AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Selasa, Julai 26, 2011

Konvensyen ICC & QE Wilayah Tengah


Konvensyen ICC & QE Wilayah Tengah 2011 telah diadakan pada:

Tarikh: 25-26/7/2011
Hari: Isnin dan selasa
Tempat: Hotel Grand Dorset, Subang Jaya, Selangor.

Jabatan Radiologi telah di wakili oleh Kumpulan Sinaran. Kumpulan ini yang di angotai oleh 10 orang ahli dan 1 orang fasilitator telah membentangkan projek yang bertajuk "Dedahan radiasi serakan yang tinggi semasa pemeriksaan radiografi mudahgerak". Di dalam konvensyen yang diadakan, Kumpulan Sinaran telah sekali lagi mengharumkan nama Jabatan Radiologi dengan memenagi Anugerah Emas didalam konvensyen yang diadakan. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan ini akan membangkitkan semangat rakan-rakan lain untuk menyumbang idea didalam menjayakan program KIK dimasa akan datang.

Jumaat, Julai 22, 2011

Bengkel Penyelia Klinikal Jabatan Pengimejan Perubatan Fakulti Sains Kesihatan UiTM


Bengkel Penyelia Klinikal Jabatan Pengimejan Perubatan Fakulti Sains Kesihatan UiTM bagi tahun ini telah diadakan pada:

Tarikh: 19-21 Julai 2011
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Cendekia 6, INTEKMA Resort and Convention Center, Shah Alam.

Jabatan Radiologi PPUKM telah diwakili oleh En. Mazli Mohamad Zin dan En. Mohamad Norman Mohd Nordin untuk menyertai bengkel yang telah diadakan ini.

Sabtu, Julai 16, 2011

Sixth International Symposium on Radiation Safety and Detection Technology(ISORD-6)

Sixth International Symposium on Radiation Safety and Detection Technology(ISORD-6) bagi tahun ini telah diadakan pada:

Tarikh: 12-14 Julai 2011
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Awana Porta Malai, Langkawi.

Jabatan Radiologi telah diwakili oleh 4 orang peserta yang telah membentangkan 2 buah kertas kerja semasa persidangan berlangsung. Symposium peringkat antarabangsa ini adalah sebuah symposium peringkat antarabangsa yang buat pertama kalinya diadakan di Malaysia. Topik-topik yang dibentangkan pada symposium pada kali ini amat maju dan menarik sekali. Tahniah kepada semua peserta yang menyertai symposium ini.

Selasa, Julai 12, 2011

Kursus Bina Insan Jabatan Radiologi 2011

Kursus Bina Insan Jabatan Radiologi bagi tahun ini telah diadakan pada:

Tarikh: 8-10 Julai 2011
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Cours Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti motivasi telah dijalankan sepanjang kursus ini diadakan. Antara aktiviti yang menarik sepanjang kursus yang diadakan adalah aktiviti Treasure Hunt, Sukaneka dan Malam Jalinan Kasih Jabatan Radiologi (BBQ Dinner). Kursus yang diadakan ini amat menarik dan akan diadakan pada masa akan datang. Tahniah kepada semua AJK penganjur dan peserta yang menyertai bengkel ini.