AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, November 20, 2008

Format terbaru Program CME Jabatan Radiologi :: Berkuatkuasa mulai tahun 2009...


Mulai tahun 2009 Jabatan Perkhidmatan Radiologi akan mengadakan CME bulanan mengikut kaedah berikut:


  • CME bulanan Jabatan Perkhidmatan Radiologi akan diadakan pada hari Khamis minggu ke-2 setiap bulan waktu tengah hari. Sekiranya cuti, hari khamis minggu berikutnya adalah hari CME akan diadakan.
  • Penyelia CME dalaman jabatan akan menyediakan jadual bagi penceramah dan pengerusi majlis CME.
  • Sebarang pertukaran bagi jadual penceramah dan pengerusi boleh dilakukan sesama sendiri dengan persetujuan dan di maklumkan kepada penyelia CME dalaman jabatan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab penceramah dan pengerusi majlis untuk mencari pengganti sekiranya beliau tidak dapat untuk hadir pada hari berkenaan.
  • Tajuk ceramah adalah bergantung kepada penceramah berkenaan (berkaitan dengan bidang tugas) dan ianya perlu mendapat kelulusan dari penyelia CME dalaman jabatan.
    Semua kakitangan yang menghadiri program CME menandatangani rekod kehadiran yang disediakan.
  • Kehadiran CME adalah wajib bagi semua kakitangan, markah kehadiran akan diberikan. Sekiranya kakitangan tidak hadir ke CME sebanyak 2 kali secara berturut-turut, surat tunjuk sebab haruslah diberikan kepada penyelia CME dalaman jabatan.
  • Penceramah CME akan diberikan markah penceramah dan pengerusi majlis CME akan diberikan markah pengerusi.
  • Markah akan dikumpulkan sehingga akhir tahun dan akan digunakan sebagai markah penilaian SMPK pada tahun berkenaan.
  • Berikut adalah tatacara permarkahan bagi program CME Jabatan Perkhidamatan Radiologi.

    a. Kehadiran ceramah - 1 markah.
    b.Pengerusi majlis - 3 markah.
    c.Penceramah - 5 markah.

TANGGUNGJAWAB PENCERAMAH CME

  • Memastikan topik ceramah di persetujui oleh Penyelia CME dalaman jabatan.
  • Menyediakan powerpoint presentation yang diperlukan.
  • Jangka masa ceramah adalah tidak kurang dari 15 minit.

TANGGUNGJAWAB PENGERUSI MAJLIS CME

  • Menjadi pengerusi majlis semasa program CME dijalankan.
  • Pengerusi hendaklah memastikan bahawa dewan seminar disediakan untuk sesi tersebut.
  • Pengerusi memastikan semua kakitangan yang tidak bertugas diwajibkan hadir pada ceramah yang disediakan.

Tiada ulasan: