AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Isnin, Disember 18, 2023

Keratan akhbar Kosmo 18 Disember 2023 - Radiologi Tunjuang Dalam Dunia Perubatan Moden


Ahad, Disember 17, 2023

Keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 September 2023 - Ceramah Keselamatan MRI bersempana Hari Radiografi Sedunia 2023...

Keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 September 2023 - Ceramah Keselamatan MRI bersempana Hari Radiografi Sedunia 2023...



Jumaat, Disember 15, 2023

Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi & Apresiasi Sempena Akreditasi Penuh Malaysian Society For Quality In Health (MSQH)

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur mewakili Naib Canselor UKM dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi & Apresiasi Sempena Akreditasi Penuh Malaysian Society For Quality In Health (MSQH) Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang diadakan pada 15 Disember 2023 bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM.

Majlis yang dianjurkan bertujuan untuk berkongsi detik istimewa di mana HCTM merupakan hospital pengajar universiti pertama yang memperoleh Pensijilan Penuh Akreditasi MSQH untuk tempoh empat (4) tahun bermula dari 9 Mei 2023 hingga 8 Mei 2027.

Selain itu, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga HCTM yang memberikan komitmen terbaik sebagai satu pasukan dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di hospital dalam memperoleh Pensijilan Penuh Akreditasi MSQH.

Majlis turut menyaksikan Penyampaian Sijil Akreditasi yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Abdul Kadar Marikar, Perunding MSQH dan Wakil Ketua Pegawai Eksekutif MSQH kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM.

Hadir sama, Pengarah-pengarah Hospital, Ahli-ahli Pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Fakulti Perubatan dan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak dan warga HCTM.








Rabu, Disember 13, 2023

Pelantikan semula sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah YBhg. Prof. Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman atas pelantikan semula sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.



Ahad, Disember 03, 2023

Keratan akhbar Sunday Star 20231203 - Perasmian Angio

Sunday Star 20231203