AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, Oktober 21, 2015

Jerebu semakin teruk pada hari ini...


CME: Medrad Power Injector

CME: Medrad Power Injector telah diadakan pada:

Tarikh: 21 Oktober 2015
Masa: 1.00-2.00 pm
Hari: Rabu
Tempat: Bilik Konference Jabatan Radiologi.






Latihan Workstation Siemens

Latihan Workstation Siemens telah diadakan pada:

Tarikh: 21 Oktober 2015
Hari: Rabu
Tempat; Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi.



Perhimpunan pagi 21 Oktober 2015

Perhimpunan pagi 21 Oktober 2015 dikendalikan oleh Cik Nurul Nadiah. Beliau berkongsikan fakta mengenai demam kepialu. Perhimpunan diteruskan dengan pengumuman dari En. Sadon mengenai Bengkel Perancangan Strategik Jabatan yang akan diadakan pada12 dan 26 November 2015. 

Perhimpunan diteruskan dengan pengumuman kejayaan kumpulan BenuaCIPTA oleh En. Nizam yang telah memenangi Anugrah Gold Illumination di ICQCC yang telah berlangsung di Changwon Korea. 

En. Mazli meneruskan perhimpunan dengan mengumumkan tentang latihan workstation CT Scan Siemens dan CME mengenai injector contras media Medrad akan diadakan pada hari ini.






Isnin, Oktober 12, 2015

40th International Convention On Quality Control Circle

Kumpulan KIK BENUACIPTA telah menempa kejayaan di 40th International Convention On Quality Control Circle

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan KIK BENUACIPTA dari Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM yang telah memenangi ANUGERAH GOLD ILLUMINATION di "40th International Convention On Quality Control Circle".

Kumpulan BenuaCIPTA membentangkan tajuk projek "INCREASING OF LOW QUALITY IMAGE DURING NEONATES RADIOGRAPHIC EXAMINATION"

Konvensyen tersebut telah berlangsung di Changwon Exhibition and Convention Center (CECO), Changwon-si, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan dari 5-8 Oktober 2015.

Kejayaan ini sekali lagi telah menaikkan nama UKM di persada antarabangsa dalam bidang "Quality Control Circle".

Syabas !

Penganjur / Penganjur Bersama : Korea Standards Association
Url : http://www.icqcc2015.or.kr/ENG/index.do