Mulai hari ini, mesin mobile x-ray yang baru dibeli secara rasminya sudah boleh digunakan... Ini adalah satu berita baik untuk semua juru x-ray kerana telah sekian lama harus menggunakan mesin mobile yang lama dan uzur...
Tiga buah mesin mobile telah menjalani proses 'tauliah guna' pada hari semalam telah boleh digunakan mulai hari ini... Mesin mobile jenama GE-AMX4+ ini akan digunakan secara bergilir-gilir dalam seminggu... Dalam ertikata lain, hanya sebuah mesin mobile akan digunakan selama seminggu dan akan ditukarguna mesin mobile yang lain pada minggu hadapan...
Buat masa ini, mesin mobile ini hanya dinamakan mesin mobile GE4, GE5 dan GE6... Ketiga-tiga mesin ini akan dijaga oleh Cik Rohaida, En. Saiful Azri dan Cik Normiza... Mereka akan menjadi 'ibu dan bapa angkat' kepada kesemua mesin ini...
Diharapkan dengan adanya mesin mobile yang baru ini, kualiti perkhidmatan jabatan akan dapat dipertingkatkan... Semangat bekerja untuk semua Juru X-ray akan lebih meningkat dengan adanya mesin mobile yang baru ini... Semoga semua kakitangan akan dapat menjaga mesin ini dengan baik supaya ia dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama dan kos penyenggaraan akan dapat dikurangkan...
1 ulasan:
Di harap semua pengguna mobile dapat mengguna dan menjaga dengan baik supaya dapat guna lebih lama dan elakkan berlaku kerosakan. Maklumlah barang baru.
Catat Ulasan