Perhimpunan pagi 10 Disember 2014 dikendalikan oleh Pn. Shahirah Binti Shafferi. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Halmi bin Shamsuddin. Kemudian diikuti dengan pengkongsian ilmu mengenai 5 kesalahan yang biasa berlaku yang melibatkan pelanggaran rukun qauli solat dan menyebabkan solat kit tidak sah.
- Takbiratul ihram - dipermulaan solat tidak menyebut/ melafaz perkataan 'Allahuakbat'. Cuba baca dalam hati.
- Bacaan Al Fatinan - tidak menyebut/ melafaz perkataan demu perkataan dalam surah Al Fatinan, Cuma baca dalam hati.
- Bacaan Tasyurid / tahiyat akhir - tidak menyebut/ melafaz perkataan demi perkataan bacaan tasyahud / tahiyat akhir. Cuma baca dalam hati.
- Bacaan selawat di rakaat terakhir - tidak menyebut ke atas Nabi. Cuma baca dalam hati.
- Lafaz salam - tidak menyebut/ melafaz perkataan 'Assalamualikum Warahmatullah'. Cuma beri salam/ baca dalam hati.
Beliau menjelaskan, kelima-lima rukun qauli (perkataan) diatas hendaklah dilafaz dengan bersuara sekadar didengar oleh telinga sendiri, Tidak sah solat jika dibaca hanya di dalam hati.
Perhimpunan diteruskan dengan pengumuman. Pengumuman pada hari ini adalah mengenai pesanan dari En. Mohd Sharmiezul Mohd Saharin kepada semua Juru X-ray mengenai kepentingan untuk mengutamakan kes strok bagi pemeriksaan urgent CT Scan dari Jabatan Perubatan Kecemasan. Setiap saat amat berharga bagi kes stroke, setiap persiapan perlu dilakukan dengan segera (persediaan mesin, media kontras dan sebagainya) bagi mempercepatkan kes untuk dilakasanakan.
Perhimpunan berakhir pada jam 8.30pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan