Pengenalan kepada sistem pengoperasian Mac OSX, pemprosesan imej, tayangan video dan sesi praktikal... Semua peserta begitu berpuas hati kerana di beri peluang untuk mempelajari perisian ini...

Untuk maklumat lanjut mengenai perisian ini sila lawati http://www.osirix-viewer.com/

Jumaat, Julai 18, 2008

Bengkel c-Hets


Bengkel telah diadakan seperti berikut:


Tarikh : 16-18 Julai 2008

Masa : 8.00 pagi - 5-00 petang

Tempat : Putrajaya Convention Center, Putrajaya.


Tujuan bengkel diadakan adalah untuk merekabentuk Sistem Maklumat Radiologi yang baru bagi menggantikan sistem RIS yang sedang digunakan.


Sistem Maklumat Radiologi yang baru ini akan menggunakan platform yang sama dengan Sistem c-Hets yang sedang digunakan sekarang. Ianya amat istimewa kerana sistem yang akan dihasilkan ini dihasilkan secara in-house; dimana ianya direkabentuk dan diprogramkan oleh kakitangan Pusat Perubatan UKM sendiri dan dibantu oleh kakitangan radiologi.


Kakitangan Radiologi yang terlibat didalam membangunkan sistem ini adalah Dr. Hamzaini, Dr. Rozman, Dr. Shahizon, En. Zainal, En. Mohamad Norman, En. Ruzi dan En. Mohamad Nor Affendi.


Semoga dengan adanya Sistem Maklumat Radiologi yang baru ini kelak, ianya akan membantu memudahkan dan mempertingkatkan kerja semua kakitangan. Sistem ini dijangka akan selesai dibangunkan pada Julai 2009. Diharapkan kerja merekabentuk dan memprogramkan sistem ini akan berjalan tengan lancar. Insyaallah. Kepada semua, selamat maju jaya...