AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...
Memaparkan catatan dengan label EIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EIR. Papar semua catatan

Sabtu, April 04, 2009

Bengkel Merci Retrieval System...

Bengkel mengenai Merci Retrieval System telah diadakan pada 3 April 2009 jam 3.00 petang yang lalu di Jabatan Radiologi PPUKM... Bengkel yang diadakan ini telah dihadiri oleh Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Juru X-ray dan Jururawat yang bertugas di Unit EIR Jabatan Radiologi...

Merci Retrieval System adalah peralatan yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami strok yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah... Saluran darah yang tersekat disebabkan oleh darah beku akan mengakibatkan kematian tisu otak... Sekiranya penyumbatan ini tidak dirawat dengan segera, kematian tisu otak yang tidak menerima bekalan oksigen akan menjadi lebih serius dan lebih banyak fungsi badan akan terganggu...

Rawatan menggunakan Merci Retrieval System yang dibawakan oleh syarikat T-Medic ini akan memberikan peluang kedua kepada pesakit yang baru dikesan mengalami strok iskemik... Prosedur harus dijalankan dalam kadar segera apabila pesakit dikesan mengalami strok ini... Kemahiran semua Pakar didalam menggunakan peralatan yang bernilai tinggi ini amat diperlukan supaya pesakit akan dapat menerima rawatan yang sebaik mungkin...

Bengkel ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya... Semua peserta amat berpuas hati kerana telah diberikan peluang yang secukupnya bagi menggunakan peralatan ini... Semoga bengkel seumpama ini akan dapat diadakan lagi dimasa akan datang...

Ahad, Mac 22, 2009

Pameran kesedaran mengenai Stroke...

Pameran kesedaran mengenai Stroke telah diadakan bersempena dengan Seminar KLINC yang diadakan pada 19 Mac 2009 yang lalu... Pameran ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai betapa pentingnya untuk mengetahui tentang stroke dan rawatan susulan yang disediakan di PPUKM...

Pameran kesedaran ini telah diwakili oleh pelbagai jabatan dari PPUKM, ini termasuklah Jabatan Radiologi... Jabatan Radiologi telah menyediakan gerai pameran yang telah memaparkan tentang modeliti dan teknik intervensi yang ditawarkan oleh Jabatan dalam bidang strok...

Pameran yang telah berlangsung selama sehari ini telah berjaya menarik minat orang ramai dan kakitangan mengunjunginya... Di samping pameran yang diadakan, aktiviti ceramah juga disedikan sepanjang pameran berlangsung... Pameran telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UKM... Aktiviti lain seperti program menandatangani MOU antara PPUKM dan NASAM juga berlangsung selepas majlis perasmian diadakan...

Tahniah kepada semua yang terlibat kerana telah berjaya menjalankan aktiviti seumpama ini...

Seminar KLINC 2009...

Seminar KLINC 2009 telah selamat dijalankan pada 19-21 Mac 2009 yang lepas... Seminar yang dianjurkan oleh Unit Endovascular & Interventional Radiology (EIR-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia telah menarik minat seramai 120 orang peserta dari dalam dan luar negara untuk menyertainya...

Seminar yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Unit EIR ini menekankan mengenai isu berkaitan dengan prosedur yang melibatkan prosedur neuro dan spine... Life demo dan case presentation telah diadakan dalam keadaan yang menarik... Life demo yang diadakan dipancarkan secara terus dari Suite Angiografi PPUKM dengan mamaparkan kes-kes yang menarik untuk diikuti...

Seminar yang berlangsung selama 3 hari ini telah di adakan di Hotel Piccolo Jalan Bukit Bintang... Hotel butik yang terletak di tengah ibu kota ini menyediakan tawaran yang menarik dan makanan dari Itali yang nyata berbeza dan menyelerakan... Seminar yang menjanjikan pengalaman yang berbeza ini akan sentiasa diingati oleh semua peserta... Semua peserta berpuas hati dengan seminar yang telah diadakan ini...

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam seminar yang telah diadakan ini... Seminar seumpama ini akan diadakan dimasa akan datang...

Ahad, Februari 15, 2009

Seminar KL OSIRIX 2009...

Seminar KL Osirix 2009 telah diadakan pada 14 Febuari 2009 yang lalu... Seminar yang julung kali diadakan di PPUKM ini telah ditawarkan kepada 30 orang peserta dari seluruh negara... Bilangan peserta dihadkan kepada 30 orang kerana seminar ini menawarkan 'hands-on' kepada semua peserta yang mengambil bahagian...

Osirix adalah sebuah perisian yang digunakan untuk memanipulasi imej radiologi... Penggunaan Osirix dapat mempercepatkan tugas-tugas memanipulasi imej agar ianya mudah untuk dinilai... Osirix mendapat sambutan yang amat baik dari komuniti radiologi kerana ianya mudah digunakan dan boleh diporolehi secara percuma...

Semua peserta yang hadir telah diperkenalkan secara asas dan lanjutan mengenai perisian ini... Pengenalan ringkas tentang teknik memanipulasi imej sehingga teknik advance telah diperkenalkan didalam seminar ini... Jabatan Radiologi juga bertuah kerana Prof. Ibrahim Lufti, dari Institut Perubatan & Pergigian Termaju telah sudi untuk memberikan ceramah pengenalan mengenai Osirix ini... Prof. Ibrahim Lufti adalah salah seorang yang mula-mula menggunakan perisian Osirix di Malaysia...

Seminar ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya... Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat... Seminar seumpama ini akan diadakan lagi dimasa akan datang... Untuk maklumat lanjut boleh lawati http://www.eir-ukm.com/osirix/

Isnin, Disember 22, 2008

Suite Angiografi akan ditutup untuk penyelenggaraan...

Suite Angiografi akan di tutup mulai 26th Dec 2008 sehingga 5th Jan 2009 untuk proses naik taraf, penyelenggaraan dan pemeriksaan stok... Dengan itu tidak ada kes elektif akan dijadualkan pada tarikh tersebut.... Untuk sebarang kes kecemasan, permohonan boleh di bincangkan dengan Pakar Radiologi Intervensi bertugas on-call pada hari berkenaan...

Pihak jabatan memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang berlaku... Penutupan ini adalah untuk memberikan kemudahan yang lebih baik untuk masa hadapan...

Selasa, November 18, 2008

Kelas Angiografi

Kelas update mengenai Angiografi telah diadakan lagi pada hari ini... Kelas yang diadakan di bilik tutorial dari jam 4.00 hingga 5.00 petang telah dihadiri oleh Juru X-ray dan Jururawat yang bertugas di unit EIR...

Kelas pada kali ini telah dikendalikan oleh En. Mohamad Norman... Topik kelas pada hari ini adalah bertajuk "Guidewire" dan peralatan lain yang biasa digunakan bagi prosedur EIR... Kelas yang telah diadakan telah memberi peluang kepada semua kakitangan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman untuk digunakan semasa menjalankan tugas di Unit EIR Jabatan Radiologi PPUKM...

Mulai tahun hadapan jadual akan di susun untuk memberikan pendedahan kepada semua petugas di Unit EIR didalam membuat pembentangan tentang topik yang berkaitan dengan bidang Endovaskular dan Intervensi Radiologi... Kelas akan diadakan lagi setiap hari Selasa petang jam 4.00-5.00... Semua kakitangan di galakkan hadir untuk menambahkan pengetahuan mengenai bidang EIR ini...

Sabtu, November 01, 2008

Majlis perasmian mendapat liputan akhbar...

Berita Harian : Sabtu, 1 November 2008.

PPUKM sedia rawatan canggih pesakit kronik

KUALA LUMPUR: Penghidap penyakit kronik kini boleh mendapatkan perkhidmatan radiologi endovaskular dan intervensional setaraf dengan rawatan hospital swasta di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) melalui penggunaan mesin angiografi berteknologi canggih.

Ketua Pegawai Operasi PPUKM, Datuk Dr Noorimi Morad, berkata penggunaan mesin angiografi baru yang mempunyai dua plana itu mampu mempamerkan imej salur darah yang lebih jelas dari dua sudut yang berbeza pada masa sama.

"Kelebihannya adalah ia dapat mengurangkan masa prosedur dan diagnosa dapat diperolehi dengan lebih cepat selain dapat meminimumkan media kontras. Mesin yang sudah mula digunakan sejak Julai lalu itu juga meningkatkan kes pemeriksaan radiologi endovaskular dan intervensional sebanyak 500 peratus berbanding tahun sebelumnya."

"Mesin angiografi Philips Allura Xper FD20/10, Bi Plane Angiography System bernilai RM4.6 juta ini adalah antara mesin tercanggih di negara ini dan juga Asia Tenggara dan ia sangat membantu golongan kronik," katanya merasmikan bilik angiografi PPUKM di sini, baru-baru ini.

Jumaat, Oktober 31, 2008

Majlis Perasmian “Angiography Suite” Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM

Dimaklumkan bahawa Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM telah mengadakan Majlis Perasmian “Angiography Suite” seperti berikut:





Tarikh: 31 Oktober 2008 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Konferens, Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi PPUKM, Datuk Dr Noorimi Morad.

Berikut adalah aturcara majlis yang telah dijalankan.
0900 - Ketibaan tetamu jemputan
0910 - Majlis dimulakan dengan bacaan doa
0911 - Ucapan oleh Ketua Jabatan
0915 - Ucapan oleh Ketua Pegawai Operasi
0920 - Tayangan Video Pengenalan EIR
0930 - Penyampaian cenderahati kepada Ketua Pegawai Operasi
0935 - Lawatan Ke Suite Angiografi dan Jamuan ringan di Sukmaria

Majlis telah berlangsung dalam keadaan yang lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan majlis yang telah diadakan.

Selasa, September 23, 2008

Kelas Angiografi


Mulai hari ini, kelas Angiografi akan diadakan pada setiap minggu... Kelas akan diadakan pada setiap hari selasa petang... Semua kakitangan di jemput hadir... Kehadiran diwajibkan bagi team EIR...

Topik perbincangan pada minggu ini adalah mengenai pengenalan jenis-jenis prosedur yang dijalankan di Unit Endovaskular dan Intervensional Radiologi, PPUKM. Kelas di kendalikan oleh En. Mazli dan En. Mohamad Norman.

Tujuan kelas diadakan adalah untuk bersama-sama berkongsi ilmu mengenai perkembangan terkini dan semua prosedur yang dijalankan. Sambutan bagi kelas pertama ini agak menggalakan... Kelas akan diadakan pada minggu hadapan dengan topik pengenalan terhadap kateter yang digunakan di Unit Endovaskular dan Intervensional Radiologi, PPUKM pula.