AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, November 28, 2008

Perhimpunan Mingguan Jabatan Radiologi...

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hairul Faizal...

Beliau kemudian mula bercerita tentang pengurusan masa yang baik...

Masa itu emas. Itulah perumpamaan yang kita selalu dengar semenjak dari kecil lagi. Kita sebagai manusia di muka bumi ini tidak dapat lari dari daripada peredaran masa. Dunia berputar pada paksinya. Barang yang cantik lama kelamaan akan menjadi lusuh dan buruk. Setiap yang bernyawa akan mati. Begitulah ungkapan yang jelas menunjukkan masa tidak menunggu kita malah meninggalkan kita tanpa kita sedari. Saya masih ingat lagi tahun 2008 dirasai baru sahaja diraikan namun pada hari tarikh 28 November 2008 ada sebulan lagi untuk kita menyambut tahun baru 2009. Begitulah cepatnya masa berlalu pergi. Umur saya kini 29 tahun akan bertambah menjadi 30 tahun pada 2009 dan begitulah seterusnya dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun umur kita akan meningkat sehinggalah malaikat maut menyabut nyawa dan saat itu nadi kita akan terhenti buat selama-lamanya.

Dalam Islam, masa amat dititikberatkan dan ianya jelas terkandung dalam sepotong ayat Al-Qur'an yang berbunyi;

Demi masa sesungguh seseorang itu di dalam keadaan kerugian melainkan orang yang mengerjakan amalan soleh dengan penuh ketaatan dan dengan penuh kesabaran.

Masa juga meninggalkan memori kepada kita. Cuba kita imbas kembali masa yang telah berlalu pergi. Dari kecil kita telah dilahirkan dan dari klecil kita telah mengenal ibu dan ayah. Adakah anda pernah terfikir suatu hari nanti anda juga akan menjadi seperti mereka? Percaya atau tidak realitinya itulah yang anda lihat pada hari ini. Kita sekarang sudah melalui kehidupan zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa dan zaman berumahtangga. Ada sebilangan antara kita sudah bergelar ibu ayah dan rata-rata dari kita telah oun mempunyai anak. Anak-anak kita membesar menjadi dewasa. Kita akan menjadi tua. Begitulah peredaran masa mengubah kita sekelip mata.

Apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah menyentuh mengenai kesedaran bahawa masa itu penting dan perlulah diuruskan secara berhemah. Semua orang di dunia diberi masa 24 jam sehari muktamad tanpa ada lebih atau kurang. Justeru itu pengurusan masa yang baik dalam kehidupan dapat memberi manfaat kepada kita denngan mengimbangi kehidupan di dunia dan di akhirat.

Kita sebagai kakitangan radiologi harus peka kepada perkitaran di tempat kerja. Jabatan radiologi memberi perkhidmatan perubatan kepada pesakit memerlukan komitmen 100% daripada kita semua.Saya juga mengingati diri saya sendiri dan sahabat-sahabat supaya bekerja dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas semoga kerja-kerja yang kita lakukan diberkati Allah s.w.t. Jika sebelum ini kita ada mencuri masa bekerja haruslah kita sedar untuk berubah supaya kita dapat menghargai masa yang ada kepada pesakit yang memerlukan perkhidmatan kita. Gunalah masa terluang dengan melakukan perkara yang baik dan peruntukan masa rehat dengan sewajarnya tanpa melebihi tempoh masa yang diteteapkan. Kita juga boleh saling ingat mengingati antara sahabat-sahabat agar sentiasa menghargai masa dan bantu membantu dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Moga artikel ini dapat menyedarkan kita daripada sikap lalai dan kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah memberkati niat dan doa kita di pagi yang mulia ini.

Rabu, November 26, 2008

Ceramah mengenai Angio-Seal enclosure device...

Ceramah mengenai Angio-Seal telah diadakan pada 26 November 2008... Ceramah ini diadakan untuk memperkenalkan product yang dinamakan sebagai Angio-seal yang bertujuan untuk menutup kawasan tebukan jarum selepas menjalani prosedur angiografi dengan mudah...

Dengan penggunaan alatan ini, pegawai perubatan tidak lagi perlu untuk membuat tekanan keatas kawasan tebukan pesakit yang menjalani prosedur angiografi selepas prosedur selesai dijalankan...

Ceramah yang berlangsung selama 30 minit ini dihadiri oleh pakar radiologi, pegawai perubatan, juru x-ray dan jururawat dari Jabatan Radiologi... Selain daripada ceramah yang diadakan, pertunjukan video dan demonstarsi bagi menerangkan cara penggunaan Angio-Seal juga diterangkan... Demonstrasi yang diadakan memberikan peluang untuk semua yang hadir mencuba mengunakan peralatan tersebut menggunakan phantom yang disediakan...

Isnin, November 24, 2008

Tapak web Jabatan Radiologi Versi 3 sudah on-line...

Berita baik untuk semua... Tapak Web Jabatan Radiologi Versi 3, Jabatan Perkhidmatan Radiologi sudah boleh di akses oleh semua...

Tapak web Jabatan Perkhidmatan Radiologi ini adalah kesinambungan kepada tapak web yang lepas dan dibangunkan sejajar dengan perkembangan IT di Jabatan Radiologi yang begitu rancak dan tidak boleh dipisahkan lagi...

Tapak web tersebut boleh di capai di http://radiologi.ppukm.ukm.my/

Tahniah kepada Team Grafik Unit IT-PACS di atas kejayaan menyediakan Tapak Web yang membanggakan kita semua... Team Grafik Unit IT-PACS yang di ketuai oleh En. Ruzi ini telah mengambil masa selama 3 bulan untuk menaiktaraf tapak web yang sedia ada untuk menjadikannya lebih menarik dan interaktif untuk dilawati...

Sila nyatakan sebarang maklumbalas dan komen anda mengenai tapak web yang baru dilancarkan ini... Segala maklumbalas dan komen anda amatlah dihargai demi meningkatkan kualiti tapak web agar ianya menjadi unggul dan releven untuk dikunjungi...

Untuk pengetahuan semua pembaca, selain dari Team Grafik, Unit IT-PACS Jabatan Perkhidmatan Radiologi juga mempunyai Team Teknikal dan Team Multimedia yang mempunyai agenda tersendiri didalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di Jabatan Radiologi...

Mesin laminate sudah boleh digunakan...

Mesin laminate yang mengalami kerosakan telah diperbaiki dan sedia untuk digunakan... Mesin yang mengalami kerosakan ini disebabkan oleh terdapatnya serpihan plastik laminate yang tertinggal di dalam mesin tersebut...

Sila berhati-hati dan mengikut manual yang telah disediakan semasa menggunakan mesin laminate agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi... Terima kasih kepada Tn. Hj. Yussman kerana menghantar mesin tersebut untuk diperbaiki... Dengan adanya mesin laminate ini, diharapkan kerja-kerja 5s yang tertangguh akan dapat dimulakan semula secepat yang mungkin...

Jumaat, November 21, 2008

Server jukebox telah dipindahkan ke Bilik IT-PACS...

Server jukebox untuk penyimpanan imej telah dipindahkan ke Bilik IT-PACS... Sebelum ini sever berkenaan berada di bilik CT Scan... Pemindahan server ini bertujuan untuk:
  1. Ruangan didalam bilik IT-PACS lebih bersih dari habuk dan kotoran kerana lebih tertutup dan tidak terlalu terdedah dengan laluan utama...
  2. Mempunyai suhu yang lebih sejuk untuk sebuah server beroperasi dengan lebih lancar dalam jangkamasa panjang...
  3. Memudahkan database dan imej di kawalselia oleh petugas di Bilik IT-PACS...
  4. Lebih selamat kerana akan sentiasa dipantau sepanjang masa oleh petugas di Bilik IT-PACS...
  5. Ruang di Bilik CT-Scan dapat di gunakan dengan sebaik mungkin dengan ketiadaan server ini...
Semoga dengan pemindahan server ini, akan dapat melicinkan lagi perkhidmatan di Jabatan Radiologi...

Perhimpunan mingguan Jabatan Radiologi...

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr. Nik Azuan Nik Ismail...

Kemudian diikuti dengan satu kisah benar mengenai seorang lelaki yang tidak mengenal penat untuk berusaha mencipta kejayaan... Cerita tentang orang yang bernama Colonel Harland Sanders... Beliau sepertimana yang semua tahu adalah pengasas bagi KFC...

Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan beliau, suka duka dan sikap beliau yang tidak menyerah kalah (never give up) dan tidak pernah merasa sudah terlewat (never too late) dengan apa yang ingin di lakukan... Ianya mengisahkan tentang keupayaan seseorang, walaupun sudah tua dan meningkat umurnya, tapi masih lagi gigih, persistans dan berani mencuba benda baru...

Beliau telah berhenti sekolah gred 7 (form 1 di Malaysia) dan tak belajar secara formal selepas itu... Di sepanjang hidupnya, beliau telah melakukan bermacam-macam pekerjaan, pernah menjadi pemandu bot stim, menjual insurans dan membuka restoran... Pada umurnya 30 tahun beliau sudah mempunyai stesyen minyaknya sendiri. Semasa berumur 40 tahun pula beliau sudah mempunyai restorannya sendiri... Pernah satu ketika restoran beliau mengalami kebakaran, tetapi beliau telah membinanya semula...

Restoran beliau terletak berhampiran dengan laluan utama... Dari situ lah beliau mendapat keuntungan menjual ayam... Tetapi lama kelamaan beliau sudah tidak mempunyai untung kerana terdapat laluan baru (highway) yang telah dibuka melintasi kawasan tersebut dan kenderaan tidak lagi sibuk melalui jalan utama tempat beliau berniaga...

Restoran beliau sudah tak laku lagi... Pada masa itu umur beliau sudah 65 tahun, apa yang beliau ada hanyalah sebuah kereta dan duit pencen bulanan sebanyak $100 dan resepi istimewa ayam gorengnya... Beliau bertekad diatas kepercayaan kepada resepi ayam gorengnya itu untuk menjalankan perniagaan francise...

Beliau menutup restorannya dan memandu kereta dari sebuah restoran ke restoran yang lain untuk menjalankan perniagaan franciase ayam... Setiap ketul ayam yang dijual, beliau akan mendapat sebanyak $0.05... Beliau mula pergi ke sebuah restoran dan ke sebuah restoran yang lain untuk menjaja konsep perniagaannya... Sehingga ke restoran ke 3, 4 dan ke5, kesemua restoran tersebut tidak mahu menerima konsep penjualan ayam tersebut... Ini adalah satu konsep perniagaan yang baru, semua tidak bersetuju apabila mereka menjual ayam, duit sebanyak $0.05 perlu di serahkan kepada Colonel Sanders pula...

Sehinggalah percubaan ke 1009 dilakukan oleh beliau, barulah ada yang bersetuju untuk menerima konsep perniagaan itu... Selepas 2 tahun, belau hanya berjaya mendapat francise sebanyak 5 restoran sahaja... Tetapi itu tidak melemahkan semangat beliau untuk berusaha dengan lebih gigih lagi... Beliau terus berusaha secara konsistace dan percaya dengan tindakan dan konsep perniagaan yang beliau jalankan...

Sehingga ke hari ini, boleh dikatakan setiap negara sudah mempunyai restoran KFC nya sendiri... Berkat usaha beliau yang tidak kenal penat dan terus berusaha walaupun sudah meningkat umurnya telah mencapai kejayan sehingga ke hari ini... Kejayaannya bukan datang dengan mudah... Setiap usaha yang di lakukan tidak pernah kenal penat dan jemu (presistance)...

Sebagai moralnya, boleh disimpulkan di sini, setiap kerja yang dilakukan, kita haruslah sentiasa presistan, walaupun sudah lanjut usia atau memikirkan sudah tidak ada masa lagi, kita seharusnya terus berusaha dan jangan mudah mengalah dengan apa jua yang ingin dilakukan dan yang pastinya setiap usaha yang dilakukan dengan bersusnguh-sungguh akan membuahkan hasil pada akhirnya...

Perhimpunan telah ditamatkan dengan ucapan terima kasih oleh Dr. Nik Azuan...

Khamis, November 20, 2008

Format terbaru Program CME Jabatan Radiologi :: Berkuatkuasa mulai tahun 2009...


Mulai tahun 2009 Jabatan Perkhidmatan Radiologi akan mengadakan CME bulanan mengikut kaedah berikut:


  • CME bulanan Jabatan Perkhidmatan Radiologi akan diadakan pada hari Khamis minggu ke-2 setiap bulan waktu tengah hari. Sekiranya cuti, hari khamis minggu berikutnya adalah hari CME akan diadakan.
  • Penyelia CME dalaman jabatan akan menyediakan jadual bagi penceramah dan pengerusi majlis CME.
  • Sebarang pertukaran bagi jadual penceramah dan pengerusi boleh dilakukan sesama sendiri dengan persetujuan dan di maklumkan kepada penyelia CME dalaman jabatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab penceramah dan pengerusi majlis untuk mencari pengganti sekiranya beliau tidak dapat untuk hadir pada hari berkenaan.
  • Tajuk ceramah adalah bergantung kepada penceramah berkenaan (berkaitan dengan bidang tugas) dan ianya perlu mendapat kelulusan dari penyelia CME dalaman jabatan.
    Semua kakitangan yang menghadiri program CME menandatangani rekod kehadiran yang disediakan.
  • Kehadiran CME adalah wajib bagi semua kakitangan, markah kehadiran akan diberikan. Sekiranya kakitangan tidak hadir ke CME sebanyak 2 kali secara berturut-turut, surat tunjuk sebab haruslah diberikan kepada penyelia CME dalaman jabatan.
  • Penceramah CME akan diberikan markah penceramah dan pengerusi majlis CME akan diberikan markah pengerusi.
  • Markah akan dikumpulkan sehingga akhir tahun dan akan digunakan sebagai markah penilaian SMPK pada tahun berkenaan.
  • Berikut adalah tatacara permarkahan bagi program CME Jabatan Perkhidamatan Radiologi.

    a. Kehadiran ceramah - 1 markah.
    b.Pengerusi majlis - 3 markah.
    c.Penceramah - 5 markah.

TANGGUNGJAWAB PENCERAMAH CME

  • Memastikan topik ceramah di persetujui oleh Penyelia CME dalaman jabatan.
  • Menyediakan powerpoint presentation yang diperlukan.
  • Jangka masa ceramah adalah tidak kurang dari 15 minit.

TANGGUNGJAWAB PENGERUSI MAJLIS CME

  • Menjadi pengerusi majlis semasa program CME dijalankan.
  • Pengerusi hendaklah memastikan bahawa dewan seminar disediakan untuk sesi tersebut.
  • Pengerusi memastikan semua kakitangan yang tidak bertugas diwajibkan hadir pada ceramah yang disediakan.

CME Bulan November Jabatan Radiologi

CME pada bulan ini dibentangkan oleh Safwan Hashim... Tajuk pembentangan beliau adalah mengenai CT Perfusion... CME yang di jalankan pada kali ini juga dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Zahiah... Cik Azmira Ahmad telah dilantik sebagai pengerusi majlis bagi program CME pada bulan ini... CME di mulakan dengan ucapan salam dan pengenalan mengenai penceramah yang akan menyampaikan ceramahnya...

En. Safwan memulakan ceramahnya mengenai pengenalan mengenai apa itu CT perfusion dan serba sedikit tentang tujuan prosedur CT perfusion ini dilakukan... Beliau meneruskan penerangan mengenai penyakit stroke yang boleh dikesan dengan mudah menggunakan CT perfusion...

Beliau meneruskan ceramahnya dengan penerangan mengenai kaedah dan parameter yang digunakan bagi prosedur CT perfusion ini... Beliau menerangkan CT perfusion dimulakan dengan CT brain biasa; tanpa kontars, diikuti dengan prosedur CT perfusion, CTA Head dan akhir sekali post-contras CT brain...

Penerangan yang jelas dan dibantu dengan contoh imej dalam bentuk keratan rentas mudah untuk difahami untuk semua yang hadir... Kes CTA perfusion sudah dijalankan di Jabatan Perkhidmatan Radiologi sejak jabatan menerima mesin Siemens Sensation 64 slice CT agak mengelirukan sebelum ini telah menjadi mudah dilakukan dengan adanya penerangan seumpama ini... Ceramah yang diadakan juga telah banyak memberikan maklumat yang lebih jelas tentang prosedur yang dijalankan...

Ceramah yang diadakan telah menerangkan tentang teknik untuk melakukan CT Perfusion sahaja, penerangan mengenai cara untuk menginterpretasi imej yang dihasilkan akan di terangkan oleh Prof Madya Dr. Sobri pada sesi CME yang akan datang...

Di akhir sesi CME pada kali ini... Pn. Roslaili yang ditugaskan untuk mengendalikan CME Jabatan menerangkan mengenai format baru program CME jabatan yang akan bermula pada tahun hadapan... Format baru yang dicadangkan oleh Pn. Roslaili akan memberikan peluang kepada semua yang diundi untuk memberikan ceramah dan menjadi pengerusi majlis...

Terima kasih kepada En. Safwan kerana telah memeberikan satu ceramah yang menarik dan padat... Tidak dilupakan kepada Cik pengerusi majlis yang sudi untuk mempengurusikan majlis walaupun beliau hanya dilantik dalam saat-saat akhir majlis diadakan... Komitment, kesungguhan dan keberanian semua didalam menjayakan program CME Jabatan Radiologi pada kali ini amat dibanggakan... Semoga program ini akan membantu kita semua didalam menambahkan pengetahuan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Radiologi yang di kasihi...

Mesin CR Kodak mengalami kerosakan...

Mesin CR Kodak mengalami kerosakan pada jam 11.00 tengahari... Kejadian ini telah menimbulkan masalah yang besar kepada kakitangan yang bertugas di Unit Radiografi Am... Jabatan Radiologi yang hanya mempunyai 2 buah CR reader amat bergantung penuh kepada mesin CR ini... Sebuah lagi mesin CR telah lama mengalami kerosakan dan sedang menunggu parts untuk diperbaiki... Kerosakan mesin ke-2 ini telah menjejaskan perkhidmatan jabatan yang terpaksa menggunakan kaedah manual selama 5 jam sebelum ianya diperbaiki...

Pihak kodak telah dihubungi dan berjaya memperbaiki mesin tersebut yang mengalami masalah perisian pada jam 4.00 petang... Terima kasih kepada semua pihak yang membantu didalam menyelesaikan masalah tersebut dalam masa yang singkat... Kerosakan yang dialami telah menimbulkan tandatanya, adakah Jabatan memerlukan sebuah lagi mesin CR Reader sebagai backup sekiranya keadaan seumpama ini berlaku lagi... Apa kata anda semua? Berikan maklumbalas anda...

Rabu, November 19, 2008

Lawatan IT-PACS ke Hospital Sg. Buloh...

Lawatan ini adalah siri kedua diantara 3 lawatan yang akan dibuat oleh Unit IT-PACS, Jabatan Perkhidmatan Radiologi... Lawatan kali ini disertai oleh En. Zainal, En. Mohamad Norman, En. Ruzi, En. Metdahie, Pn. Che Asmira dan Cik Wan Noor Afzan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pengalaman mengenai aliran kerja kakitangan radiologi hospital berkenaan dengan sistem RIS dan PACS.

Lawatan telah di mulakan dengan penerangan ringkas mengenai jabatan radiologi hospital yang baru 2 tahun beroperasi, sistem rangkaian komputer dan Health Information System (HIS) dari ketua jabatan, Pn Rachel St. Maria. Ketua jabatan kemudiannya menyerahkan tugas kepada Pegawai sains, En. Norawzin merangkap pegawai IT-PACS. Penjelasan selanjutnya dimulakan dari kaunter utama jabatan radiologi iaitu mengenai Radiology Information System (RIS) dari IBA Health Group (Malaysia). Sistem rangkaian setempat ini berasal dari India. Setiap capaian sistem ini dimulakan dengan tetingkap utama. Kemudian kakitangan hospital di jabatan tertentu akan memilih tetingkap jabatan mereka masing-masing. Jikalau pesakit yang hendak diperiksa belum pernah berdaftar dengan hospital berkenaan, kakitangan di situ boleh membuat nombor pendaftaran untuk pesakit berkaitan. Kakitangan jabatan radiologi juga boleh memberi nombor pendaftaran yang baru kepada pesakit yang pertama kali berkunjung ke hospital berkenaan. Tindakan capaian sistem mesti juga dibuat di bilik pemeriksaan untuk mengsahkan waktu mula dan tamat pemeriksaan. Sistem ini mesti diawasi dengan baik supaya capaian pengguna berdaftar berkaitan tidak dipakai oleh orang lain. Tulisan dalam sistem ini cukup kecil untuk dibaca dengan jarak yang sederhana jauh.

Pegawai sains membawa kami ke kawasan kerja di mana sistem x-ray berkomputer digunakan sepenuhnya. Semua pemeriksaan x-ray tidak melibatkan pengguna filem. Imej yang dihasilkan menjadi rakaman dalam sistem dan rangkaian komputer, PACS. Ruang kerja disesuaikan dengan rekabentuk jabatan dan hospital yang berfungsi menerima kes-kes penyakit berjangkit. Setiap bilik pemeriksaan mempunyai komputer RIS untuk juru x-ray memula dan menamatkan pemeriksaan yang dibuat sebagai tambahan kepada aliran kerja juru x-ray. Mesin x-ray Siemen digabungkan dengan peralatan rakaman imej kodak. Kemudahan merakam imej panjang seperti keseluruhan turus tulang belakang juga boleh didapati di sini. Imej berkenaan dirakam dengan mengguna satu pemegang kaset Siemens dengan 4 kaset kodak saiz khas tanpa memerlukan pencantuman semula imej. Mesin pembaca kaset, kodak single loader ditempatkan di setiap bilik pemeriksaan. Mesin ini adalah lebih tahan lama, tinggi penjimatan kos selenggara dan kurang terdedah dengan kekotoran kerana tidak melibatkan mekanikal yang besar seperti mesin multiloader. Penggunaan mesin single loader ini amat praktikal di sini kerana beban kerja di hospital berkenaan yang masih rendah.

Lawatan ke Unit pemeriksaan imbasan CT dan MRI tidak mengambil masa yang lama kerana modaliti digunakan adalah hampir sama dengan PPUKM. Kawasan pemeriksaan angiografi agak luas menunjukkan mesin Siemen yang masih mengguna rakaman pengamat imej tidak seperti pengesan digital yang terdapat di PPUKM. Sistem arkib kekal angiografi dan semua modaliti lain dikendalikan sepenuhnya oleh jabatan teknologi maklumat. Lawatan ke jabatan berkenaan tidak dapat diteruskan kerana surat permohonan melalui saluran tertentu diperlukan. Lawatan diteruskan ke unit x-ray jabatan kecemasan yang juga dibawah PACS. 1 bilik pemeriksaan x-ray biasa dan 1 bilik imbasan CT terdapat di kawasan utama. 1 bilik pemeriksaan x-ray biasa pula disediakan di kawasan merah.

Kumpulan lawatan menikmati makan tengahari sebelum meneruskan lawatan ke bahagian belakang kawasan kerja. Kawasan ini menempatkan pencetak filem kodak dan pengimbas filem yang juga digunakan untuk mengimbas borang permohonan x-ray. Imej borang yang diimbas tidaklah sempurna sepertimana borang asal. Hospital ini banyak menerima pesakit-pesakit dari pusat perubatan di sekitar Sg. Buloh. Terdapat juga pesakit dari Tanjung Karang. Pesakit-pesakit ini memerlukan pencetakan filem x-ray. Akhir sekali, penjelasan diberi tentang masalah-masalah yang pernah dan sedang dihadapi oleh IT-PACS di jabatan berkenaan.

Kumpulan lawatan ke Jabatan Pengimejan Diagnostik berasa berpuas hati dengan lawatan kali ini dan berasa amat teruja dengan persiapan dan sambutan yang telah dilakukan oleh pengurusan Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Sg. Buloh. Penerangan yang jelas dan jujur tentang sistem-sistem yang digunakan amat membantu kumpulan lawatan menambah pengetahuan di dalam sistem RIS dan PACS yang digunakan. Pengalaman yang diperolehi semasa sesi lawatan ini amat berharga untuk semua ahli yang turut serta. Ianya akan membantu didalam meningkatkan kualiti dan perkhidmatan Jabatan Radiologi PPUKM amnya dan Pusat Perubatan UKM khasnya.

Kerja naik taraf tandas kakitangan...

Kerja naik taraf tandas kakitangan akan mula dijalankan mulai hari ini... Kerja-kerja pengubahsuaian akan mengambil masa selama 1 bulan... Di harapkan semua kakitangan dapat bersabar dengan masalah yang timbul disebabkan tandas tidak dapat digunakan... Kerja-kerja yang dilakukan adalah untuk kemudahan kita semua dimasa hadapan...

Selasa, November 18, 2008

Mesin Laminate mengalami kerosakan...

Mesin laminate yang baru sahaja diperolehi oleh Jabatan Radiologi telah mengalami kerosakan... Kejadian berlaku semasa proses untuk laminate sedang dijalankan oleh kumpulan 5s... Ianya mungkin disebabkan oleh keadaan suhu mesin tersebut yang tidak menentu dan mencairkan plastik laminate yang sedang digunakan...

Mesin laminate yang telah mengalami kerosakan telahpun dihantar oleh En. Yussman ke kedai untuk diperbaiki... Kejadian ini akan memperlahankan perjalanan program 5s yang agak rancak semenjak mesin laminate ini diperolehi... Diharapkan proses pembaikan tidak mengambil masa yang lama kerana kumpulan2 5s amat memerlukannya...

Buat sementara waktu, sebagai alternatif, sebarang perkhidmatan laminate boleh diperolehi di Unit Sokongan Media, PPUKM...

Kelas Angiografi

Kelas update mengenai Angiografi telah diadakan lagi pada hari ini... Kelas yang diadakan di bilik tutorial dari jam 4.00 hingga 5.00 petang telah dihadiri oleh Juru X-ray dan Jururawat yang bertugas di unit EIR...

Kelas pada kali ini telah dikendalikan oleh En. Mohamad Norman... Topik kelas pada hari ini adalah bertajuk "Guidewire" dan peralatan lain yang biasa digunakan bagi prosedur EIR... Kelas yang telah diadakan telah memberi peluang kepada semua kakitangan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman untuk digunakan semasa menjalankan tugas di Unit EIR Jabatan Radiologi PPUKM...

Mulai tahun hadapan jadual akan di susun untuk memberikan pendedahan kepada semua petugas di Unit EIR didalam membuat pembentangan tentang topik yang berkaitan dengan bidang Endovaskular dan Intervensi Radiologi... Kelas akan diadakan lagi setiap hari Selasa petang jam 4.00-5.00... Semua kakitangan di galakkan hadir untuk menambahkan pengetahuan mengenai bidang EIR ini...

Jamuan makan sempena kenaikan pangkat dan perlantikan baru...

Sebuah jamuan makan telah diadakan bagi meraikan kakitangan Jabatan Radiologi yang telah di naikkan pangkat dan yang baru menjadi warga Jabatan Radiologi...

Semua kakitangan Radiologi telah diraikan dengan nasi beryani special dari Restoran Fayas... Nasi beryani lauk ayam/kambing dan kek Secrect Recepie menjadi hidangan semua kakitangan pada tengahhari ini...

Jamuan ini adalah jamuan fasa pertama... Jamuan akan diadakan lagi bagi fasa ke dua pada masa akan datang... Nantikan kemunculannya...

Tahniah kepada semua yang telah dinaikkan pangkat... dan selamat bertugas kepada mereka yang baru dilantik dan menjadi warga Jabatan Radiologi (kerja rajin2 yer)...

Jumaat, November 14, 2008

Perhimpunan Mingguan Jabatan Radiologi

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dari Dr. Hamzaini...

Kemudian perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada En. Zainuddin yang bertajuk, ‘5 punca utama kenapa orang tidak dapat memperkembangkan atau tidak menggunakan potensi diri’.

Pertama, menafikan potensi diri iaitu seseorang itu lebih senang menafikan potensi diri yang mereka miliki. Contohnya apabila diberi peluang dia akan mencadangkan orang lain disebabkan oleh rasa rendah diri dan tidak yakin terhadap keupayaan diri sendiri.

Kedua, terlalu fokus kepada kelemahan sendiri hingga lupa kepada perkara yang dia boleh lakukan. Sedikit kelemahan diri yang ada pada dirinya membuatkan dia tidak boleh melakukan apa-apa yang dapat memperkembangkan potensi dirinya.

Ketiga, sikap suka bertangguh yang akhirnya terlepas peluang untuk memperkembangkan potensi diri. Contohnya, sikap selalu berkata, “tengok dululah”, “kemudianlah”, dan “takkan lari gunung dikejar”.

Keempat,sikap takut kepada kegagalan. Baginya, cara yang paling selamat untuk menghindarkan kegagalan ialah dengan tidak melakukan apa-apa. Ramai orang yang sering melakukan perkara ini tanpa menyedari mereka sebenarnya tidak melakukan apa-apa dan itu adalah satu kegagalan.

Kelima, sikap tidak mahukan tanggungjawab. Golongan ini lebih senang membiarkan orang lain melakukannya dan lebih seronok meletakkan tanggungjawab pada orang lain. Akhirnya dia menjadi seorang manusia yang tidak bertanggungjawab.

En. Zainuddin membuat kesimpulan bahawa setiap orang dilahirkan unik bukan sahaja dari segi rupa paras tetapi juga dari segi potensi diri masing-masing. Keunikan seseorang itu lain dari yang lain, serta hebat dan istimewa.

Perhimpunan diteruskan lagi dengan beberapa pengumuman. Dr. Hamzaini menyampaikan tiga pengumuman iaitu yang pertama mengenai lampu bilik tutorial yang kecil dan besar tidak dipadamkan apabila tidak digunakan. Yang kedua, berkenaan etika pakaian ketika bekerja. Diharap semua kakitangan dapat berpakaian kemas walaupun ketika berkerja ‘on call’. Ketiga, berkenaan borang-borang pemeriksaan CT scan yang bertimbun di bilik CT scan hujung. Diharap semua MO yang bertugas memastikan samada borang-borang tersebut telah dijalankan pemeriksaan atau tidak dan telah dilaporkan keputusan pemerikasaan atau tidak.

En. Hishamudin memberi teguran kepada semua kakitangan mengenai 5S kerana perkembangannya sangat perlahan setelah masuk bulan ketiga dan tidak ada sebarang perubahan.

Prof. Zahiyah juga membuat teguran berkenaan pakaian ketika bekerja serta lampu yang tidak dipadamkan apabila digunakan. Beliau menyarankan agar dibuat nota seperti ‘sila padamkan lampu apabila tidak digunakan’. Beliau juga membuat pengumuman berkenaan masalah disiplin kakitangan. Beliau mengingatkan kakitangan kerajaan boleh dibuang kerja jika tidak ada sebarang perubahan selepas diberi teguran dan tindakan disiplin. Berkenaan dengan ISO, MSQH, dan 5S, kebanyakan orang yang sama yang terlibat. Beliau berharap kakitangan yang lain dapat bersama-sama menjalankannya dan tidak mengharapkan individu yang bertanggungjawab mengetuai sesuatu tugas itu.

Rabu, November 12, 2008

Lawatan IT-PACS ke Hospital Ampang

Lawatan ini adalah siri pertama diantara 3 lawatan yang akan dibuat oleh Unit IT-PACS, Jabatan Perkhidmatan Radiologi... Lawatan kali ini disertai oleh En. Zainal, En. Mohamad Norman, En. Mohamad Nor Affendi, En. Nor Azhar, Cik Noor Adila dan Cik Rohaida.... Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pengalaman mengenai workflow sistem RIS dan PACS yang digunakan di hospital berkenaan....

Lawatan telah di mulakan dengan pembentangan mengenai sistem komputer, rangkaian dan Total Health Information System (THIS) dari Ketua Jabatan IT Department Hospital Ampang... Ianya kemudian di ikuti dengan pembentangan mengenai Radiology Information System (RIS) dari IBA Health Group (Malaysia)... Pembentangan terakhir pada pagi tersebut adalah mengenai sistem Picture Archiving and Communication System (PACS) oleh Syarikat GE...

Selepas sesi pembentangan dan soal jawab diadakan, kumpulan lawatan telah dibawa melawat sekitar Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang... Lawatan dimulakan dengan paparan mengenai bagaimana kaunter menerima pesakit, sistem yang digunakan di X-ray AM sehinggalah selesai pemeriksaan dijalankan... Tatacara bagaimana imej dihantar dan distor juga dimuatkan dalam penerangan yang diberikan oleh pihak Jabatan... Kami juga dibawa melawat ke Bilik CT Scan, MRI, Angiografi dan bilik Mamografi...

Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang menawarkan sistem filemless ini semenjak Disember 2007... Tidak banyak masalah yang dihadapi semasa menggunakan sistem ini kerana ianya memang dirancang sebagai sebuah Hospital yang mengamalkan sistem THIS... Tidak ada lagi filem digunakan, semua penyimpanan imej dilakukan didalam sebuah server berpusat yang terletak di IT Department... Filem hanya akan dicetak / CD di bekalkan sekiranya pesakit perlu dipindahkan ke hospital yang lain... Lawatan ini telah telah diakhiri dengan lawatan ke IT Departmet dan Jabatan Kecemasan...

Kumpulan lawatan ke Jabatan Pengimejan Diagnostik berasa berpuas hati didalam lawatan pada kali ini... Kumpulan juga berasa amat teruja dengan persiapan dan sambutan yang telah dilakukan oleh pengurusan Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang diatas layanan kumpulan lawatan semasa kami berada disana... Penerangan yang jelas dan jujur tentang sistem-sistem yang digunakan amat membantu kumpulan lawatan didalam menambahkan pengetahuan didalam sistem RIS dan PACS yang digunakan... Pengalaman yang diperolehi semasa sesi lawatan ini amat berharga untuk semua ahli yang turut serta... Ianya akan membantu didalam meningkatkan kualiti dan perkhidmatan Jabatan Radiologi PPUKM amnya dan Pusat Perubatan UKM khasnya...

