AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, November 12, 2008

Lawatan IT-PACS ke Hospital Ampang

Lawatan ini adalah siri pertama diantara 3 lawatan yang akan dibuat oleh Unit IT-PACS, Jabatan Perkhidmatan Radiologi... Lawatan kali ini disertai oleh En. Zainal, En. Mohamad Norman, En. Mohamad Nor Affendi, En. Nor Azhar, Cik Noor Adila dan Cik Rohaida.... Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pengalaman mengenai workflow sistem RIS dan PACS yang digunakan di hospital berkenaan....

Lawatan telah di mulakan dengan pembentangan mengenai sistem komputer, rangkaian dan Total Health Information System (THIS) dari Ketua Jabatan IT Department Hospital Ampang... Ianya kemudian di ikuti dengan pembentangan mengenai Radiology Information System (RIS) dari IBA Health Group (Malaysia)... Pembentangan terakhir pada pagi tersebut adalah mengenai sistem Picture Archiving and Communication System (PACS) oleh Syarikat GE...

Selepas sesi pembentangan dan soal jawab diadakan, kumpulan lawatan telah dibawa melawat sekitar Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang... Lawatan dimulakan dengan paparan mengenai bagaimana kaunter menerima pesakit, sistem yang digunakan di X-ray AM sehinggalah selesai pemeriksaan dijalankan... Tatacara bagaimana imej dihantar dan distor juga dimuatkan dalam penerangan yang diberikan oleh pihak Jabatan... Kami juga dibawa melawat ke Bilik CT Scan, MRI, Angiografi dan bilik Mamografi...

Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang menawarkan sistem filemless ini semenjak Disember 2007... Tidak banyak masalah yang dihadapi semasa menggunakan sistem ini kerana ianya memang dirancang sebagai sebuah Hospital yang mengamalkan sistem THIS... Tidak ada lagi filem digunakan, semua penyimpanan imej dilakukan didalam sebuah server berpusat yang terletak di IT Department... Filem hanya akan dicetak / CD di bekalkan sekiranya pesakit perlu dipindahkan ke hospital yang lain... Lawatan ini telah telah diakhiri dengan lawatan ke IT Departmet dan Jabatan Kecemasan...

Kumpulan lawatan ke Jabatan Pengimejan Diagnostik berasa berpuas hati didalam lawatan pada kali ini... Kumpulan juga berasa amat teruja dengan persiapan dan sambutan yang telah dilakukan oleh pengurusan Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang diatas layanan kumpulan lawatan semasa kami berada disana... Penerangan yang jelas dan jujur tentang sistem-sistem yang digunakan amat membantu kumpulan lawatan didalam menambahkan pengetahuan didalam sistem RIS dan PACS yang digunakan... Pengalaman yang diperolehi semasa sesi lawatan ini amat berharga untuk semua ahli yang turut serta... Ianya akan membantu didalam meningkatkan kualiti dan perkhidmatan Jabatan Radiologi PPUKM amnya dan Pusat Perubatan UKM khasnya...

Tiada ulasan: