AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Julai 09, 2010

Perhimpunan pagi Jumaat, 9 Julai 2010

Penyampai pada kali ini ialah En. Mohamad Norman. Perhimpunan di mulakan dengan bacaan doa, dan diikuti dengan sedikit cerita dan tips untuk menjadi pedoman semua.

9 Tips Menjadikan Hidup Anda Gembira
#1 | Mengenalpasti
Fahami & kenal pasti betul-betul apa yang membuatkan anda akan rasa gembira. Lain orang lain caranya. Mereka ada cara tersendiri untuk jadi ceria. Begitu juga anda. Jangan bandingkan cara mereka dengan cara anda.

#2 | Merancang
Rancangkanlah sesuatu perkara yang anda tahu pasti membuatkan anda gembira kalau anda berjaya mencapainya. InsyaAllah mood anda akan menjadi lebih baik kerana anda berasa yakin dengan diri anda sendiri kerana anda dah ada sesuatu target di depan yang sangat tak ternilai harganya.

#3 | Pergaulan
Bergaullah dengan orang-orang yang sentiasa happy & gembira. Anda akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif jika anda bergaul dengan mereka-mereka yang berperasaan begitu. Begitu juga jika anda bersama-sama orang yang berfikiran positif, emosi mereka juga akan mempengaruhi anda.

#4 | Cara Penyelesaian
Bila terjadi sesuatu masalah, terus cari cara menyelesaikannya daripada anda sibuk menyalahkan orang lain atau diri sendiri. Orang yang benar-benar gembira ialah mereka yang berjaya mengawal mood mereka tanpa dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.

#5 | Berfikir
Berikan beberapa minit setiap hari supaya anda boleh fikir apakah perkara-perkara yang boleh buat anda rasa gembira. Dari sinilah anda berpeluang menjadi lebih fokus kepada benda-benda yang positif di dalam hidup anda. Ianya pasti menjadi anda kekal gembira.

#6 | Hadiah
Penting juga setiap hari anda beri hadiah kepada diri anda sendiri. Pergi lunch makanan kegemaran anda, pergi tengok sukan kegemaran anda kat stadium, mandi jakuzi di pusat istirehat, ataupun membeli pakaian yang anda suka supaya anda lebih handsome atau cantik. Semua ni akan mengekalkan kegembiraan & menjadikan mood anda lebih baik.

#7 | Humor
Cari unsur-unsur humor di dalam pelbagai situasi anda. Memang, ada masanya anda perlu serius. Wujudkan suasana gembira di pejabat, ketika bersarapan pagi ataupun di dalam kereta bersama-sama teman anda.

#8 | Kesihatan
Kekalkan kesihatan anda dalam mencapai kegembiraan sehari-hari. Terlalu gemuk atau anda tak makan makanan yang berkhasiat juga akan efek kepada mood anda. Bersenam, bersukan & beriadahlah kerana ia akan membuatkan anda rasa gembira.

#9 | Kepercayaan
Akhir sekali, anda sendiri perlu tahu pentingnya kebahagiaan dalam diri hidup anda. Orang yang merasakan diri mereka tak berhak hidup gembira, kadangkala mereka sendiri akan sabotaj diri sendiri dalam mencapai kebahagiaan. Kalau boleh, hari-hari anda perlu berkata kepada diri anda sendiri bahawa anda berhak untuk menjadi gembira & bahagia. Ini akan mengingatkan anda kembali apakah langkah-langkah yang patut anda buat untuk menjadi seorang yang benar-benar telah mencapai kegembiraan. (Artikel di ambil dari internet)

Perhimpunan diikuti dengan pengenalan keatas kakitangan yang baru melaporkan diri. 5 orang kakitangan yang melaporkan diri memperkenalkan diri masing-masing.

Perhimpunan diikuti dengan pengumuman dan Pn. Fudziah mengenai pesanan beliau bahawa pelulus kursus pada ketika ini adalah En. Mazli. Beliau juga berpesan untuk menggunakan bilik 9 untuk kes yang melibatkan pesakit peadiatrik.

En. Mazli menyampaikan pesanan kepada semua petugas CT Scan supaya memastikan semua imej di hantarkan ke Jukebox. Ini bagi menelakkan daripada berlakunya imej tidak dapat dijumpai apabila proses pencarian semula dijalankan. Petugas CT Scan dan petugas IT perlu bekerjasama agar kejadian yang tidak diingini tidak berlaku lagi. Protokol juga harus dipastikan untuk diset sebagai autosend bagi jukebox. En. Hishamuddin memaklumkan agar semua Juru X-ray CT Scan supaya menyemak kembali imej yang dihantar supaya ianya terdapat didalam jukebox.

En. Sa'don menyampaikan pesanan yang berupa aduan yang telah diterima oleh beliau mengenai kes MRI yang lewat di jalankan. Semua juru x-ray yang bertugas di unit MRI bagi tugas pagi 7.30-2.30pagi harus memastikan kes dijalankan dengan seberapa segera. Kelewatan menjalankan kes akan mengakibatkan kes akan berlanjutan sehingga malam hari.

Perhimpunan pagi berakhir pada 8.40am dengan ucapan terima kasih dari pengurusi majlis.