AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, November 25, 2011

Expo BioMalaysia 2011...



Jabatan Radiologi telah di wakili oleh Kumpulan BenuaCIPTA pada expo yang di adakan ini... Dua buah ciptaan iaitu X-TRAP dan CTP-Shield telah dibawa untuk pertandingan yang diadakan... Expo BioMalaysia 2011 dan 2011 Pacific Rim Summit On Industrial and Bio Energy ini telah di rasmikan oleh Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak... Di Kuala Lumpur Convention Centre pada 21-23 November 2011...

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA kerana telah berjaya memenangi pingat Perak didalam pertandingan yang diadakan...



Khamis, November 17, 2011

Latihan penggunaan digitizer

Jabatan Radiologi baru sahaja memperolehi mesin digitizer yang baru. Sejajar dengan itu latihan penggunaannya telah diadakan untuk semua ahli IT-PACS... Latihan telah diadakan pada:

Tarikh: 15-16 November 2011
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Bilangan peserta: 16 orang

Penceramah jemputan telah disediakan oleh syarikat pembekal mesin digitizer tersebut. Latihan telah diadakan selama 2 hari dan dijalankan dalam 2 sesi. Semua kakitangan yang telah mengambil bahagian berpuas hati dengan latihan yang dijalani...

Ahad, November 13, 2011

Konvensyen Inovatif & Kreatif Ke-16 UKM 2011


Konvensyen KIK peringkat UKM kali ke-16 (2011) telah diadakan pada:

Tarikh: 9 November 2011
Hari: Rabu
Tempat: Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.

Konvensyen kali ini telah disertai oleh 22 kumpulan yang terdiri daripada 16 kumpulan dalam kategori pengurusan dan 6 kumpulan dari kategori teknikal. PPUKM telah diwakili oleh 11 pasukan, 6 pasukan dalam kategori pengurusan dan 5 pasukan yang menyertai pertandingan dalam kategori teknikal.

Pada konvensyen KIK Peringkat UKM pada kali ini, Jabatan Radiologi telah diwakili oleh kumpulan BenuaCIPTA. Tahniah diucapkan kepada kumpulan BenuaCIPTA kerana telah memenangi hadiah dalam kategori Fasilitator terbaik (kategori teknikal) - Dr Nik Azuan Nik Ismail (BenuaCIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM) dan telah memenangi Johan dalam kategori Teknikal.

Tahniah diucapkan kepada semua.