Isnin, November 10, 2008

Mesin MRI sudah dibaikpulih...

Mesin MRI Siemens Avanto sudah dibaikpulih dan boleh digunakan mulai hari ini... Punca kerosakan masih lagi tidak dapat dikenalpasti... Pihak Siemens akan terus memantau dan mengawasi beberapa perkara yang mungkin boleh mengakibatkan perkara seumpama ini berlaku lagi...

Juru X-ray yang betugas di unit MRI juga perlu membuat pemantauan terhadap sebarang perubahan suhu dan ralat-ralat bagi mengelakkan dari perkara seumpama ini berlaku lagi...

Perkhidmatan radiologi sudah kembali pulih seperti biasa di unit MRI setelah mesin ini diperbaiki...

Ahad, November 09, 2008

5s@kura-kura


Jabatan telah melancarkan program 5S pada Julai 2008. Didapati perjalanan program tersebut amat perlahan. Ini mungkin disebabkan kekangan beban tugas harian yang terpaksa dilalui oleh ketua-ketua kumpulan dan ahli-ahlinya. Ianya ibarat sang kura-kura untuk mencapai matlamat dan impian yang diharapkan yang akhirnya hasil kerja yang baik dan kreatif dapat dipertontonkan...

Semangat yang ada mestilah sentiasa dipertingkatkan supaya impian untuk melihat jabatan sebagai tempat kerja yang selesa tidak hanya sehangat tahi ayam sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara berterusan. Tanggungjawab setiap nakhoda amat berat bagi membimbing anak-anak kapal untuk menuju ke satu destinasi yang telah ditetapkan. Bak kata 'wonderpet'... kami tak besar... dan kami tak kuat... bila bekerjasama... semua jadi mudah.....

syabas diucapkan kepada kumpulan yang telah berjaya menghasilkan sudut 5Snya...

Jumaat, November 07, 2008

Mesin mobile x-ray yang baru sudah boleh digunakan...

Mulai hari ini, mesin mobile x-ray yang baru dibeli secara rasminya sudah boleh digunakan... Ini adalah satu berita baik untuk semua juru x-ray kerana telah sekian lama harus menggunakan mesin mobile yang lama dan uzur...

Tiga buah mesin mobile telah menjalani proses 'tauliah guna' pada hari semalam telah boleh digunakan mulai hari ini... Mesin mobile jenama GE-AMX4+ ini akan digunakan secara bergilir-gilir dalam seminggu... Dalam ertikata lain, hanya sebuah mesin mobile akan digunakan selama seminggu dan akan ditukarguna mesin mobile yang lain pada minggu hadapan...

Buat masa ini, mesin mobile ini hanya dinamakan mesin mobile GE4, GE5 dan GE6... Ketiga-tiga mesin ini akan dijaga oleh Cik Rohaida, En. Saiful Azri dan Cik Normiza... Mereka akan menjadi 'ibu dan bapa angkat' kepada kesemua mesin ini...

Diharapkan dengan adanya mesin mobile yang baru ini, kualiti perkhidmatan jabatan akan dapat dipertingkatkan... Semangat bekerja untuk semua Juru X-ray akan lebih meningkat dengan adanya mesin mobile yang baru ini... Semoga semua kakitangan akan dapat menjaga mesin ini dengan baik supaya ia dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama dan kos penyenggaraan akan dapat dikurangkan...

Perhimpunan Mingguan Jabatan Radiologi...

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dari Dr. Hamzaini...

Kemudian Dr. Hamzaini menyampaikan satu cerita tauladan untuk semua... Cerita pada hari ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang berdoa kepada Tuhan untuk mendapat bunga ros dan seekor rama-rama yang cantik... Tetapi doanya telah di makbulkan dengan mendapat pokok kektus dan seekor ulat beluncas...

Lelaki itu pun berfikir, mengapa pokok bunga cantik yang dipinta tetapi telah mendapat pokok kaktus yang berduri... Rama-rama yang cantik diminta telah diberikan pula ulat beluncas yang menggatalkan... Mungkin sangkalnya Tuhan sibuk menunaikan permintaan orang lain... Lelaki itu hanya berdiam diri sahaja tanpa mengambil peduli tentang pokok dan ulat tersebut...

Lama kelamaan beliau melihat pokok kaktus yang berduri tersebut telah mengeluarkan bunga yang cantik dan ulat beluncas tersebut telah menjadi rama-rama yang sangat cantik... Lelaki itu pun berfikir semula, walaupun beliau meminta 'peha tetapi dapat betis'... Tetapi betis yang dia dapat telah menjadi peha...

Pengajarannya disini kadangkala apa yang kita minta dari Tuhan tidak semesitinya dapat akan ditunaikan dengan mudah... Ini kerana Tuhan sentiasa ingin memberikan pengajaran dan membentuk diri kita... Sekiranya apa yang kita minta dapat diperolehi dengan mudah, mungkin akan menyebabkan kita menjadi sombong dan angkuh... Setiap satu perkara yang kita perolehi itu ada hikmahnya... Kalau tak dapat apa yang kita minta, itu maknanya kita masih perlu lebih berusaha...

Kelas asas IT-PACS...

Kelas asas bagi IT-PACS bagi semua Juru X-ray telah diadakan pada 5 hingga 7 November 2008... Kelas yang diadakan dalam 3 kumpulan ini diadakan untuk memberikan memberikan maklumat mengenai perkara asas yang harus diketahui oleh semua Juru X-ray yang bertugas di Jabatan Perkhidmatan Radiologi...

Perkara asas yang dipelajari termasuklah bagaimana untuk mencari pesakit, melihat imej dan mengenalpasti masalah asas yang boleh menyebabkan imej tidak boleh dilihat... Pelajaran asas ini banyak bertumpu kepada sistem Medweb...

Kelas yang diadakan ini diharapkan akan dapat membantu kakitangan yang bertugas bagi menyelesaikan masalah mudah semasa ketiadaan ahli IT-PACS yang bertugas terutamanya semasa waktu selepas waktu pejabat dan cuti umum...

Jamuan perpisahan En. Irwan...

Hari ini adalah hari terakhir En. Irwan bertugas di Jabatan Perkhidmatan Radiologi... Beliau akan berpindah ke Hospital USM selepas ini... Beliau akan betugas sebagai seorang Pengajar Juru X-ray Klinikal di sana nanti...

Sempena hari terakhir beliau di jabatan ini, En. Irwan telah menyediakan Nasi Dagang special dengan kari ikan tongkol dan agar-agar untuk santapan semua rakan-rakan sekerja beliau... Semua kakitangan telah dijemput untuk menikmati juadah istimewa dari negeri Terengganu ini...

Diharapkan En. Irwan akan terus berjaya di tempat barunya nanti... Kami dari Jabatan Radiologi akan sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan yang telah beliau berikan kepada jabatan ini selama 7 tahun beliau bertugas di sini... Dengan iringan doa kami semua, selamat maju jaya...

Khamis, November 06, 2008

Bengkel Osirix di Universiti Islam Antarabangsa..

Seminar OSirix telah diadakan di Conference Room Level 4, Kulliyyah of Medicine, Universiti Islam Antarabangsa yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Seminar telah diadakan selama sehari pada 6hb November 2008.

Seminar ini telah di hadiri oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Sobri, Dr. Rozman, Dr. Hamzaini, En. Zainal, En. Mohamad Norman dan En. Ruzi dari Jabatan Radiologi PPUKM.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada peserta dengan program Osirix. Program Osirix adalah sebuah program yang digunakan untuk 3 fungsi utama iaitu, mempamerkan imej, memanipulasi imej dan menyimpan imej...

Antara lain, kandungan seminar ini adalah mengenai pengenalan kepada Osirix, Pengenalan kepada sistem pengoperasian Mac OSX, pemprosesan imej, tayangan video dan sesi praktikal... Semua peserta begitu berpuas hati kerana di beri peluang untuk mempelajari perisian ini...

Untuk maklumat lanjut mengenai perisian ini sila lawati http://www.osirix-viewer.com/

Isnin, November 03, 2008

Nurses, medical assistants can now get higher pay...

Published at http://www.thestar.com.my : Monday November 3, 2008 MYT 6:20:00 PM

KUALA LUMPUR: Nurses, medical assistants, x-ray technicians and health inspectors can now go higher up the pay scale under a new integrated graduate scheme by the Health Ministry. Health Minister Datuk Liow Tiong Lai said the plan aimed to improve the overall pay of these medical personnel so that they would be more focused on giving quality care to patients.

“I hope these graduates provide healthcare services by not just stressing knowledge and skills but also possess positive values in patient care,” he said on Monday.

He said this after witnessing the signing of a memorandum of understanding between the Ministry and 24 public and private institutions of higher learning to use its facilities for various healthcare education programmes. Liow said nurses with first degrees would be able to receive pay grades from U41 to U54. It was learnt that the basic pay for degree-holders in grade U41 was nearly RM2,000 per month excluding housing, personal, cost-of-living, critical post and public service allowances. The base pay including allowances for nurses at U48 is about RM8,000.

To reach the top pay grade of U54, the nurses had to have at least a Masters degree and have served more than 20 years as a nurse along with the necessary experience, skills and competence. At the moment, nurses in the country received only up to U48 salaries. According to Liow, the country did not have enough nurses as there was only one nurse to 375 residents.

“We need to reach one nurse to 200 residents to meet World Health Organisation standards by 2015,” he said. Liow also said the higher pay scheme were to stop brain-drain of local nurses leaving for better pay in countries such as Dubai and others in the Middle East.

“This should be good news for nurses. Malaysia cannot continue to have cheap labour. “If we want to retain our workers, we can’t pay them any less,” he said. This year, he said some 6,000 nurses were trained by the country’s 27 Health Ministry colleges, 10 public and 54 private institutions that offered nursing education.

Sabtu, November 01, 2008

Majlis perasmian mendapat liputan akhbar...

Berita Harian : Sabtu, 1 November 2008.

PPUKM sedia rawatan canggih pesakit kronik

KUALA LUMPUR: Penghidap penyakit kronik kini boleh mendapatkan perkhidmatan radiologi endovaskular dan intervensional setaraf dengan rawatan hospital swasta di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) melalui penggunaan mesin angiografi berteknologi canggih.

Ketua Pegawai Operasi PPUKM, Datuk Dr Noorimi Morad, berkata penggunaan mesin angiografi baru yang mempunyai dua plana itu mampu mempamerkan imej salur darah yang lebih jelas dari dua sudut yang berbeza pada masa sama.

"Kelebihannya adalah ia dapat mengurangkan masa prosedur dan diagnosa dapat diperolehi dengan lebih cepat selain dapat meminimumkan media kontras. Mesin yang sudah mula digunakan sejak Julai lalu itu juga meningkatkan kes pemeriksaan radiologi endovaskular dan intervensional sebanyak 500 peratus berbanding tahun sebelumnya."

"Mesin angiografi Philips Allura Xper FD20/10, Bi Plane Angiography System bernilai RM4.6 juta ini adalah antara mesin tercanggih di negara ini dan juga Asia Tenggara dan ia sangat membantu golongan kronik," katanya merasmikan bilik angiografi PPUKM di sini, baru-baru ini.