AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Pencapaian


Jabatan Radiologi sentiasa mengambil berat tentang pencapaian serta kejayaan yang telah di capai oleh kakitangan di Jabatan Radiologi PPUKM. Sejak penubuhan Jabatan Radiologi pelbagai kejayaan serta peningkatan telah di perolehi. Ini menjadikan Jabatan Radiologi semakin mantap serta di kenali di PPUKM.

Hasil kejayaan yang di perolehi melambangkan tahap pengukuran kejayaan Jabatan Radiologi dari aspek kelancaran dan kecekapan. Pencapaian yang di perolehi bukan sahaja di peringkat Jabatan malah telah berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kejayaan sesebuah organisasi bukan sahaja di ukur berdasarkan penganugerahan yang di perolehi, impak kepada masyarakat juga perlu di titikberatkan. Berikut di senaraikan hasil-hasil kejayaan yang telah di perolehi oleh Jabatan Radiologi PPUKM:

Anugerah Naib Canselor UKM 2011
Program Persijilan ISO 9001:2008 PPUKM
Program KIK Jabatan
Program Khidmat Masyarakat
Pertandingan Tapak Web
Program Sukan
Kejayaan dalam pameran penyelidikan dan inovasi

Jabatan Radiologi aktif dalam penyumbangan aktiviti-aktiviti kualiti yang dianjurkan dalam pelbagai peringkat. Di antaranya adalah menyertai aktiviti-aktiviti inovasi dan penyelidikan, aktiviti-aktiviti KIK, Program 5S, Program MSQH dan juga giat menyertai pameran-pameran yang berasaskan inovasi. Kesemua hasil kejayaan dipamerkan di Ruangan Galeri Jabatan Perkhidmatan Radiologi.




Tiada ulasan: