AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Disember 19, 2008

Pelekat Letak Kereta 2009 Pusat Perubatan UKM...

Permohonan pelekat letak kereta mengikut zon tahun 2009 boleh diperolehi di Jabatan Pentadbiran Am, bangunan asrama jururawat, Pusat Perubatan UKM... Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Disember 2008... Semua kakitangan boleh mengambil pelekat berkenaan yang telah diluluskan mulai 26 Disember 2008 hingga 31 Disember 2008...

Syarat-syarat...
1. Petak Tempat Letak Kereta adalah satu kemudahan yang diberikan oleh Pusat Perubatan UKM kepada kakitangan yang layak. Ianya bukanlah hak milik individu atau peruntukan untuk mana-mana jabatan dan boleh ditukar/ditarik balik dengan arahan pihak berkuasa PPUKM.
2. Kelayakan kakitangan adalah seperti berikut;
2.1 Zon A diberikan kepada kakitangan Gred 48 ke atas dan Ketua-ketua Jabatan sahaja.
2.2 Zon B dikhaskan untuk Pegawai Perubatan Atas Panggilan sahaja. Pihak Jabatan hanya perlu mengemukakan surat makluman kepada Unit Keselamatan memaklumkan jadual pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan secara gunasama ”first come first serve”. Tiada pelekat disediakan untuk tujuan tersebut. Sekiranya meletakkan kenderaan lebih daripada 48 jam, tindakan penguncian tayar akan dilakukan.
2.3 Zon C, D, F dan G untuk Gred 36 ke atas sahaja dan Kakitangan yang diluluskan oleh pihak pengurusan.
2.4 Zon E untuk Gred 22 hingga 32 sahaja secara gunasama ”first come first serve”.
2.5 Zon H untuk Pelajar Siswazah Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Pegawai Farmasi Siswazah dan Pegawai Perubatan ”Attachment” sahaja secara gunasama ”first come first serve”.
2.6 Zon K untuk Pelajar Perubatan Prasiswazah yang menginap di Kolej Tun Dr. Ismail sahaja.
3. Peraturan tempat letak kereta mengikut Zon-zon ini adalah tertakluk pada hari bekerja Isnin – Jumaat dari jam 7.30 pagi – 5.00 petang sahaja. Kakitangan lain dibenarkan masuk ke mana-mana zon selepas waktu tersebut dan pada hari minggu serta hari cuti umum KECUALI petak khas Jabatan Perubatan Kecemasan ( F1 – F15).
4. Pemegang pelekat Zon E dibenarkan meletakkan kereta di Zon C, D, F & G selepas jam 1.30 petang KECUALI petak khas Jabatan Perubatan Kemasan, Tempat Letak Kereta Berbumbung, petak khas Rumah Ronald McDonald, petak khas SAHABAT, dan petak khas kakitangan mengandung.
5. Untuk kakitangan lain mereka boleh meletakkan kereta secara gunasama “first come first serve” di Tempat Letak Kereta Kakitangan bersebelahan dengan Tempat Letak Kereta Awam. Sekiranya tempat letak kereta kakitangan telah penuh, kakitangan boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta sekitar stadium dan kolam renang. Perkhidmatan pengangkutan percuma (Shuttle) akan disediakan bagi kemudahan kakitangan dan pelanggan ke PPUKM dan akan bergerak setiap 15 minit mulai jam 7.00 pagi – 10.00 malam setiap hari bekerja.
6. Kakitangan telah lama berkhidmat di sediakan 10 petak mengikut keperluan di Zon C. Mereka yang dipertimbangkan adalah yang telah berkhidmat 35 tahun dan ditentukan oleh pihak berkuasa PPUKM.
7. Petak G71 – G85 dikhaskan untuk kakitangan mengandung secara gunasama “first come first serve”. Syarat-syarat seperti di dalam borang permohonan petak letak kereta kakitangan mengandung.
8. Kakitangan OKU pula ditempatkan di mana-mana zon mengikut keperluan.
9. Semua kenderaan yang diletakkan di petak tempat letak kenderaan hendaklah diletakkan secara ”Reverse Parking” untuk mememnuhi keperluan 5S PPUKM.
10. Adalah menjadi satu kesalahan jika pelekat ini dipindah milik tanpa kebenaran bertulis dan tindakan mandatori menarik balik kemudahan ini akan diambil.

Oleh yang demikian, mulai 2 Januari 2009 semua pelekat kereta tahun 2008 akan dibatalkan dan pelekat kereta tahun 2009 akan dikuatkuasakan... Borang permohonan pelekat kenderaan boleh diperolehi di http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/122008/23-63.doc

Tiada ulasan: