AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Ahad, Januari 18, 2009

Tiada batasan atau sempadan....5s untuk semua

Assalamualaikum...

Bertemu kembali dalam borak-borak 5s... Seperti sedia maklum audit dalaman 5s akan berlangsung dari 19 -23 Januari 2009. Semua zon telah mempergiatkan usaha untuk memenangi hati para audit dengan membuat pelbagai sentuhan terakhir bagi menyerlahkan lagi zon masing-masing. Syabas diucapkan. Tapi ada juga zon yang relax .... mengambil pendekatan bersantai walaupun sudah kesuntukan masa. Mungkin mereka ada strategi sendiri... mengharapkan magic akan berlaku apabila audit datang nanti. Walau apa pun pendekatan anda, ianya pasti akan menampakkan sesuatu perubahan daripada yang jelik kepada yang cantik, daripada yang bersepah kepada yang tersusun dan daripada yang sakit mata memandang kepada sejuk dan nyaman penglihatan.

Setiap perubahan yang hendak dilakukan mesti ada rintangan. anggaplah rintangan itu sebagai satu cabaran untuk anda menuju kejayaan. Jika kita tak mulakan siapa lagi nak mulakan.... kita hanya menurut perintah dari pihak atasan dan bukannya memandai-mandai. Melakukannya mengikut garispanduan yang telah ditetapkan. 5s tiada batasan dan sempadan kerana ia mencakupi semua ruang lingkup kawasan persekitaran tempat kerja kerana kita duduk di bumbung yang sama. Sekiranya kita suka tempat kerja kita dalam keadaan yang bersih, kemas dan tersusun ianya mencerminkan keperibadian kita sewaktu di rumah. Ianya membuktikan bahawa anda suka akan kekemasan, keselesaan dan keceriaan. Mungkin kepada mereka yang tidak suka 5s ia menggambarkan sebaliknya. Islam juga menuntut umatnya mengamalkan kebersihan dan kekemasan dalam setiap segi. Cubalah kita melihat dari sudut yang positif, kerana ia akan menjadikan minda kita sentiasa berfikiran positif dan menghargai usaha yang dilakukan oleh kawan-kawan kita. Mungkin dengan melihat rakan-rakan kita bertungkus lumus melakukan aktiviti 5s ini, akan terdetik rasa di hati untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini.
Diharapkan setiap zon akan terus berusaha menceriakan zon masing-masing walaupun selepas audit dijalankan kerana 5s adalah berterusan dan bukan separuh jalan. Ingat, perjuangan anda belum selesai kerana proses pengauditan akan berterusan setiap tahun....... tanpa akhiran.

Tiada ulasan: