AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Pengenalan

Pengenalan Jabatan Radiologi
Jabatan Perkhidmatan Radiologi, HCTM UKM komited didalam memberikan Perkhidmatan Pengimejan Radiologi Diagnostik dan Intervensi kepada semua pesakit. Jabatan ini telah mula beroperasi semenjak Julai tahun 1997. 

Visi Jabatan
  • Beraspirasi menjadi Jabatan yang terkehadapan dalam Pendidikan Radiologi, Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan peralatan diagnostik dan pengimejan yang tercanggih.
Misi
  • Memberi perkhidmatan radiologi yang berkualiti, selamat, berorientasikan pesakit, efisyen dan kos efektif.
  • Membudayakan pembelajaran perubatan berterusan termasuk latihan dan penyelidikan dalam bidang radiologi.
Pelanggan jabatan
  • Terdiri daripada pesakit dalam (pesakit wad) dan pesakit luar (pesakit dari klinik ppukm, klinik luar serta hospital lain).
  • Ianya juga termasuk waris dan kakitangan yang berurusan dengan jabatan radiologi secara langsung dan tidak langsung.
Objektif jabatan
  • Memberi perkhidmatan diagnosis dan rawatan kepada pelanggan;
  • Menyokong usaha universiti melahirkan lebih banyak pelajar yang cemerlang, doktor-doktor pakar dan tenaga-tenaga pengajar baru;
  • Memberi sumbangan kepakaran terhadap kesihatan masyarakat.

Piagam pelanggan jabatan
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan efisyen kepada pelanggan;
  • Mengeluarkan laporan pemeriksaan radiologi dalam masa yang tercepat;
  • Mengamal prinsip alara sewaktu menjalankan pemeriksaan radiologi.

Petunjuk prestasi jabatan
  • Masa pesakit menunggu untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dan ultrasound dalam tempoh 1 jam tidak kurang dari 90%.
  • 90% laporan pemeriksaan khusus dikeluarkan dalam masa 2 hari bagi pesakit dalam dan 7 hari bagi pesakit luar.