AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Ahad, November 13, 2011

Konvensyen Inovatif & Kreatif Ke-16 UKM 2011


Konvensyen KIK peringkat UKM kali ke-16 (2011) telah diadakan pada:

Tarikh: 9 November 2011
Hari: Rabu
Tempat: Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.

Konvensyen kali ini telah disertai oleh 22 kumpulan yang terdiri daripada 16 kumpulan dalam kategori pengurusan dan 6 kumpulan dari kategori teknikal. PPUKM telah diwakili oleh 11 pasukan, 6 pasukan dalam kategori pengurusan dan 5 pasukan yang menyertai pertandingan dalam kategori teknikal.

Pada konvensyen KIK Peringkat UKM pada kali ini, Jabatan Radiologi telah diwakili oleh kumpulan BenuaCIPTA. Tahniah diucapkan kepada kumpulan BenuaCIPTA kerana telah memenangi hadiah dalam kategori Fasilitator terbaik (kategori teknikal) - Dr Nik Azuan Nik Ismail (BenuaCIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM) dan telah memenangi Johan dalam kategori Teknikal.

Tahniah diucapkan kepada semua.


Tiada ulasan: