Tahniah - UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-6
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) JOHAN KESELURUHAN sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat IPTA Kali ke-6 yang telah berlangsung di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia pada 18-20 Februari 2010 dengan mengalahkan sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain. Antara anugerah lain yang diterima oleh UKM adalah seperti berikut :
Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal
Kumpulan CHARGE dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM
Naib Johan Kategori Teknikal
Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM
Anugerah Fasilitator Terbaik
Puan Farizah Ansarudin (Kumpulan Charge)
Dua puluh (20) IPTA terlibat dalam konvensyen KIK yang diadakan pada tahun ini. Namun hanya sebelas (11) pasukan IPTA yang bertanding. Mereka ialah dari Universiti Sains Malaysia selaku tuan rumah, UKM, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.
Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini.
Kumpulan FARSIS dari Jabatan Farmasi PPUKM dan Kumpulan PROTAG dari Perpustakaan Tun Seri Lanang, terima kasih kerana telah menunjukkan usaha yang baik dalam pertandingan ini.
AKTIVITI AKAN DATANG...
...TBA...
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Sabtu, Februari 20, 2010
Jumaat, Oktober 23, 2009
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UKM 2009
Selepas kejayaan Kumpulan Prisma (2005) dan Kumpulan Sinaran (2006) di dalam Konvensyen KIK UKM yang lalu, Jabatan Radiologi PPUKM sekali lagi melahirkan Kumpulan BenuaCIPTA pada Januari 2009 dianggotai oleh 8 kakitangan JPRAD diketuai oleh En. Metdahie Bujang dan En. Mohd Hairul Faizal Hj. Ahmad sebagai Fasilitator.
>
Tajuk projek yang dijalankan ialah 'Dedahan Radiasi Yang Tinggi Di Unit Angiografi'. Penciptaan Inovasi 'X-Trap' sebagai alat perlindungan tambahan kepada alat perlindungan sedia ada secara tidak langsung dapat mengurangkan radiasi yang berpunca daripada sinaran serakan, sinaran pantulan dan sinaran daripada tiub mesin sinar-X semasa menjalankan kes rawatan intervensi pesakit di bilik Angiografi. 'X-Trap' dihasilkan menggunakan bahan plumbum daripada Lead Apron yang dilupuskan. Penghasilan inovasi daripada bahan terbuang adalah satu langkah yang bijak kerana penghasilannya menjimatkan kos dan menggunakan bahan kitar semula yang sesuai. Keistimewaan 'X-Trap' yang boleh ubah (portable) menjadikan ianya unik kerana dapat digunakan bukan sahaja untuk mesin Angiografi malah mesin Fluoroskopi. Inovasi ini juga boleh digunakan di katil Bilik Bedah (OT) di mana proses pengimejan dalam kes pembedahan dijalankan menggunakan mesin C-Arm.
>
Tajuk projek yang dipilih Kumpulan benuaCIPTA dalam KIK pada kali ini amat penting menyentuh aspek keselamatan. Justeru itu, usaha dan kesungguhan Kumpulan BenuaCIPTA dalam penciptaan inovasi 'X-Trap' haruslah dihargai kerana dapat mengurangkan radiasi kepada pengendali dan pesakit serta meningkatkan kesedaran kakitangan terhadap prosedur keselamatan dan pengetahuan mengenai inovasi perlindungan sinaran di tempat kerja selaras dengan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Kebangsaan Malaysia.
>
>
Ahli-ahli Kumpulan BenuaCIPTA
>
Fasilitator : En. Mohd. Hairul Faizal Hj. Ahmad
Ketua Kumpulan : En. Metdahie Bujang
Pen. Ketua Kumpulan : En. Mohd Norman Mohd Nordin
Setiausaha : Pn. Che Asmira Ahmad
Ahli :
1. En. Nor Azha Aziz
2. En. Saiful Azri Solahudin
3. En. Mohd Khanif Masoud
4. Pn. Kamisah Ariffin
>
Tahniah di atas kejayaan mendapat Naib Johan (Kategori Teknikal) dalam Konvensyen KIK UKM 2009. Teruskan usaha dan komitmen kalian..Ahli Kumpulan BenuaCIPTA, JPRAD, PPUKM.
Khamis, Julai 02, 2009
PERATURAN KEPADA PEKERJA SINARAN (IBU YANG MENGANDUNG)
PPUKM3.10.33/151/1
16 Jun 2009
16 Jun 2009
Daripada maklum balas Jabatan Radiologi, PPUKM mengenai status pekerja sinaran yang mengandung, berikut adalah peraturan yang diterima-pakai hasil lanjutan kes kemalangan yang berlaku di Bilik Fluoroskopi, JPRAD.
>
"Peraturan menyebut bahawa pekerja sinaran yang mengandung diasingkan selama 4 bulan terawal dengan syarat bahawa pekerja sinaran yang berdaftar hendaklah mengemukakan salinan surat pengesahan mengandung daripada Doktor Perubatan yang bertauliah dan diserahkan kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Perlindungan Sinaran" (Rujuk surat PPUKM3.10.33/151/1 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, PPUKM)
>
Berdasarkan meklumat ini, pekerja sinaran yang disahkan mengandung akan ditempatkan di Bilik Pemeriksaan X-Ray yang kurang berisiko (dos dedahan rendah dan boleh dikurangkan dengan memakai PPE). Perkara 7(3) dalam AKTA 304 ada mengatakan 'tiada seorang pun boleh membenarkan seorang pekerja perempuan bekerja dalam kawasan kawalan jika dia hamil atau disyaki hamil'.
>
Merujuk kepada peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengatakan bahawa ibu yang mengandungi hendaklah mempunyai had dos kurang daripada 2 mSv/bulan sepanjang tempoh kelahiran dengan mengandaikan dos yang ada pada fetus/bayi adalah 1 mSv/bulan, iaitu sama dengan dos dedahan orang awam dalam setahun. Dalam erti kata lain, bagi pekerja perempuan yang hamil, dos kepada janin yang terhimpun sepanjang tempoh di antara pengesahan kehamilan dengan tarikh kelahiran tidak boleh melebihi 10 mSv (Rujuk AKTA 304)
>
Harap Maklum.
>
>
Mohd Hairul Faizal Hj. Ahmad
Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO)
(Cert. No. : 2275)
Jabatan Radiologi
Pusat Perubatan UKM
Selasa, Januari 20, 2009
Objektif Kualiti dan Petunjuk Prestasi Jabatan Radiologi PPUKM
OBJEKTIF KUALITI
• Menetapkan masa menunggu pesakit untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam had masa yang ditentukan.
• Mengeluarkan laporan pemeriksaan khusus dalam had masa yang ditetapkan.
Warga Kerja Jabatan Radiologi, PPUKM diharapkan dapat mengingati dan memahami Objektif Kualiti dan Petunjuk Prestasi yang terkini. Semoga ianya dapat membantu persediaan kita menerima kunjungan Sirim Berhad dalam pengauditan penilaian semula sijil MS ISO 9001:2000 PPUKM pada 3 hingga 4 Februari 2009.
Mohd. Hairul Faizal Hj. Ahmad
• Menetapkan masa menunggu pesakit untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam had masa yang ditentukan.
• Mengeluarkan laporan pemeriksaan khusus dalam had masa yang ditetapkan.
PETUNJUK PRESTASI
• Masa pesakit menunggu untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam tempoh 1 jam tidak kurang dari 85%
(Peningkatan peratusan dari 80% ke 85% berlaku mulai bulan Jun 2008)
• 90% laporan pemeriksaan khusus dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja bagi pesakit dalam dan 7 hari bekerja bagi pesakit luar
(Peningkatan peratusan dari 80% ke 90% berlaku mulai bulan Jun 2008)
• Masa pesakit menunggu untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam tempoh 1 jam tidak kurang dari 85%
(Peningkatan peratusan dari 80% ke 85% berlaku mulai bulan Jun 2008)
• 90% laporan pemeriksaan khusus dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja bagi pesakit dalam dan 7 hari bekerja bagi pesakit luar
(Peningkatan peratusan dari 80% ke 90% berlaku mulai bulan Jun 2008)
Warga Kerja Jabatan Radiologi, PPUKM diharapkan dapat mengingati dan memahami Objektif Kualiti dan Petunjuk Prestasi yang terkini. Semoga ianya dapat membantu persediaan kita menerima kunjungan Sirim Berhad dalam pengauditan penilaian semula sijil MS ISO 9001:2000 PPUKM pada 3 hingga 4 Februari 2009.
Mohd. Hairul Faizal Hj. Ahmad
Rabu, Oktober 01, 2008
Selamat Hari Raya...

Hari raya disambut setahun sekali, tetapi ada kakitangan Jabatan Radiologi yang perlu menunaikan tanggungjawab untuk betugas di hari raya. Ini adalah gambar kenangan di antara kakitangan yang perlu menjalankan tugas di hari raya... Jangan bersedih yea...
Bertugas di Hari Lebaran seperti ini memang menjadi satu tanggungjawab bagi semua kakitangan hospital seperti kami... Walaupun bertugas di hari raya, lemang, ketupat dan rendang dibawa sebagai bekalan...
Di hari raya juga pihak Pusat Perubatan UKM meraikan kakitangannya dengan mengadakan jamuan hari raya di Foyer Blok Pendidikan. Jamuan hari raya itu dihadiri oleh Dekan dan Pengarah PPUKM. Terima kasih kepada semua yang bertugas di Hari Raya (yang lain bolehlah beraya sakan pada tahun ini... tahun depan kami pula yang akan bercuti... Yaahhooo...)
Rabu, September 10, 2008
Etika Perubatan Juru X-ray

Di bulan mulia ini, apa kata kalau kita bersama-sama menilai semula apa yang di katakan sebagai Etika Perubatan Juru X-ray. Mungkin ramai diantara kita yang sudah lama tidak membacanya...
ETIKA PERUBATAN JURU X-RAY.
DEFINASI.
Suatu peraturan nilai moral dan prinsip etika (perilaku) untuk para profesional iaitu Juru X-ray (JXR) yang bekerja dengan pesakit.
TANGGUNGJAWAB.
DEFINASI.
Suatu peraturan nilai moral dan prinsip etika (perilaku) untuk para profesional iaitu Juru X-ray (JXR) yang bekerja dengan pesakit.
TANGGUNGJAWAB.
- JXR harus merahsiakan segala hal yang berkaitan dengan butir-butir peribadi pesakit.
- JXR tidak boleh memberitahu pesakit sebarang maklumat yang berkaitan dengan diagnosisnya.
- JXR juga harus memberikan penerangan yang ringkas dan jelas kepada pesakit sebelum melakukan sesuatu pemeriksaan bagi mendapatkan kerjasama mereka.
- Setiap kali pemeriksaan dilakukan, perlindungan sinaran haruslah diberikan kepada pesakit.
- Memberi perkhidmatan dengan bangga dan hormat tanpa mengira umur, kaum, warna kulit, agama, jantina dan juga tanpa mengira kecacatan anggota dan mental.
- Menggalakkan kepercayaan dan keyakinan awam melalui kecekapan, profesional, perilaku serta persembahan diri dan berpiawaian tinggi.
- Melakukan semua prosedur teknikal dengan mengutamakan peraturan keselamatan sinaran yang terkini.
- Menawarkan diri dari melakukan praktis @ prosedur yang tidak bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki. (dalam beberapa keadaan dimana ulasan perlu disampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membantu diagnosis @ rawatan, JXR boleh memberinya).
- Menyimpan atau mengawal kerahsiaan maklumat samada peribadi @ perubatan yang diperolehi (melainkan adalah perlu untuk perundangan di mahkamah).
- Bekerjasama dengan ahli-ahli profesional lain yang berkaitan dalam memberikan jagaan kesihatan yang berkesan.
- Memajukan bidang sains teknologi perubatan melalui usaha-usaha ke arah pembangunan profesional.
- Memberikan perkhidmatan 24 jam kepada pesakit di bahagian Jabatan Kemalangan & Kecemasan.
- Mengendalikan peralatan yang berteknologi tinggi dan mahal harganya.
- Menilai borang permohonan x-ray bagi menentukan maklumat diagnosis.
Elok untuk diingat-ingatkan dan dijadikan amalan...
Isnin, September 01, 2008
Bermulanya bulan Ramadan...

1 September bersamaan dengan 1 Ramadan... Bermulanya Bulan Ramadan hari ini... Biasanya bulan macam nie memang tak banyak aktiviti yang dijalankan...
Semua kakitangan berdebar-debar menantikan jadual tugas; siapa yang dapat bercuti raya dan siapa pula yang perlu bertugas di hari raya ini...
Kepada semua kakitangan diucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalankan tugas...
Semua kakitangan berdebar-debar menantikan jadual tugas; siapa yang dapat bercuti raya dan siapa pula yang perlu bertugas di hari raya ini...
Kepada semua kakitangan diucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalankan tugas...
Langgan:
Catatan (Atom)