AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...
Memaparkan catatan dengan label QA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label QA. Papar semua catatan

Ahad, Januari 18, 2009

Bangunlah wahai zon cosmic dan sonic

Assalamualaikum...

Borak-borak 5s kembali lagi.

Wahai ketua zon Cosmic dan Sonic... bangunlah dan ajaklah kawan-kawan anda mencontohi kawan-kawan zon lain yang begitu bersemangat untuk menjayakan program 5s ini. Ingat zon Cosmin anda adalah cermin jabatan kepada semua orang ramai. Sebabnya anda berada dibarisan hadapan... kalau cantik di barisan hadapan tu, maka cantiklah juga isi dalamnya. Tapi apa yang amat menyedihkan.... dalamannya sahaja yang kelihatan cantik dan kemas. Luarannya masih lagi tercari-cari imej apa yang perlu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Mungkin strategi kumpulan Cosmic dan Sonic ingin mengubati penyakit dari dalaman dahulu kot, baru dapat idea macam mana nak mengkosmetikan bahagian luaran. Adakah ini dikatakan meniru? Rasanya tidak kot...mungkin cuma nak cari idea supaya hasilnya nanti lebih kreatif. Tapi persoalannya sekarang ni masa dah suntuk sebab audit dah nak datang.

Harap barisan hadapan tak patah semangat dan tak mudah mengalah.... cubalah lakukan sesuatu di saat-saat akhir ni agar barisan hadapan dapat menyelamatkan maruah jabatan dan memperkukuhkan lagi benteng yang berada di barisan belakang.

Tiada batasan atau sempadan....5s untuk semua

Assalamualaikum...

Bertemu kembali dalam borak-borak 5s... Seperti sedia maklum audit dalaman 5s akan berlangsung dari 19 -23 Januari 2009. Semua zon telah mempergiatkan usaha untuk memenangi hati para audit dengan membuat pelbagai sentuhan terakhir bagi menyerlahkan lagi zon masing-masing. Syabas diucapkan. Tapi ada juga zon yang relax .... mengambil pendekatan bersantai walaupun sudah kesuntukan masa. Mungkin mereka ada strategi sendiri... mengharapkan magic akan berlaku apabila audit datang nanti. Walau apa pun pendekatan anda, ianya pasti akan menampakkan sesuatu perubahan daripada yang jelik kepada yang cantik, daripada yang bersepah kepada yang tersusun dan daripada yang sakit mata memandang kepada sejuk dan nyaman penglihatan.

Setiap perubahan yang hendak dilakukan mesti ada rintangan. anggaplah rintangan itu sebagai satu cabaran untuk anda menuju kejayaan. Jika kita tak mulakan siapa lagi nak mulakan.... kita hanya menurut perintah dari pihak atasan dan bukannya memandai-mandai. Melakukannya mengikut garispanduan yang telah ditetapkan. 5s tiada batasan dan sempadan kerana ia mencakupi semua ruang lingkup kawasan persekitaran tempat kerja kerana kita duduk di bumbung yang sama. Sekiranya kita suka tempat kerja kita dalam keadaan yang bersih, kemas dan tersusun ianya mencerminkan keperibadian kita sewaktu di rumah. Ianya membuktikan bahawa anda suka akan kekemasan, keselesaan dan keceriaan. Mungkin kepada mereka yang tidak suka 5s ia menggambarkan sebaliknya. Islam juga menuntut umatnya mengamalkan kebersihan dan kekemasan dalam setiap segi. Cubalah kita melihat dari sudut yang positif, kerana ia akan menjadikan minda kita sentiasa berfikiran positif dan menghargai usaha yang dilakukan oleh kawan-kawan kita. Mungkin dengan melihat rakan-rakan kita bertungkus lumus melakukan aktiviti 5s ini, akan terdetik rasa di hati untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini.
Diharapkan setiap zon akan terus berusaha menceriakan zon masing-masing walaupun selepas audit dijalankan kerana 5s adalah berterusan dan bukan separuh jalan. Ingat, perjuangan anda belum selesai kerana proses pengauditan akan berterusan setiap tahun....... tanpa akhiran.

Rabu, Januari 07, 2009

Audit Penilaian 5S Jabatan Radiologi...

Program 5S yang mula diamalkan semenjak bulan Jun 2008 akan menjalani proses penilaiannya... Sejauhmana penglibatan program 5S yang dijalankan Jabatan Radiologi akan diuji dan di nilai tahap amalannya...

Hanya tinggal 1 minggu sahaja lagi untuk semua Zon bersiap sedia untuk penilaian yang akan diadakan pada 19 hingga 23 Januari ini... Audit peringkat pertama ini akan menggambarkan sejauh mana usaha yang telah Zon kumpulan 5S di Jabatan Perkhidmatan Radiologi jalankan sepanjang program 5S ini dijalankan...

Ayuh semua... Gunakan masa yang ada ini untuk meningkatkan amalan 5S di Zon anda semua... Kepada Fasilitator yang dilantik, jalankan tanggungjawab anda untuk membuat pemantauan peringkat jabatan terlebih dahulu keatas zon-zon yang terlibat sebelum penilaian rasmi yang akan dijalankan nanti...

Kepada semua ketua zon, gandakan usaha anda semua untuk menggembeling tenaga semua ahli kearah menjayakan program amalan 5S yang sedang diamalkan... Tak lama lagi semua usaha yang dijalankan selama ini oleh semua yang terlibat akan dinilai dan diperhalusi... Selamat berjaya untuk semua...

Isnin, November 24, 2008

Mesin laminate sudah boleh digunakan...

Mesin laminate yang mengalami kerosakan telah diperbaiki dan sedia untuk digunakan... Mesin yang mengalami kerosakan ini disebabkan oleh terdapatnya serpihan plastik laminate yang tertinggal di dalam mesin tersebut...

Sila berhati-hati dan mengikut manual yang telah disediakan semasa menggunakan mesin laminate agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi... Terima kasih kepada Tn. Hj. Yussman kerana menghantar mesin tersebut untuk diperbaiki... Dengan adanya mesin laminate ini, diharapkan kerja-kerja 5s yang tertangguh akan dapat dimulakan semula secepat yang mungkin...

Selasa, November 18, 2008

Mesin Laminate mengalami kerosakan...

Mesin laminate yang baru sahaja diperolehi oleh Jabatan Radiologi telah mengalami kerosakan... Kejadian berlaku semasa proses untuk laminate sedang dijalankan oleh kumpulan 5s... Ianya mungkin disebabkan oleh keadaan suhu mesin tersebut yang tidak menentu dan mencairkan plastik laminate yang sedang digunakan...

Mesin laminate yang telah mengalami kerosakan telahpun dihantar oleh En. Yussman ke kedai untuk diperbaiki... Kejadian ini akan memperlahankan perjalanan program 5s yang agak rancak semenjak mesin laminate ini diperolehi... Diharapkan proses pembaikan tidak mengambil masa yang lama kerana kumpulan2 5s amat memerlukannya...

Buat sementara waktu, sebagai alternatif, sebarang perkhidmatan laminate boleh diperolehi di Unit Sokongan Media, PPUKM...

Ahad, November 09, 2008

5s@kura-kura


Jabatan telah melancarkan program 5S pada Julai 2008. Didapati perjalanan program tersebut amat perlahan. Ini mungkin disebabkan kekangan beban tugas harian yang terpaksa dilalui oleh ketua-ketua kumpulan dan ahli-ahlinya. Ianya ibarat sang kura-kura untuk mencapai matlamat dan impian yang diharapkan yang akhirnya hasil kerja yang baik dan kreatif dapat dipertontonkan...

Semangat yang ada mestilah sentiasa dipertingkatkan supaya impian untuk melihat jabatan sebagai tempat kerja yang selesa tidak hanya sehangat tahi ayam sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara berterusan. Tanggungjawab setiap nakhoda amat berat bagi membimbing anak-anak kapal untuk menuju ke satu destinasi yang telah ditetapkan. Bak kata 'wonderpet'... kami tak besar... dan kami tak kuat... bila bekerjasama... semua jadi mudah.....

syabas diucapkan kepada kumpulan yang telah berjaya menghasilkan sudut 5Snya...

Jumaat, Oktober 31, 2008

Majlis Anugerah Kualiti Ke-16 UKM


Dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Kualiti ke-16 UKM telah diadakan seperti berikut:

Tarikh: 31 Oktober 2008 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: DECTAR UKM

Senarai kakitangan yang telah menerima Anugrah Perkhidmatan Cemerlang dari Jabatan Radiologi adalah seperti berikut.

1. Dr. Rozman Zakaria
2. Dr Suraya Abd Aziz
3. Pn. Halimah Abd Ghani
4. Pn. Normi Mohamad
5. Pn. Roslina Harun
6. Hairul Amri Mohamod

Tahniah kepada semua penerima anugerah... Semoga anugerah ini akan dapat menaikkan semangat anda semua untuk bekerja dengan lebih tekun... Kepada yang lain, bekerja dengan lebih tekun lagi...

Jumaat, Julai 11, 2008

Program 5S Jabatan Radiologi


Mulai hari ini Jabatan Radiologi akan memulakan program 5S.


5S yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal ini adalah salah satu program QA di bawah MSQH.


Jabatan Radiologi dibahagikan dengan 5 Zon. Zon-zon terdiri daripada Zon Kosmik, Zon Sonic, Zon Gamma, Zon Ultra, Zon Alfa dan Zon Beta.


Di harapkan semua kakitangan dapat bekerjasama didalam menjayakan program ini demi kebaikan bersama.