AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Isnin, April 20, 2009

UPM Evening talk on PET-CT

Tarikh : 20 April 2009
Tempat : IOI Resort Hotel, Putrajaya.
Masa : 8.00 malam

Jumaat, April 17, 2009

Perhimpunan pagi 17 April 2009...

Perhimpunan pagi pada kali ini dikendalikan oleh En. Mohd Sharmiezul... Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh beliau dan sebuah kisah menarik mengenai ahli ulamah yang dibacakannya melalui sebuah buku...

Perhimpunan kemudian diikuti dengan pesanan dari En. Hishamuddin mengenai aduan dari Jabatan Perubatan Kecemasan mengenai perkhidmatan radiologi selepas waktu pejabat... Beliau telah berpesan kepada semua untuk menjawab pager dengan kadar segera dan menulis nombor telefon di atas white board di CT Scan Kecemasan bagi mudah untuk dihubungi... Aduan juga diterima mengenai pemeriksaan x-ray mudahgerak yang lewat kerana imej tidak diproses terlebih dahulu sebelum Juru X-ray melakukan pemeriksaan diwad-wad...

En. Mohamad Norman memaklumkan mengenai masalah imej tidak dihantarkan ke medweb... Perkara ini berlaku terutamanya di Unit Fluroskopi dan Unit EIR, walaupun tugas memilih dan menghantarkan imej ke Medweb dilakukan oleh Pegawai Perubatan, Juru X-ray juga harus mengingatkan dan memastikan imej telah dihantarkan ke Medweb bagi mengelakkan dari sebarang kehilangan imej...

Perhimpunan pagi diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh En. Mohd Sharmiezul kepada semua yang hadir...

CME Bulan April 2009

CME Bulan April 2009 telah diadakan pada 16 April 2009... CME yang bertajuk Bahan buangan dan sisa ini telah dipengerusikan oleh Pn. Roslina Harun... Tajuk ini telah dipersembahkan oleh Puan Maryati Mat...

Didalam pembentangan yang telah dijalankan, Pn. Maryati telah menerangkan jenis-jenis bahan buangan dan cara pembuangan yang perlu dilakukan mengikut kategori sisa buangan... Beliau menerangkan tentang penggunaan tong dan plastik yang perlu digunakan mengikut kategori warna...

Untuk bahan buangan tajam, perlu menggunakan Sharp bin... Untuk sisa klinikal, perlu menggunakan plastik biohazard barwarna kuning, untuk sampah biasa pula perlu menggunakan tong sampah plastik bewarna hitam... Beliau juga mengerangkan tentang penggunaan plastik biru bagi penghantaran linen biasa dan penggunaan plastik bewarna merah bagi penghantaran linen biohazard...

CME ini pada kali ini juga menyediakan demonstrasi bagaimana cara yang paling selamat dan betul bagi membuang jarum tajam didalam tong sharp bin... Cara untuk membuang baju, apron dan glove dengan betul juga diterangkan... Poster akan disediakan bagi membantu semua kakitangan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan semasa menjalankan tugasan di Jabatan...

Tahniah kepada semua yang terlibat...

Khamis, April 16, 2009

MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN “DATEX-OHMEDA S/5 COMPACT ANAESTHESIA MONITOR”

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Radiologi, PPUKM dan Syarikat Insan Bakti Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk menguji dan mentauliah peralatan ‘Datex-Ohmeda S/5 Compact Anaesthesia Monitor’ seperti butiran berikut:

Tarikh : 17 April 2009 (Jumaat)
Tempat : Bilik Angiografi, Jabatan Radiologi, PPUKM
Masa : 9:00 pagi

Jemputan kepada;
1. Prof. Madya Dr. Jaafar Md Zain - Jabatan Anaestesiologi
2. Wakil JPB (kejuruteraan Biomedikal)

Majlis menguji dan mentauliah peralatan telah dijalankan dengan jayanya, tahniah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat...

Sabtu, April 04, 2009

Bengkel Merci Retrieval System...

Bengkel mengenai Merci Retrieval System telah diadakan pada 3 April 2009 jam 3.00 petang yang lalu di Jabatan Radiologi PPUKM... Bengkel yang diadakan ini telah dihadiri oleh Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Juru X-ray dan Jururawat yang bertugas di Unit EIR Jabatan Radiologi...

Merci Retrieval System adalah peralatan yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami strok yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah... Saluran darah yang tersekat disebabkan oleh darah beku akan mengakibatkan kematian tisu otak... Sekiranya penyumbatan ini tidak dirawat dengan segera, kematian tisu otak yang tidak menerima bekalan oksigen akan menjadi lebih serius dan lebih banyak fungsi badan akan terganggu...

Rawatan menggunakan Merci Retrieval System yang dibawakan oleh syarikat T-Medic ini akan memberikan peluang kedua kepada pesakit yang baru dikesan mengalami strok iskemik... Prosedur harus dijalankan dalam kadar segera apabila pesakit dikesan mengalami strok ini... Kemahiran semua Pakar didalam menggunakan peralatan yang bernilai tinggi ini amat diperlukan supaya pesakit akan dapat menerima rawatan yang sebaik mungkin...

Bengkel ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya... Semua peserta amat berpuas hati kerana telah diberikan peluang yang secukupnya bagi menggunakan peralatan ini... Semoga bengkel seumpama ini akan dapat diadakan lagi dimasa akan datang...