AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, April 28, 2011

Berita kemalangan En. Mohamad Norman...

Dukacita di khabarkan, pada hari ini (28/4/2011), warga radiologi di kejutkan dengan berita kemalangan En. Norman. Beliau telah mengalami kemalangan pada jam 7.30 pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kemalangan berlaku di Jalan Utama Seri Kembangan berhampiran dengan South City Plaza. Kejadian berlaku apabila beliau gagal mengawal kenderaan yang di tunggangnya dan mengakibatkan beliau terjatuh. Kemalangan tersebut berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat dari tumpahan minyak enjin kenderaan yang dispekulasikan sengaja di lakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Akibat dari kemalangan berkenaan beliau telah di masukkan ke Wad Warga kerana mengalami patah 3 tulang rusuk, iaitu tulang rusuk ke-4, ke-5 dan ke-6. Bersama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh dah dapat menjalankan tugas seperti biasa. Amin.

Sesi pentauliahan Bilik dan Mesin Angiografi Hybrid...

Sesi pentauliahan Bilik dan Mesin Angiografi Hybrid telah diadakan pada 27 dan 28hb April yang lepas. Pada 27hb, sesi pentauliahan telah dijalankan merangkumi struktur binaan dah pada 28hb, sesi pentauliahan telah dijalankan merangkumi mesin angiografi.

Dengan berjayanya sesi pentauliahan ini, Jabatan Radiologi sudah boleh menggunakan sebuah lagi mesin yang canggih didalam merawat pesakit. Kini,Jabatan Radiologi sudah memiliki 2 buah mesin angiografi yang boleh digunakan bagi merawat pesakit yang semakin ramai dan merealisasikan impian menjadi peneraju utama dalam bidang intervensi radiologi di rantau ini...

Majlis sambutan hari lahir jan-apr 11

Majlis sambutan hari lahir bulan jan-apr 11 bagi warga radiologi telah diadakan pada hari ini, 28 april 2011. Majlis yang disambut buat julung kalinya pada tahun ini telah di adakan dalam keadaan sederhana. Majlis telah berlangsung sebaik sahaja selesai sesi ceramah motivasi yang telah di sampaikan oleh Dr Harlina. Kakitangan telah di sajikan dengan dua buah kek, mee dan kueh mueh. Selamat hari lahir di ucapkan kepada semua yang meraikan hari lahir pada bulan berkenaan.

Ceramah motivasi oleh Dr Halina

Pada hari ini, (28 april 11,3.30pm) seorang penceramah telah di jemput khas untuk memberikan ceramah motivasi kepada warga radiologi. Pengisian ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Dr Halina ini antara lain menceritakan mengenai kepimpinan.

Sesi pengisian minda yang di anjurkan oleh Kelab Kebajikan Jabatan Radiologi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua warga radiologi. Semoga sesi pengisian seumpama ini akan dapat diadakan lagi di masa akan datang.

Rabu, April 27, 2011

Perhimpunan pagi rabu 27 Apr 11

Perhimpunan pagi ini di mulakan dengan bacaan doa pagi oleh En. Mazli. Di ikuti dengan pengisian pagi oleh Dr. Hamzaini. Hari ini Dr. Hamzaini menceritakan tentang cerita kejayaan yg telah di kecapi oleh seorang penyanyi dari Kanada bernama Justin Bieber. Beliau menceritakan bagaimana JB yang dahulunya tidak di kenali, telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga terkenal dan berjaya pada ketika ini. Usaha JB yang tidak kenal penat sehingga beliau berjaya patut dicontohi semua.

Pada perhimpunan pagi ini juga, Prof Zahiah di jemput untuk menyampaikan sijil kepada kakitangan yang telah berjaya menunjukkan prestasi kehadiran yang cemerlang. Beliau juga berpesan kepada semua kakitangan untuk menjaga disiplin dan kehadiran kerana perkara tersebut juga akan di ambil kira didalam pemberian anugerah khidmat cemerlang.

Pada perhimpunan ini juga, peserta kurus osirix telah di berikan sijil penyertaan.

Ahad, April 24, 2011

Bengkel Mac dan Osirix untuk radiographer...

Bengkel Mac dan Osirix untuk radiographer telah dijalankan pada 23 April 2011 (Sabtu) yang lepas. Bengkel yang diadakan secara dalaman ini telah berjaya menarik minat sebanyak 20 penyertaan. Sambutan yang hebat telah diterima dari semua kakitangan untuk menyertai bengkel ini, tetapi penyertaan terpaksa dihadkan kerana kekurangan kemudahan untuk sesi hands-on...

Bengkel yang diadakan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang ini telah memuatkan beberapa topik menarik dan amat releven dengan tugas harian yang dijalankan. Topik yang dibentangkan pada bengkel ini adalah mengenai pengenalan ringkas mengenai Sistem Pengoperasian Mac OS X Snow Leapord dan pengenalan asas osirix yang diberikan oleh En. Mohamad Norman. Ini diikuti dengan topik installation dan setting Osirix yang telah dibentangkan oleh En. Zainal Ab. Ghani. Pada sebelah petang pula, Dr. Rozman telah dijemput khas untuk membentangkan topik mengenai advance osirix dan keperluan pakar radiologi dalam osirix.

Semua peserta berasa puas hati dengan bengkel yang adakan kerana mereka dapat mempelajari ilmu yang berguna untuk kegunaan semasa bekerja. Bengkel yang telah dijalankan dengan jayanya ini akan di adakan lagi pada masa hadapan bagi memberi peluang kakitangan lain yang tidak berkesempatan untuk menyertai bengkel ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang menyertai bengkel yang diadakan, komitmen semua didalam menjayakan bengkel ini amat dihargai. Untuk jawatankuasa penganjur, tahiah juga diucapkan diatas kerja keras yang telah diberikan untuk menjadikan bengkel ini sebuah bengkel yang amat berjaya.

Khamis, April 21, 2011

Majlis perasmian program CIIR...

Majlis perasmian program Coloborative Imaging in Interventional Radiology (CIIR) telah diadakan pada hari ini jam 2.00 petang. CIIR adalah satu program atas kerjasama Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Hospital USM dan Jabatan Radiologi, PPUKM merupakan satu program yang menggunakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi MYREN untuk membolehkan kesemua institusi yang terlibat untuk berhubung secara terus melalui sidang video secara langsung.

Semua institusi yang terlibat boleh berhubung terus melalui sidang video, persembahan multimedia dan imej yang dihasilkan dari mesin x-ray secara terus untuk membincangkan tentang pesakit secara terus, semasa sesebuah prosedur dilakukan. Kemudahan ini akan memberikan peluang kepada semua untuk berbincang dan menentukan keputusan yang terbaik untuk digunakan sebagai rawatan keatas pesakit berkenaan.

Majlis telah berlangsung dalam keadaan baik. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Rabu, April 20, 2011

Perhimpunan pagi Rabu, 20 April 2011

Perhimpunan pagi pada hari ini di pengerusikan oleh En. Shahril... Selesai sahaja doa pagi En. Shahril menyampaikan sebuah cerita mengenai "Kera yang pekak"...

Pengumuman:
Pn. Mastura menyatakan bahawa pada ketika ini sudah terdapat 2 set buku MC untuk Jabatan bagi bahagian hadapan dan kawasan MRI dan Angio.

En. Norman menyatakan bahawa pada hari khamis ini, akan diadakan majlis perasmian program Coloborative Imaging In Interventional Radiologi (CIIR)... Semua kakitangan yang terlibat di ingatkan untuk membuat persediaan untuk majlis berkenaan... Beliau juga memaklumkan kepada semua kakitangan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Kursus Osirix pada hari sabtu ini untuk mengesahkan kehadiran masing-masing...

En. Hairul mengingatkan kepada semua kakitangan untuk memakai filem badge semasa bertugas kerana Jabatan telah membelanjakan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut...

Isnin, April 18, 2011

Lawatan iMAGIC ke HTAA dan IIUM

Lawatan iMAGIC ke HTAA dan IIUM telah diadakan pada 15-16 April yang lalu... Semua kakitangan yang terlibat telah mendapat pendedahan tentang cara kakitangan menjalankan tugas dan melihat suasana kerja di hospital berkenaan... Semoga pengalaman yang ada semasa melawat di tempat berkenaan akan memberikan pengalaman baru kepada semua yang terlibat...