AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Selasa, Mei 22, 2012

Kursus pengendalian server dan networking

Kursus pengendalian server dan networking telah diadakan pada:

Tarikh: 19 May 2012
Masa: 8.30 pagi -5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi, PPUKM.

Kursus yang dikhaskan untuk petugas Unit IT-PACS ini antara lain telah memberikan maklumat mengenai pengenalan server, pengenalan networking, server-server yang terdapat di Jabatan Radiologi dan perisian pengendalian server Jabatan Radiologi. Semua kakitangan berpuas hati dengan kursus yang telah diadakan. Terdapat 3 lagi kursus telah dijadualkan akan diadakan dari masa ke semasa sepanjang tahun ini.

Isnin, Mei 21, 2012

23rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition

Jabatan Radiologi telah menyertai 23rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition yang berlangsung pada:

Tarikh: 17-19 May 2012
Masa: 8.30 pagi -6.00 petang
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre, Malaysia.

Pameran yang telah berjaya menarik minat 10 buah negara tersebut telah diwakili oleh Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi yang membawa alat ciptaan yang di namakan T-RAX. Di dalam Konvensyen yang disertai, kumpulan tersebut telah berjaya memenangi Pingat Perak. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran. Semoga kejayaan ini akan memberikan semangat kepada kumpulan yang lain untuk menyertai konvensyen seumpama ini di masa hadapan.


Isnin, Mei 14, 2012

Kursus Orentasi kakitangan baru Jabatan Radiologi

Kursus Orentasi kakitangan baru Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 10-11 Mei 2012
Hari: Khamis-Jumaat
Masa: 8.30 am - 5.00 pm

Kursus yang diadakan khusus kepada Penolong Pegawai Perubatan baru yang telah melaporkan diri di Jabatan Radiologi. Seramai 4 orang kakitangan baru telah melaporkan diri. Kursus ini juga telah di hadiri oleh 2 orang Penolong Pegawai Perubatan dan 1 orang Pembantu Kesihatan. 

Kursus yang diadakan telah memberikan maklumat mengenai pengenalan Jabatan Radiologi dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Radiologi.