Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hairul Faizal...
Beliau kemudian mula bercerita tentang pengurusan masa yang baik...
Masa itu emas. Itulah perumpamaan yang kita selalu dengar semenjak dari kecil lagi. Kita sebagai manusia di muka bumi ini tidak dapat lari dari daripada peredaran masa. Dunia berputar pada paksinya. Barang yang cantik lama kelamaan akan menjadi lusuh dan buruk. Setiap yang bernyawa akan mati. Begitulah ungkapan yang jelas menunjukkan masa tidak menunggu kita malah meninggalkan kita tanpa kita sedari. Saya masih ingat lagi tahun 2008 dirasai baru sahaja diraikan namun pada hari tarikh 28 November 2008 ada sebulan lagi untuk kita menyambut tahun baru 2009. Begitulah cepatnya masa berlalu pergi. Umur saya kini 29 tahun akan bertambah menjadi 30 tahun pada 2009 dan begitulah seterusnya dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun umur kita akan meningkat sehinggalah malaikat maut menyabut nyawa dan saat itu nadi kita akan terhenti buat selama-lamanya.
Dalam Islam, masa amat dititikberatkan dan ianya jelas terkandung dalam sepotong ayat Al-Qur'an yang berbunyi;
Demi masa sesungguh seseorang itu di dalam keadaan kerugian melainkan orang yang mengerjakan amalan soleh dengan penuh ketaatan dan dengan penuh kesabaran.
Masa juga meninggalkan memori kepada kita. Cuba kita imbas kembali masa yang telah berlalu pergi. Dari kecil kita telah dilahirkan dan dari klecil kita telah mengenal ibu dan ayah. Adakah anda pernah terfikir suatu hari nanti anda juga akan menjadi seperti mereka? Percaya atau tidak realitinya itulah yang anda lihat pada hari ini. Kita sekarang sudah melalui kehidupan zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa dan zaman berumahtangga. Ada sebilangan antara kita sudah bergelar ibu ayah dan rata-rata dari kita telah oun mempunyai anak. Anak-anak kita membesar menjadi dewasa. Kita akan menjadi tua. Begitulah peredaran masa mengubah kita sekelip mata.
Apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah menyentuh mengenai kesedaran bahawa masa itu penting dan perlulah diuruskan secara berhemah. Semua orang di dunia diberi masa 24 jam sehari muktamad tanpa ada lebih atau kurang. Justeru itu pengurusan masa yang baik dalam kehidupan dapat memberi manfaat kepada kita denngan mengimbangi kehidupan di dunia dan di akhirat.
Kita sebagai kakitangan radiologi harus peka kepada perkitaran di tempat kerja. Jabatan radiologi memberi perkhidmatan perubatan kepada pesakit memerlukan komitmen 100% daripada kita semua.Saya juga mengingati diri saya sendiri dan sahabat-sahabat supaya bekerja dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas semoga kerja-kerja yang kita lakukan diberkati Allah s.w.t. Jika sebelum ini kita ada mencuri masa bekerja haruslah kita sedar untuk berubah supaya kita dapat menghargai masa yang ada kepada pesakit yang memerlukan perkhidmatan kita. Gunalah masa terluang dengan melakukan perkara yang baik dan peruntukan masa rehat dengan sewajarnya tanpa melebihi tempoh masa yang diteteapkan. Kita juga boleh saling ingat mengingati antara sahabat-sahabat agar sentiasa menghargai masa dan bantu membantu dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
Moga artikel ini dapat menyedarkan kita daripada sikap lalai dan kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah memberkati niat dan doa kita di pagi yang mulia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan