AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Ahad, Julai 27, 2008

Kursus Bina Insan Jabatan Radiologi


Program Kursus Bina Insan Jabatan Radiologi PPUKM telah diadakan pada 25-27 Julai 2008. Kurus yang diadakan di Teluk Dalam Beach Resort, Pulau Pangkor ini diadakan untuk memupuk semangat berpasukan dikalangan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Radiologi.

Para pesertanya terdiri daripada Pakar Perunding (Profesor dan Profesor Madya), Pensyarah/Pakar, Pensyarah Pelatih, Pegawai Perubatan Sarjana Radiologi, Pegawai Sains, Juru x-ray, Jururawat, Penolong Pegawai Sains, Juru Proses Filem, Pembantu Klinik dan kakitangan pentadbiran jabatan.

Ini adalah kali ke-enam Jabatan Radiologi menganjurkan kursus seumpama ini. Kursus yang menggabungkan penglibatan semua pihak ini diharap dapat memupuk semangat kerjasama di antara Pensyarah, kakitangan jabatan dan calon-calon Sarjana Radiologi samada yang baru atau pun yang lama. Ceramah-ceramah dan kegiatan-kegiatan berkumpulan yang bakal diatur sewaktu kursus ini diharap dapat menambahkan lagi efisiensi jabatan samada dari segi tugas kerja mahupun hubungan di antara kakitangan.Kursus yang merupakan serampang dua mata ini juga mengambil kesempatan untuk memberi pendedahan awal kepada calon-calon baru tentang Sarjana Radiologi terutamanya bagi yang tiada pengalaman terdahulu bekerja di Jabatan Radiologi. Ia juga akan mendedahkan kakitangan yang baru dilantik tentang peraturan kerja dan atur cara kerja. Melaluinya adalah diharap agar calon-calon Sarjana dan kakitangan yang lain akan dapat memberi komitmen dan beriltizam untuk menjadi yang terbaik di masa hadapan.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama di antara kakitangan Jabatan Radiologi. Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prestasi kerja kepada universiti amnya dan hospital khasnya. Menanam minat dan komitmen yang tinggi di kalangan calon-calon sarjana dan kakitangan yang baru dan meningkatkan kualiti graduan-graduan dan pekerja dari segi individu dan nilai kerja.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat didalam menjayakan dan menyertai kursus Bina Insan ini. Kejayaan menjayakan kursus seumpama ini akan memberikan kejayaan kepada Jabatan Radiologi kearah kecemerlangan.

Jumaat, Julai 18, 2008

Bengkel c-Hets


Bengkel telah diadakan seperti berikut:


Tarikh : 16-18 Julai 2008

Masa : 8.00 pagi - 5-00 petang

Tempat : Putrajaya Convention Center, Putrajaya.


Tujuan bengkel diadakan adalah untuk merekabentuk Sistem Maklumat Radiologi yang baru bagi menggantikan sistem RIS yang sedang digunakan.


Sistem Maklumat Radiologi yang baru ini akan menggunakan platform yang sama dengan Sistem c-Hets yang sedang digunakan sekarang. Ianya amat istimewa kerana sistem yang akan dihasilkan ini dihasilkan secara in-house; dimana ianya direkabentuk dan diprogramkan oleh kakitangan Pusat Perubatan UKM sendiri dan dibantu oleh kakitangan radiologi.


Kakitangan Radiologi yang terlibat didalam membangunkan sistem ini adalah Dr. Hamzaini, Dr. Rozman, Dr. Shahizon, En. Zainal, En. Mohamad Norman, En. Ruzi dan En. Mohamad Nor Affendi.


Semoga dengan adanya Sistem Maklumat Radiologi yang baru ini kelak, ianya akan membantu memudahkan dan mempertingkatkan kerja semua kakitangan. Sistem ini dijangka akan selesai dibangunkan pada Julai 2009. Diharapkan kerja merekabentuk dan memprogramkan sistem ini akan berjalan tengan lancar. Insyaallah. Kepada semua, selamat maju jaya...

Jumaat, Julai 11, 2008

Program 5S Jabatan Radiologi


Mulai hari ini Jabatan Radiologi akan memulakan program 5S.


5S yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal ini adalah salah satu program QA di bawah MSQH.


Jabatan Radiologi dibahagikan dengan 5 Zon. Zon-zon terdiri daripada Zon Kosmik, Zon Sonic, Zon Gamma, Zon Ultra, Zon Alfa dan Zon Beta.


Di harapkan semua kakitangan dapat bekerjasama didalam menjayakan program ini demi kebaikan bersama.

Khamis, Julai 03, 2008

Kejohanan Sukan Tertutup Jabatan Radiologi


Kejohanan yang diadakan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama sepasukan antara kakitangan Jabatan Radiologi.

Kejohanan ini yang diadakan selama 2 minggu ini diadakan setiap petang.

Terdapat 6 jenis pertandingan diadakan. Ini termasuklah pertandingan congkak, dam aji, carom, dart dan ping-pong. Pertandingan diadakan secara individu dan berpasukan.

Tahniah kepada semua pemenang. Senarai nama akan diupdate kemudian...

Selasa, Julai 01, 2008

Kelab Badminton Jabatan Radiologi


Kelab yang ditubuhkan atas inisiatif kakitangan Jabatan Radiologi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan kakitangan yang sibuk bekerja.