AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Oktober 31, 2008

Majlis Anugerah Kualiti Ke-16 UKM


Dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Kualiti ke-16 UKM telah diadakan seperti berikut:

Tarikh: 31 Oktober 2008 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: DECTAR UKM

Senarai kakitangan yang telah menerima Anugrah Perkhidmatan Cemerlang dari Jabatan Radiologi adalah seperti berikut.

1. Dr. Rozman Zakaria
2. Dr Suraya Abd Aziz
3. Pn. Halimah Abd Ghani
4. Pn. Normi Mohamad
5. Pn. Roslina Harun
6. Hairul Amri Mohamod

Tahniah kepada semua penerima anugerah... Semoga anugerah ini akan dapat menaikkan semangat anda semua untuk bekerja dengan lebih tekun... Kepada yang lain, bekerja dengan lebih tekun lagi...

Majlis Perasmian “Angiography Suite” Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM

Dimaklumkan bahawa Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM telah mengadakan Majlis Perasmian “Angiography Suite” seperti berikut:





Tarikh: 31 Oktober 2008 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Konferens, Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi PPUKM, Datuk Dr Noorimi Morad.

Berikut adalah aturcara majlis yang telah dijalankan.
0900 - Ketibaan tetamu jemputan
0910 - Majlis dimulakan dengan bacaan doa
0911 - Ucapan oleh Ketua Jabatan
0915 - Ucapan oleh Ketua Pegawai Operasi
0920 - Tayangan Video Pengenalan EIR
0930 - Penyampaian cenderahati kepada Ketua Pegawai Operasi
0935 - Lawatan Ke Suite Angiografi dan Jamuan ringan di Sukmaria

Majlis telah berlangsung dalam keadaan yang lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan majlis yang telah diadakan.

Perhimpunan mingguan Jabatan Radiologi...


Minggu ini adalah minggu ke-5 perhimpunan mingguan dijalankan di Jabatan Radiologi... Program pada kali ini dikendalikan semula oleh Dr. Hamzaini yang bercuti pada minggu lepas...

Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan bacaan doa yang diketuai oleh Dr. Hamzaini...

Cerita motivasi pada kali ini adalah mengenai cerita "Menunggu bas"...

Ceritanya bermula begini... Ada 3 orang sedang menunggu bas. Seorang lelaki yang sangat tua dan dalam keadaan yang sangat kritikal, seorang lagi adalah seorang doktor yang pernah menyelamatkan nyawa kita dan seorang lagi adalah perempuan cantik yang bakal menjadi isteri kita (ini adalah peluang untuk berjumpa beliau, sekiranya selepas ini, peluang ini tidak akan datang lagi...)

Anda menaiki kereta... Kereta ini hanya boleh mengambil seorang penumpang... Dari 3 orang tadi siapakah yang akan menjadi pilihan untuk dijadikan penumpang???

Ada yang menjawab, yang kita perlu selamatkan Doktor terlebih dahulu... Tetapi jawapan yang sebenarnya telah di jawab oleh En. Sharmiezul iaitu, kita berikan kunci kereta kepada Doktor tersebut dan menyuruh doktor membawa lelaki tua yang sedang nazak itu ke hospital dan menemani perempuan cantik itu menaiki bas....

Pengajaran yang Dr. Hamzaini ulas di sini adalah mengenai pentingnya kita untuk merendah diri dan berfikir dengan sebaik mungkin untuk menghadapi sesuatu situasi...

Selain daripada itu, Prof. Madya Dr. Zahiah juga ada menyampaikan cerita pengajaran dan pesanan kepada semua kakitangan.

Khamis, Oktober 23, 2008

Majlis Sambutan Aidilfitri

Majlis sambutan aidilfirti peringkat jabatan radiologi telah diadakan seperti berikut:

Tarikh : 22 Oktober 2008
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Sunflower Garden

Majlis telah dimulakan dengan ucapan ringkas dari Ketua Jabatan Prof. Madya Dr. Zahiah dan bacaan doa oleh Dr. Rozman... Majlis kemudian diikuti dengan acara makan-makan...

Semua kakitangan begitu berpuas hati dan berseronok kerana dapat meraikan majlis makan-makan sempena aidilfitri yang telah diadakan.

Majlis telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Jabatan Radiologi, PPUKM.

Antara menu yang terdapat semasa majlis diadakan adalah sate, laksa, tauhu bakar, sotong kangkung, char kueh teow, kambing panggang, garlic bread, salad, rojak buah, rendang, lemang, kuih raya dan bermacam lagi juadah istimewa...

Selamat menjamu selera... Selamat hari raya... Maaf zahir dan batin...

Isnin, Oktober 20, 2008

Mesin MRI mengalami kerosakan...

Mesin MRI Siemens Avanto mengalami kerosakan... Kejadian berlaku semasa En. Sharmiezul sedang memposisikan pesakit. Mesin tersebut didapati telah 'quench'... Punca kejadian tidak dapat dikenalpasti...

Kerja-kerja pembaikan sedang dimulakan... Harap-harap mesin dapat diperbaiki dalam masa yang singkat...

Khamis, Oktober 16, 2008

Konvensyen KIK Ke 13 peringkat UKM

Konvensyen KIK Ke 13 peringkat UKM telah diadakan pada 16 Oktober 2008 bertempat di Auditorium Pusat Perubatan UKM, Cheras.

Berikut ialah keputusan rasmi Konvensyen ini:
KATEGORI TEKNIKAL
JOHAN - ADVANCE - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan,PPUKM
NAIB JOHAN - TERAJU - Jabatan Pentadbiran Am, PPUKM
KETIGA - ASAS Q - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKMB.

KATEGORI PENGURUSAN
JOHAN - SENTROMER - Institut Perubatan Molekul (UMBI), UKM
NAIB JOHAN - IMPAQ - Jabatan Kualiti dan Unit Khidmat Pelanggan, PPUKM
KETIGA - MEDIPRIMA - Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM

JUARA KESELURUHAN
ADVANCE - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan,PPUKM

Kumpulan KIK Advance yang menjadi juara keseluruhan telah mencipta alat untuk mengalihkan pesakit.

Tahniah kepada semua pemenang... Bila lah agaknya Jabatan Radiologi akan bergiat aktif semula didalam KIK nie...

CME Bulan Oktober Jabatan Radiologi


CME pada bulan ini dibentangkan oleh Pn. S. Elavarasi. Beliau membentangkan tentang "Teknik yang betul untuk radiografi kanak-kanak". CME yang di jalankan sebulan sekali ini akan memberikan maklumat terkini dan pembelajaran terbaru dalam bidang yang berkaitan dengan kerja.

Di dalam teknik yang betul, tangan kanak-kanak yang perlu menjalani pemeriksaan radiografi kanak-kanak perlu di angkat ke atas dan dipastikan tidak bergerak. Tiub x-ray perlu di "angle" ke bawah sedikit. Gunakan apron getah plumbum untuk perlindungan sinaran dan cegah gerak (seperti dalam gambar).
Teknik seumpama ini penting untuk dijalankan bagi memastikan setiap imej yang dihasilkan adalah berkualiti dan mudah untuk dinilai oleh pakar radiologi. Sebagai juru x-ray yang berkelayakan, kita haruslah sentiasa update dengan teknik baru yang dapat meningkatkan kualiti kerja kita...

CME yang diadakan secara bulanan ini adalah wajib untuk di hadiri untuk semua kakitangan. Pada bulan hadapan, kita akan nantikan pembentangan dari En. Safwan mengenai CT Perfusion pula.

Selasa, Oktober 14, 2008

Berita Kenaikan Pangkat Kakitangan

Kenaikan pangkat Juru X-ray dan Atenden Kesihatan.

Tahniah kepada En. Mohd. Rusdi, En. Metdahie Bujang dan En. Mohd Faizal Ma'aris!

En. Rusdi Mansor dan En. Metdahie Bujang telah dinaikkan pangkat dari jawatan Juru X-ray U29 kepada Juru X-ray U32.

En. Mohd Faizal Ma'aris pula telah dinaikkan pangkat ke Atenden Kesihatan U12.

Kepada semua kakitangan yang telah di naikkan pangkat, tahniah diucapkan! Supaya dengan kenaikan pangkat ini, akan mendorong dan menaikkan semangat bagi semua untuk bekerja dengan lebih tekun lagi...

Rabu, Oktober 01, 2008

Selamat Hari Raya...


Hari raya disambut setahun sekali, tetapi ada kakitangan Jabatan Radiologi yang perlu menunaikan tanggungjawab untuk betugas di hari raya. Ini adalah gambar kenangan di antara kakitangan yang perlu menjalankan tugas di hari raya... Jangan bersedih yea...

Bertugas di Hari Lebaran seperti ini memang menjadi satu tanggungjawab bagi semua kakitangan hospital seperti kami... Walaupun bertugas di hari raya, lemang, ketupat dan rendang dibawa sebagai bekalan...

Di hari raya juga pihak Pusat Perubatan UKM meraikan kakitangannya dengan mengadakan jamuan hari raya di Foyer Blok Pendidikan. Jamuan hari raya itu dihadiri oleh Dekan dan Pengarah PPUKM. Terima kasih kepada semua yang bertugas di Hari Raya (yang lain bolehlah beraya sakan pada tahun ini... tahun depan kami pula yang akan bercuti... Yaahhooo...)