AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Oktober 23, 2009

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UKM 2009


Selepas kejayaan Kumpulan Prisma (2005) dan Kumpulan Sinaran (2006) di dalam Konvensyen KIK UKM yang lalu, Jabatan Radiologi PPUKM sekali lagi melahirkan Kumpulan BenuaCIPTA pada Januari 2009 dianggotai oleh 8 kakitangan JPRAD diketuai oleh En. Metdahie Bujang dan En. Mohd Hairul Faizal Hj. Ahmad sebagai Fasilitator.
>
Tajuk projek yang dijalankan ialah 'Dedahan Radiasi Yang Tinggi Di Unit Angiografi'. Penciptaan Inovasi 'X-Trap' sebagai alat perlindungan tambahan kepada alat perlindungan sedia ada secara tidak langsung dapat mengurangkan radiasi yang berpunca daripada sinaran serakan, sinaran pantulan dan sinaran daripada tiub mesin sinar-X semasa menjalankan kes rawatan intervensi pesakit di bilik Angiografi. 'X-Trap' dihasilkan menggunakan bahan plumbum daripada Lead Apron yang dilupuskan. Penghasilan inovasi daripada bahan terbuang adalah satu langkah yang bijak kerana penghasilannya menjimatkan kos dan menggunakan bahan kitar semula yang sesuai. Keistimewaan 'X-Trap' yang boleh ubah (portable) menjadikan ianya unik kerana dapat digunakan bukan sahaja untuk mesin Angiografi malah mesin Fluoroskopi. Inovasi ini juga boleh digunakan di katil Bilik Bedah (OT) di mana proses pengimejan dalam kes pembedahan dijalankan menggunakan mesin C-Arm.
>
Tajuk projek yang dipilih Kumpulan benuaCIPTA dalam KIK pada kali ini amat penting menyentuh aspek keselamatan. Justeru itu, usaha dan kesungguhan Kumpulan BenuaCIPTA dalam penciptaan inovasi 'X-Trap' haruslah dihargai kerana dapat mengurangkan radiasi kepada pengendali dan pesakit serta meningkatkan kesedaran kakitangan terhadap prosedur keselamatan dan pengetahuan mengenai inovasi perlindungan sinaran di tempat kerja selaras dengan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Kebangsaan Malaysia.
>
>
Ahli-ahli Kumpulan BenuaCIPTA
>
Fasilitator : En. Mohd. Hairul Faizal Hj. Ahmad
Ketua Kumpulan : En. Metdahie Bujang
Pen. Ketua Kumpulan : En. Mohd Norman Mohd Nordin
Setiausaha : Pn. Che Asmira Ahmad
Ahli :
1. En. Nor Azha Aziz
2. En. Saiful Azri Solahudin
3. En. Mohd Khanif Masoud
4. Pn. Kamisah Ariffin
>

Tahniah di atas kejayaan mendapat Naib Johan (Kategori Teknikal) dalam Konvensyen KIK UKM 2009. Teruskan usaha dan komitmen kalian..Ahli Kumpulan BenuaCIPTA, JPRAD, PPUKM.