AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Ogos 17, 2018

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Universiti Awam (UA) Malaysia Kali ke 14

Dimaklumkan bahawa Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Universiti Awam (UA) Malaysia Kali ke 14 telah diadakan dengan jayanya pada 13-16 Ogos 2018 di Universiti Malaya (UM). Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Benuacipta, Jabatan Perkhidmatan Radiologi, HCTM yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam konvensyen berkenaan. Kumpulan KIK Benuacipta dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, HCTM telah berjaya memenangi beberapa anugerah seperti yang berikut :
  • Naib Johan Kategori Teknikal
  • Anugerah Emas
Konvensyen KIK UA ini merupakan satu konvensyen KIK yang tertinggi diperingkat Univesiti Awam Malaysia dengan melibatkan penyertaan semua UA dan 37 Kumpulan KIK pada tahun 2018. Ia juga sebagai medan kepada Kumpulan-kumpulan KIK UA untuk membentangkan hasil projek inovasi mereka dan dinilai oleh panel juri yang profesional.

Syabas dan tahniah kepada Pengarah Eksekutif Pentadbiran & Pengurusan Kualiti-UKM yang memberikan sokongan padu dan semua Ahli Kumpulan KIK UKM yang membuat persembahan mantap dalam Konvensyen KIK UA serta telah melonjakkan lagi nama UKM di peringkat Univesiti Awam Malaysia.


Jumaat, Ogos 10, 2018

Mesyuarat Pengurusan Bil 2/2018

Mesyuarat Pengurusan Bil 2/2018 telah diadakan pada:

Tarikh: 10 Ogos 2018
Hari: Jumaat
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi

Ini adalah mesyuarat pertama bagi ketua jabatan baru Prof Madya Dr Rozman Zakaria. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengetahui status semua unit yang berada di Jabatan Radiologi. Turut dihadiri adalah wakil dari pengurusan Jabatan Perubatan Molekul dan Perubatan Nuklear.







Rabu, Ogos 08, 2018

Perhimpunan pagi 8 Ogos 2018

Perhimpunan pagi 8 Ogos 2018 pada kali ini telah di kendalikan oleh En. AHMAD UMAR RUSYDI BIN AHMAD... Semasa perhimpunan diadakan kakitangan baru En. AHMAD NORFAIZUL FIKRI BIN MOHD FAUZI telah diperkenalkan.