AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Disember 15, 2023

Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi & Apresiasi Sempena Akreditasi Penuh Malaysian Society For Quality In Health (MSQH)

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur mewakili Naib Canselor UKM dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi & Apresiasi Sempena Akreditasi Penuh Malaysian Society For Quality In Health (MSQH) Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang diadakan pada 15 Disember 2023 bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM.

Majlis yang dianjurkan bertujuan untuk berkongsi detik istimewa di mana HCTM merupakan hospital pengajar universiti pertama yang memperoleh Pensijilan Penuh Akreditasi MSQH untuk tempoh empat (4) tahun bermula dari 9 Mei 2023 hingga 8 Mei 2027.

Selain itu, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga HCTM yang memberikan komitmen terbaik sebagai satu pasukan dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di hospital dalam memperoleh Pensijilan Penuh Akreditasi MSQH.

Majlis turut menyaksikan Penyampaian Sijil Akreditasi yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Abdul Kadar Marikar, Perunding MSQH dan Wakil Ketua Pegawai Eksekutif MSQH kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM.

Hadir sama, Pengarah-pengarah Hospital, Ahli-ahli Pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Fakulti Perubatan dan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak dan warga HCTM.








Tiada ulasan: