AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Isnin, Januari 21, 2013

Ceramah mengenai MRI Hybrid system

Ceramah mengenai MRI Hybrid system telah diadakan pada:

Tarikh: 21 Januari 2013
Hari: Isnin
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi

Ceramah MRI Hybrid ini dianjurkan oleh Syarikat Philips. Hybrid MRI ini adalah dengan kemudahan dewan bedah. Dimana selepas ni, pesakit yang menjalani pembedahan tidak perlu keluar dewan bedah terlebih  dahulu, dan boleh terus menjalani pemeriksaan MRI, untuk memastikan pembedahan yang dijalankan benar-benar sempurna sebelum luka pembedahan dijahit semula dan pesakit boleh keluar dari bilik pembedahan dengan sempura. Tidak seperti amalan semasa sekarang, patient perlu dijahit, sebelum keluar dari dewan bedah dahulu sebelum pemeriksaan MRI dijalankan. Modeliti ini akan meningkatkan tahap perawatan pesakit di PPUKM!

Isnin, Januari 14, 2013

Berita takziah : En. Zainal Abd Ghani

Takziah diucapkan kepada En. Zainal Abd Ghani yang telibat dalam kemalangan semasa memanjat pokok rambutan di kebun milik beliau. Kejadian berlaku pada 12 Januari 2013 apabila beliau telah memegang dahan yang telah reput semasa memanjat pokok rambutan di kebun milik beliau di Melaka. 

Beliau yang mengalami kecederaan patah di tulang tibia/ fibula sebelah kiri telah selamat menjalani pembedahan dan dijangka akan berehat selama 2 bulan. Semoga beliau akan tabah menghadapi dugaan yang menimpa. En. Mohd Nizam Mohd Sobri akan menjalankan tugas beliau semasa beliau cuti sakit. Semoga En. Zainal akan cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.