AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, Disember 23, 2020

Mesyuarat penilaian KPI Jabatan Radiologi 2020

Mesyuarat penilaian KPI Jabatan Radiologi 2020 telah diadakan  pada 23 Disember 2021 di Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi HCTM



 

Selasa, Disember 15, 2020

Anugerah APIC 2020

Anugerah APIC 2020 telah diadakan secara maya pada 15 Disember 2021. Di dalam majlis anugerah yang diadakan, Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi HCTM telah memenangi anugerah 20 terbaik kebangsaan dan anugerah industri 4.0. Tahniah diucapkan kepada semua ahli.





 

Sabtu, Disember 05, 2020

Khamis, Disember 03, 2020

Taklimat Orientasi Pelajar Master Radiologi 2020

Taklimat Orientasi Pelajar Master Radiologi 2020 telah diadakan pada 2-7 Dis 2020.










Rabu, Disember 02, 2020

Pemasangan mesin bilik X-ray 2: Siemens Multitom Rax

Pemasangan mesin baru bagi bilik X-ray 2: Siemens Multitom Rax (2 Disember 2020)






Ahad, November 29, 2020

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan, Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2020

Alhamdullilah... Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia sekali lagi mencipta sejarah dengan mencapai kejayaan yang membanggakan dengan menerima pengiktirafan Anugerah 5 bintang  dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan, Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2020 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia... 

Konvensyen yang telah diadakan pada 17-20 November 2020 secara maya melalui platform GoToWebinar ini merupakan satu norma baru dalam penganjuran konvensyen team excellence... Syabas dan tahniah kepada pihak MPC yang telah menyediakan platform yang terbaik dalam usaha membudayakan perkongsian amalan inovasi walaupun di dalam tempoh PKPP ini... 

Pencapaian terbaik Kumpulan BenuaCIPTA ini di iktiraf dengan hasil inovasi terkini dalam pembangunan Sistem Maklumat Radiologi secara dalaman yang bercirikan industri 4.0 untuk sebuah sistem yang lebih efektif dan terkini... Pembangunan sistem ini juga amat di banggakan kerana ianya telah berjaya menjimatkan jutaan ringgit...

Walaupun dalam situasi pendamic yang tidak menentu, hasil usaha terbaik dan tekad kumpulan yang dapat menyempurnakan segala keperluan untuk persembahan projek yang agak rumit kali ini dapat disempurnakan dalam masa yang telah ditetapkan... 

Segala hasil usaha dan kerjasama semua didalam membangunkan sistem ini secara dalaman adalah bukti usaha gigih dan komitmen yang terbaik dari ahli kumpulan. Kumpulan juga telah menerima kepercayaan dan sokongan yang kuat dari pihak pengurusan bagi menjayakan projek ini... Mengilham harapan, mencipta masa depan... Terima kasih, syabas dan tahniah buat semua...







Selasa, November 24, 2020

Mesyuarat bersama JTM dan Shimadzu mengenai router Wifi

Mesyuarat bersama JTM dan Shimadzu mengenai router Wifi telah dijalankan pada 24 November 2020 jam 2.30pm