AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, November 28, 2014

Jamuan Kesyukuran Prof Madya Dr Suraya Abd Aziz

Prof. Madya Dr. Suraya Abd Aziz telah menganjurkan sebuah jamuan kesyukuran kepada Warga Radiologi bersempena kenaikan pangat beliau pada baru-baru ini. Jamuan telah diadakan pada:

Tarikh: 27 November 2014
Hari: Khamis
Masa: 12.30 tgh - 2.00 petang
Tempat: Ruang Sunflower, Jabatan Radiologi.

Warga Radiologi telah dijamu selera dengan makanan tradisi jawa iaitu Nasi Ambeng. Apa yang uniknya di sini, semua warga bersama-sama menjamu selera Nasi Ambeng didalam satu dulang yang besar. Terdapat juga bihun sup, ubi rebus dan pisang rebus disajikan bersama bagi pelengkap selera. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Suraya Abd Aziz. Mari kita saksikan bersama-sama gambar sepanjang majlis yang diadakan...















Khamis, November 27, 2014

Keputusan Konvensyen Team Excellent Kebangsaan

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi, PPUKM kerana telah memenangi anugerah 10 terbaik sektor awam didalam Konvensyen Team Excellent Kebangsaan yang telah diadakan pada:

Tarikh: 24-26 November 2014
Hari: Isnin-Rabu
Masa: 9.00 am-5.00 pm
Tempat: Kuala Lumpur Konvensyen Centre

Kumpulan BenuaCIPTA telah mempersembahkan projek yang bertajuk "Imej berkualiti rendah semakin bertambah bagi pemeriksaan radiografi bayi pra-matang". Kumpulan BenuaCIPTA dianggotai oleh 10 orang ahli dan seorang fasilitator. Berikut adalah senarai ahli kumpulan BenuaCIPTA:

Ketua Kumpulan:
En. Saiful Azri Solahuddin

Ahli
M. Parimala a/p Muniandy
Nadiatul Zaireen Mohd Taha
Nor Shazwani Omar
Azleena Alias
Mohd Halmi Shamsuddin
Mohd Shahril Mohd Shamsul
Muhammad Khanif Masoud
Muhammad Nizam Mohd Sobri
Mohammad Norman Mohd Nordin

Fasilitator
En. Metdahie Bujang

Kemenangan ini akan melayakkan Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi, PPUKM untuk mewakili Malaysia didalam pertandingan ICQCC yang akan diadakan di Incheon, Korea Selatan pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.





CME Jabatan Radiologi "Fire Prevention Awareness Advice"

CME Jabatan Radiologi yang bertajuk "Fire Prevention Awareness Advice" telah diadakan pada:

Tarikh: 26 November 2014
Hari: Rabu
Masa: 1.00-2.00 petang

Ceramah mengenai kebakaran yang menarik ini telah disampaikan oleh Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur. Kakitangan telah diberikan maklumat mengenai jenis-jenis kebakaran moden, teknik mencegah kebakaran dan bagaimana untuk memadamkan kebakaran.






Latihan injector Medrad XDS - CT Scan

Latihan injector Medrad XDS - CT Scan telah diadakan sebanyak 3 sesi:

Tarikh: 26-28 November 2014
Hari: Rabu-Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang

Setiap hari, latihan akan diberikan kepada kakitangan yang berbeza. Semua kakitangan yang bertugas di Unit CT Scan mengambil bahagian didalam latihan yang diadakan ini. Injector baru ini mempunyai ciri-ciri dimana ianya dapat mengesan sekatan pada salur darah sebelum contrast lebih diberikan dan akan menyebabkan salur darah menjadi pecah.

Dengan adanya ciri-ciri baru pada injector ini, keselamatan pesakit akan lebih terjamin.