AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, September 29, 2011

Jamuan Hari Raya Jabatan Radiologi 2011

Jamuan Hari Raya Jabatan Radiologi 2011 telah diadakan pada 28 September 2011 yang lalu... Pelbagai juadah menarik telah disajikan kepada para pengunjung. Ianya dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dekan, Timbalan Dekan, KPO dan Ketua-ketua Jabatan...

Gambar jamuan tersebut boleh di lihat di:

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2427224841067.2139935.1264948135&l=c706c1d94f&type=1 


Jumaat, September 16, 2011

International Convention on Quality Control Circles 2011


International Convention on Quality Control Circles 2011 telah diadakan pada tarikh seperti berikut:

Date : 10th - 15th September 2011
Venue : Pasifico Yokohama Convention Centre.

Jabatan Radiologi telah diwakili oleh Kumpulan BenuaCIPTA. Tahniah diucapkan kepada kumpulan kerana telah berjaya mengharumkan nama Jabatan, PPUKM, UKM dan Malaysia secara amnya diatas kejayaan memenangi "EXCELLENT AWARDS" di dalam konvensyen yang diadakan. Dengan kejayaan ini, UKM telah  terbukti sebagai sebuah instutusi yang terunggul dan menerima anugrah yang tertinggi dalam bidang ini.

Isnin, September 12, 2011

Paintball Radiologi PPUKM

Kepada Sesiapa yang berminat nak join PaintBall ~


Tentatif date: Oktober / November 2011
Tempat: Kajang, Area Prima Saujana (Paintball Breeder)
Main Charges: RM100 for rental of eqpt + 500 pellet + lunch
Additional pellet - Rm 200 per box of 2000 pellet


Penganjur: Kelab Kebajikan Radiologi PPUKM


Kepada yang berminat , sila beri respon di ruang ulasan / catatan

Isnin, September 05, 2011

26th Singapore-Malaysia Radiographers Conference

26th Singapore-Malaysia Radiographers Conference telah diadakan pada:

Date : 3rd - 4th September 2011
Venue : Khoo Teck Puat Hospital Singapore.

Jabatan Radiologi telah di wakili oleh 3 orang kakitangan. Di dalam seminar yang di adakan, Mohamad Norman Mohd Nordin yang mewakili kumpulan BenuaCIPTA telah membentangkan topik yang bertajuk "High Radiation Exposure in Angiography Room"... Didalam seminar yang diadakan selama 2 hari ini, banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur, antara lain adalah lawatan ke hospital Khoo Teck Puat yang amat cantik dan menyediakan kemudahan perubatan yang tercanggih... Semua kakitangan berasa amat bertuah dan mendapat pengalaman yang menarik semasa aktiviti lawatan yang diadakan... bersambung...