AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Sabtu, Februari 20, 2010

UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-6

Tahniah - UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-6

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) JOHAN KESELURUHAN sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat IPTA Kali ke-6 yang telah berlangsung di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia pada 18-20 Februari 2010 dengan mengalahkan sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain. Antara anugerah lain yang diterima oleh UKM adalah seperti berikut :

Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal
Kumpulan CHARGE dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM

Naib Johan Kategori Teknikal
Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM

Anugerah Fasilitator Terbaik
Puan Farizah Ansarudin (Kumpulan Charge)

Dua puluh (20) IPTA terlibat dalam konvensyen KIK yang diadakan pada tahun ini. Namun hanya sebelas (11) pasukan IPTA yang bertanding. Mereka ialah dari Universiti Sains Malaysia selaku tuan rumah, UKM, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini.

Kumpulan FARSIS dari Jabatan Farmasi PPUKM dan Kumpulan PROTAG dari Perpustakaan Tun Seri Lanang, terima kasih kerana telah menunjukkan usaha yang baik dalam pertandingan ini.