AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Disember 05, 2008

Isu permohonan cuti rehat...

Jabatan Radiologi menghadapi isu permohonan cuti rehat pada bulan Disember ini... Didapati ramai di kalangan kakitangan di Jabatan Radiologi gemar untuk mengambil cuti pada hujung tahun bersempena dengan cuti sekolah dan cuti-cuti di Malaysia...

Oleh kerana terlalu ramai yang memohon untuk bercuti, tidak kesemua permohonan cuti dapat ditunaikan... Bagi mereka yang sudah bercuti pada Aidilfitri lalu, mereka perlulah memberikan kesempatan kepada rakan yang lain untuk bercuti pula... Kakitangan yang bertugas di jabatan ini perlulah bekerja didalam satu pasukan, mereka seharusnya prihatin dengan semua rakan sekerja... Semua kakitangan harus mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri kerana mungkin akan memakan diri di kemudian hari... Jangan pula ada yang sahaja 'suka-suka' untuk bercuti kerana mengikut 'trend' ramai yang bercuti... Sikap sebegini seharusnya dielakkan untuk keharmonian dan keselesaan bekerja pada masa kini dan juga di masa-masa akan datang...

Semua kakitangan yang masih mempunyai baki cuti digalakkan untuk menyimpan cuti dan membawanya ke tahun hadapan... Kakitangan juga di galakkan untuk belajar menyimpan cuti dan jangan menghabiskannya pada hujung setiap tahun kecuali bagi mereka yang belum disahkan jawatan atau pekerja kontrak)...

Pihak jabatan ingin memohon maaf kerana tidak dapat meluluskan kesemua permohonan cuti pada minggu hadapan (bersempena Hari Raya Haji)... Jika boleh semua permohonan cuti kakitangan akan ditunaikan, tetapi dengan bilangan kakitangan yang tidak seramai mana di Jabatan ini; ada juga yang harus menjalankan bertugas... Pihak jabatan telah sedaya upaya untuk menunaikan segala permohonan cuti yang di pohon, tetapi kelulusan hanya akan diberikan setakat yang termampu...

Tiada ulasan: