AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Selasa, Disember 23, 2014

Latihan mesin fluroskopi baru

Latihan mesin fluroskopi baru telah diadakan pada 23 Disember 2015. 




Khamis, Disember 18, 2014

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ke-19 UKM

Tahniah diucapkan kepada kumpulan KIK Sinaran kerana telah mengharumkan nama Jabatan Radiologi dengan menjadi pemenang johan keseluruhan, johan kategori teknikal, fasilitator terbaik (Dr. Sharifah Majeedah) dan mendapat anugerah persembahan terbaik kategori teknikal dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ke-19 UKM.

Konvensyen tersebut telah diadakan pada:

Tarikh: 17 Disember 2014
Hari: Rabu
Tempat: Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh

Kumpulan Sinaran yang terdiri dari 10 ahli dan 1 orang fasilitator di ketuai oleh En. Mazli Mohamad Zin. Kumpulan telah membentangkan tajuk "Kualiti Imej Radiografi Sendi Lutut yang rendah di Jabatan Radiologi PPUKM" bagi projek KIK pada tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sinaran. Kejayaan ini telah memberikan kesinambungan didalam pencapaian KIK di Jabatan Radiologi, PPUKM. Semoga ianya akan memberikan pemangkin semangat bagi kumpulan untuk mendapat kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.








Rabu, Disember 10, 2014

CME Bulanan Jabatan Radiologi: Pertolongan Cemas di Jabatan Radiologi

CME Bulanan Jabatan Radiologi pada bulan disember ini adalah mengenai

Tajuk: Pertolongan Cemas di Jabatan Radiologi
Tarikh: 10 Disember 2014
Masa: 1.00 pm - 2.00 pm
Tempat: Bilik Conferens Jabatan Radiologi

CME pada kali ini di berikan oleh MA Mohd Hisham. Didalam CME yang diadakan, beliau menerangkan tentang prosedur sekiranya berlaku sebarang kecemasan pesakit di Jabatan Radiologi, Ini termasuklah penerangan mengenai troli kecemasan, ubat-ubatan yang terdapat didalam troli kecemasan dan jenis-jenis alat bantuan pernafasan.

CME ini amat menarik kerana disusuli dengan penerangan yang jelas dan video yang menarik. Terima kasih kepada penceramah yang telah mempersiapkan bahan ceramah untuk pembelajaran semua kakitangan yang hadir. Semoga CME seumpama ini akan diadakan lagi dimasa akan datang. 





Perhimpunan pagi 10 Disember 2014

Perhimpunan pagi 10 Disember 2014 dikendalikan oleh Pn. Shahirah Binti Shafferi. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Halmi bin Shamsuddin. Kemudian diikuti dengan pengkongsian ilmu mengenai 5 kesalahan yang biasa berlaku yang melibatkan pelanggaran rukun qauli solat dan menyebabkan solat kit tidak sah.
  1. Takbiratul ihram - dipermulaan solat tidak menyebut/ melafaz perkataan 'Allahuakbat'. Cuba baca dalam hati.
  2. Bacaan Al Fatinan - tidak menyebut/ melafaz perkataan demu perkataan dalam surah Al Fatinan, Cuma baca dalam hati.
  3. Bacaan Tasyurid / tahiyat akhir - tidak menyebut/ melafaz perkataan demi perkataan bacaan tasyahud / tahiyat akhir. Cuma baca dalam hati.
  4. Bacaan selawat di rakaat terakhir - tidak menyebut ke atas Nabi. Cuma baca dalam hati.
  5. Lafaz salam - tidak menyebut/ melafaz perkataan 'Assalamualikum Warahmatullah'. Cuma beri salam/ baca dalam hati.
Beliau menjelaskan, kelima-lima rukun qauli (perkataan) diatas hendaklah dilafaz dengan bersuara sekadar didengar oleh telinga sendiri, Tidak sah solat jika dibaca hanya di dalam hati.


Perhimpunan diteruskan dengan pengumuman. Pengumuman pada hari ini adalah mengenai pesanan dari En. Mohd Sharmiezul Mohd Saharin kepada semua Juru X-ray mengenai kepentingan untuk mengutamakan kes strok bagi pemeriksaan urgent CT Scan dari Jabatan Perubatan Kecemasan. Setiap saat amat berharga bagi kes stroke, setiap persiapan perlu dilakukan dengan segera (persediaan mesin, media kontras dan sebagainya) bagi mempercepatkan kes untuk dilakasanakan.

Perhimpunan berakhir pada jam 8.30pagi.






Selasa, Disember 09, 2014

Lawatan ke Kuala Lumpur Sports Medicine Centre

Lawatan ke Kuala Lumpur Sports Medicine Centre telah diadakan pada:

Tarikh: 9 Disember 2014
Hari; Selasa
Masa: 12.30 tgh - 2.00 petang
Tempat: 
Wisma Perintis, 47, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lawatan diadakan untuk berkongsi dan bertukar-tukar idea dengan alat ciptaan yang dibuat oleh Kumpulan Sinaran pada tahun ini. 







Jumaat, Disember 05, 2014

Pemakluman polisi pengenaan caj cakera padat (CD) dan filem Radiologi

Semua kakitangan di mohon untuk mengambil maklum tentang polisi pengenaan caj cakera padat (CD) dan filem Radiologi. Hasil keputusan mesyuarat pengurusan PPUKM bilangan 21/2014 bertarikh 10 Jun 2014, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengenakan caj cakera padat (CD) atau filem kepada pesakit yang dipindahkan ke hospital lain walaupun atas arahan doktor mengikut kadar caj yang telah diluluskan.

Kadar caj ini akan dikenakan kepada semua kategori pesakit tanpa mengira status percuma dan had umur pesakit.

Semua kakitangan perlu mengambil maklum mengenai perkara ini. 


Jamuan kesyukuran bersempena penyerahan Mesin Fluroskopi baru di Jabatan Radiologi

Sebuah jamuan kesyukuran telah diadakan bersempena penyerahan Mesin Fluroskopi baru di Jabatan Radiologi. Jamuan telah diadakan pada:

Tarikh: 5 Disember 2014
Hari: Jumaat
Masa: 12.15 tengahari
Tempat: Sunflower

Semua kakitangan telah hadir untuk meraikan majlis ini. Semoga perkhidmatan radiologi akan dapat dipertingkatkan dengan penerimaan mesin baru ini.