AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Julai 03, 2026

Breast Biopsy Workshop 2026 (19052026)

 

Prone Table Breast Biopsy Workshop 2026

Prone Table Breast Biopsy Workshop 2026 telah berjaya diadakan pada 19 Mei 2026 (Selasa), dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, bertempat di Bilik Mamografi, Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Workshop ini telah dianjurkan oleh Integrated Medical Systems (IMS) dengan kerjasama Pasukan Mamografi, Jabatan Radiologi HCTM.

Workshop ini merupakan penganjuran pertama yang melibatkan penggunaan prone table breast biopsy system oleh Pasukan Mamografi HCTM, sekali gus menjadi satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh perkhidmatan radiologi payudara dan meningkatkan kompetensi profesional dalam pelaksanaan prosedur biopsi payudara berpandukan stereotaktik.

Program ini telah disampaikan oleh Dr. Eliza Fung, Consultant dan Head of Breast Radiology, Department of Diagnostic and Interventional Radiology, Kwong Wah Hospital, Hong Kong. Beliau berkongsi kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang intervensi radiologi payudara melalui tiga sesi utama, iaitu:

  1. Stereotactic Vacuum-Assisted Breast Biopsy: Why and How to Do It – penerangan mengenai indikasi, kelebihan, teknik pelaksanaan serta kepentingan prosedur dalam diagnosis lesi payudara.

  2. Introduction to the Affirm Prone Biopsy System – pengenalan kepada sistem Affirm Prone Biopsy, termasuk komponen peralatan, fungsi serta aliran kerja prosedur.

  3. Hands-on Session with Real Patients – sesi latihan praktikal yang memberi peluang kepada peserta untuk memerhati dan mempelajari pelaksanaan prosedur secara langsung ke atas pesakit sebenar di bawah bimbingan pakar.

Secara keseluruhannya, workshop ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan berjaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan peserta terhadap pelaksanaan prosedur stereotactic vacuum-assisted breast biopsy menggunakan sistem Affirm Prone Biopsy. Kejayaan penganjuran sulung ini diharap menjadi asas kepada pembangunan perkhidmatan biopsi payudara berpandukan stereotaktik di HCTM serta membuka peluang kepada penganjuran latihan lanjutan pada masa hadapan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan penjagaan pesakit.