AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Sabtu, November 01, 2008

Majlis perasmian mendapat liputan akhbar...

Berita Harian : Sabtu, 1 November 2008.

PPUKM sedia rawatan canggih pesakit kronik

KUALA LUMPUR: Penghidap penyakit kronik kini boleh mendapatkan perkhidmatan radiologi endovaskular dan intervensional setaraf dengan rawatan hospital swasta di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) melalui penggunaan mesin angiografi berteknologi canggih.

Ketua Pegawai Operasi PPUKM, Datuk Dr Noorimi Morad, berkata penggunaan mesin angiografi baru yang mempunyai dua plana itu mampu mempamerkan imej salur darah yang lebih jelas dari dua sudut yang berbeza pada masa sama.

"Kelebihannya adalah ia dapat mengurangkan masa prosedur dan diagnosa dapat diperolehi dengan lebih cepat selain dapat meminimumkan media kontras. Mesin yang sudah mula digunakan sejak Julai lalu itu juga meningkatkan kes pemeriksaan radiologi endovaskular dan intervensional sebanyak 500 peratus berbanding tahun sebelumnya."

"Mesin angiografi Philips Allura Xper FD20/10, Bi Plane Angiography System bernilai RM4.6 juta ini adalah antara mesin tercanggih di negara ini dan juga Asia Tenggara dan ia sangat membantu golongan kronik," katanya merasmikan bilik angiografi PPUKM di sini, baru-baru ini.

1 ulasan:

Norman Nordin berkata...

Tahniah kepada semua yang terlibat didalam menjayakan majlis perasmian yang telah diadakan.