AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Jun 26, 2009

Perhimpunan pagi Jumaat 26 Jun 2009

Pernah Naik Harley Davidson tak?

Untuk tatapan semua... Semoga mandapat pengajaran dari kisah ini.

Dua orang pemuda sedang asyik naik kereta, tiba-tiba sebuah motor Harley Davidson memintas kereta mereka dan berteriak, "Aloo...bro! korang pernah naik harley ke belom?" dan kemudian meluncur laju.

"Hampeh mamat tu! Baru naik Harley dah sombong! jom! Kita kejar!" kata pemuda yg memandu. "Jom!" balas temannya.

Mereka memecut dan berhasil memintas Harley, tak lama kemudian, harley tersebut berhasil memintas lagi dan penunggang nya berteriak, "Bro, korang pernah naik Harley tak?"

Dan Harley itu meluncur laju meninggalkan kereta kedua pemuda tadi.

"Hampeh, berlagak... eksiden baru padan muka!" jerit pemuda yang memandu kereta tersebut.

Rupanya di satu selekoh tajam, Harley tersebut memang kemalangan. Penunggangnya di hempap motor. Setelah tahu yang terlibat kemalangan itu Harley yg berlagak tadi, kedua orang pemuda itu berhenti dan menghampiri penunggang tersebut.

"Bro...korang pernah naik Harley tak ehh....?" kata penunggang Harley sambil menahan kesakitan.
"Hoh! Kau ni dah eksiden macam ni pon maseh nak berlagak lagi ye? Apa yang kau nak haa?"

Penunggang Harley itu pon menjawab: "Maksud aku, aku nak tanya kalau korang pernah naik Harley... boleh lah bagi tau aku kat mana BREK motor ni... Adehhh.."

--------
MORAL:

(1) Untuk lakukan apa saja kita perlulah berilmu. – Tak tahu brek kat mana
(2) Elakkan dari buruk sangka terhadap orang lain. Kita mungkin tidak tahu mengapa dia bertindak begitu sehingga dia memberitahu sebab yang sebenar. Rujuk kisah Nabi Musa AS dan Khidir AS dalam Al-Qur'an.
(3) Nak bertanya tu terus “straight tu the point”, “don’t beat around the bush”

Jumaat, Jun 19, 2009

Perhimpunan Mingguan JPRAD - 19 Jun 2009

Perhimpunan pada 19 Jun 2009 (Jumaat) telah dikendalikan oleh En. Mohd Hairul Faizal dimulakan dengan bacaan doa pagi dan seterusnya pembentangan artikel yang bertajuk ' Rahsia Tahi Lalat'. Perhimpunan kali ini disertai oleh kakitangan JPRAD, pelajar sarjana perubatan dan pelajar latihan industri.

Artikel yang bertajuk 'Rahsia Tahi Lalat' lebih menyentuh mengenai anggapan sikap dan tingkahlaku seseorang berdasarkan kedudukan tahi lalat pada anggota badan. Selain manusia dikurniaan 5 pancaindera, iaitu mata, hidung, kulit, telinga dan lidah oleh Yang Maha Pencipta...anggapan manusia terhadap kedudukan tahi lalat pada anggota badan lebih mencerminkan kepercayaan masyarakat tradisional berhubung tingkahlaku manusia sesama manusia semenjak dahulu kala.

Antara kepercayaan masyarakat ialah:
1. Hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
2. Hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
3. Kening kanan - cerdas dan cekap
4. Kening kiri - cerdas, sopan santun
5. Batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
6. Pada hidung - banyak rezeki
7. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
8. Dagu bawah kiri - bijaksana dan berbudi luhur
9. Pipi kanan - ramai teman
10. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
11. Lengan kiri - menepati janji dan rajin
12. Dsbnya..... (cari dalam website; http://www.google.com/)

Setiap manusia di muka bumi ini ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Ciri-ciri yang ada pada kedudukan tahi lalat boleh dijadikan 'anugerah' untuk seseorang itu berbakti pada organisasi untuk mencapai matlamat dan objektif jabatan. Kerja dapat dilaksanakan dengan berkesan jika kita bekerja secara berpasukan di mana kekuatan yang ada pada diri individu saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, kita tidak harus mempercayai sepenuhnya akan kebenaran rahsia disebalik tanda tahi lalat ini kerana tidak dapat dibuktikan dengan jelas kesahihan fakta tersebut. Namun begitu, 'Rahsia Tahi Lalat' pada kebiasaannya diajar atau disampaikan dari mulut ke mulut sejak turun temurun di kalangan masyarakat melayu dalam bentuk gurauan atau teguran. Ianya sekadar suka-suka untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mempelajari budaya masyarakat setempat.

Perhimpunan seterusnya telah menjemput saudara Mohd Dzulriani Immeran (UPM) yang mewakili pelajar yang akan tamat menjalani latihan industri mulai pada hari ini. Pihak Jabatan amat menghargai segala jasa dan sumbangan kumpulan ini dalam menjayakan semua aktiviti di peringkat jabatan. Pengumuman seterusnya ialah berkenaan gotong -royong peringkat jabatan yang akan diadakan pada hari Jumaat (19 Jun 2009) bermula pukul 3:30 petang. Kakitangan JPRAD dan pelajar diwajibkan untuk turut serta menjayakan aktiviti kali ini.

Sekian, wassalam