AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, November 21, 2014

Bengkel pemurnian fail meja dan semakan dokumentasi Jabatan Radiologi

Bengkel pemurnian fail meja dan semakan dokumentasi Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 19 November 2014
Hari: Rabu
Masa: 8:15 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi

Bengkel Pemurnian Fail Meja dan Semakan Dokumentasi MS ISO 9001:2008 bertujuan untuk menyelaras dan memperhalusi tugas dan tanggungjawab bagi setiap profesion di peringkat jabatan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Manual kerja sedia ada akan disemak semula buat kali ke-2 untuk memenuhi keperluan semasa setanding dengan teknologi moden dan terkini yang terdapat di Jabatan Radiologi, PPUKM.

Objektif untuk bengkel pada kali ini adalah untuk: 
  1. Menyediakan Fail Meja (FM) untuk setiap profesion di jabatan berdasarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA Bil.8/1991)
  2. Menyediakan carta alir tugas dan tanggungjawab setiap profesion dan hubungan antara setiap skim (profesion) dalam melaksanakan fungsi.
  3. Membentangkan Fail Meja (FM) bagi setiap profesion yang telah disediakan kepada pihak pengurusan Jabatan Radiologi untuk kelulusan.
  4. Memperbaharui dan mengemaskini Manual Kerja dan Standard Operating Procedure (SOP) mesin-mesin yang beroperasi di Jabatan Radiologi
  5. Mengemakini dan membuat penambahbaikan borang pemeriksaan pesakit mengikut kes perubatan yang dijalankan.
  6. Mengemaskini senarai peralatan, bahan pakai habis dan barang-barang di bawah pengawasan kejururawatan dan perkhidmatan radiologi.

Agenda 1
Setiap wakil mewakili profesion dan gred jawatan di setiap unit akan membentang Fail Meja untuk mendapat kelulusan dan pengesahan pihak pengurusan. 

Agenda 2
Manual Kerja & SOP akan dikemaskini secara terus (hands-on) dengan setiap perenggan dan garis panduan dalam prosedur kerja akan disemak, diperhalusi dan dikemaskini mengikut keperluan semasa menepati standard MS ISO 9001:2008.

Bengkel yang dianjurkan oleh En. Hairul Faizal ini telah mencapai objektifnya selepas bengkel ini tamat pada jam 4.30 petang. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan bagi bengkel pada kali ini.  






Tiada ulasan: