Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr. Hamzaini... Beliau kemudiannya menceritakan pengalaman yang beliau perolehi semasa beliau berkursus Biro Tata Negara (BTN) di Ulu Sepri...
Kursus BTN selama 5 hari mesti dilalui oleh semua kakitangan kerajaan sebelum keluar negara... Kursus ini di penuhi dengan aktiviti lasak yang telah mempengaruhi perasaan dan nafsu untuk selalu memikirkan kemampuan diri... Keadaan fizikal yang tidak seadanya seperti di zaman remaja turut menjadi halangan... Lutut dan tumit yang bermasalah juga telah melemahkan semangat...
Berkat ilmu, akal yang tajam dan keyakinan diri telah mengatasi segala kemahuan perasaan dan nafsu... Kem tempat berkursus yang terletak di kawasan Ulu Sepri dengan permukaan bumi yang berbukit-bukau amat sesuai untuk aktiviti lasak... Rahsia di sebalik acara senaman harian yang diikuti setiap awal pagi sekurang-kurangnya telah menyediakan fizikal yang cukup sihat untuk menghadapi ujian di hari yang terakhir...
Sebenarnya kemampuan fizikal yang sebegitu adalah mematuhi pelan perancangan pihak pengurusan latihan yang kebanyakan berpengalaman dalam sektor pertahanan negara... Bagi diri ini, walaupun keadaan fizikal yang kurang mantap, berbekalkan keyakinan diri yang tinggi, semua sesi senaman telah dapat diikuti dengan jayanya... Sekiranya kehendak perasaan dan nafsu dituruti, sudah tentu fizikal ini tidak dipaksa untuk bersenam bersama peserta-peserta kursus yang lain... Maka setiap hari berehatlah bersama dengan ibu-ibu yang mengandung menunggu tamatnya sesi senaman pagi...
Ujian berlari 2km tetap diikuti biarpun kemampuan diri terus dipersoalkan oleh perasaan dan nafsu... Akhirnya, persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di minda tadi masih tidak dapat mengatasi ilmu dan akal yang sentiasa mengira, menimbang dan memutuskan seperti 'central processing unit'... 2km dapat dapat diharungi walaupun di tempat yang terakhir...
Ujian terakhir iaitu sesi yang dinamakan 'kembara' perlu dihadapi dengan berjalan dalam kumpulan sehingga ke penamat... Tentunya kerjasama dalam pasukan dituntut dalam sesi ini... Sebagai fasilitator, saya tidaklah diwajibkan untuk mengikuti sepenuhnya perjalanan dalam kumpulan tadi tetapi berjalan menempuh bukit-bukau tidak dapat menghalang semangat dan keyakinan diri yang tinggi... Setelah satu perempat perjalanan, kumpulan berhenti rehat beberapa minit kemudian meneruskan lagi berjalan sehingga melepasi setiap 'check point'... Akhirnya, kumpulan sampai ke penamat dalam masa yang ditentukan...
Pengajaran:
1. Setiap usaha akan ada atau sentiasa ada persoalan-persoalan yang bermain di fikiran supaya kita menuruti perasaan dan nafsu...
2. Fizikal kita berkehendakkan isyarat dari akal dan minda yang berkeyakinan tinggi untuk menggeraknya...
3. Tidak semua manusia tergolong sebagai manusia yang suka menuruti isyarat tadi lantas arahan yang memaksa daripada manusia lain amat diperlukan untuk kejayaan diri...
Perhimpunan disudahi dengan ucapan terima kasih dari Dr. Hamzaini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan