AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Ahad, Mac 01, 2015

Gotong royong perdana Bilangan 1 - Jabatan Perkhidmatan Radiologi 2015

Gotong royong perdana Bilangan 1 - Jabatan Perkhidmatan Radiologi 2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 28 Februari 2015
Masa: 8.30 am - 1.00 pm
Tempat: Zon 5S masing-masing, Jabatan Radiologi, PPUKM.

Gotong royong secara berkala ini diadakan bagi membersihkan kawasan kerja. Semua kakitangan wajib untuk menghadiri gotong-royong ini. Minum pagi dan makan tengahari telah disediakan sempena gotong-royong yang diadakan ini.






Rabu, Februari 25, 2015

Perhimpunan pagi 25 Februari 2015

Perhimpunan pagi 25 Februari 2015 telah dikendalikan oleh En. Muhamad Hafiz sebagai pembaca doa kerana Pn. Shuhada Sahnan cuti sakit. Perhimpunan dimulakan dengan doa pagi dan di ikuti dengan pengumuman oleh En. Hishamuddin mengenai Penempatan kakitangan bagi jawatan Juru X-ray U29 bagi mengimbangi kemasukan 4 orang kakitangan baru, penyelia EL/MC dan senarai tugas juru x-ray kanan. Beliau juga memaklumkan mengenai pertukaran bagi tugas menyediakan roster juru x-ray akan di bawah tanggungjawab En. Sadon mulai bulan mac ini.

Penjenamaan semula unit-unit di Jabatan Radiologi juga diumumkan oleh En. Hishamuddin. Unit-unit yang telah menjalani penjenamaan semula adalah:
  • Unit Pengimejan Payudara
  • Unit Intervensi
  • Unit PACS dan 3D lab
  • Unit Pengimejan Dental
  • Unit Pengimejan Dewan Bedah
  • Unit Pengimejan kardiovaskular
En. Sadon membuat pengumuman mengenai tugasnya yang akan menyediakan roster mulai bulan Mac 2015. Beliau akan mengkususkan untuk memperkasakan Unit Pengimejan Dewan Bedah dan Fluroskopi kerana unit core seperti MRI, CT Scan dan Intervensi Radiologi sudah diperkasakan. Ketua-ketua unit juga akan lebih ditempatkan di unit masing-masing dengan kerap lagi bagi memantapkan penyeliaan unit.

Juru x-ray U36 akan bertugas sebagai P1 selepas ini. Latihan lebih insentif bagi Unit Pengimejan Dental akan diteruskan lagi. Latihan akan di berikan oleh En. Nizam. Latihan insentif kakitangan akan diteruskan lagi dan akhir sekali beliau memaklumkan bahawa sehingga kini, proses permohonan cuti akan dijalankan seperti kaedah biasa sehingga beliau memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk di gunakan. 

Perhimpunan berakhir pada jam 8.45am.





Khamis, Februari 12, 2015

KIK BenuaCIPTA 2015

KIK BenuaCIPTA 2015 telah mengadakan mesyuarat pada:

Tarikh: 11 Februari 2015 
Hari: Rabu
Masa: 3.30 petang

Ahli KIK BenuaCIPTA pada tahun ini terdiri daripada:
  1. Nor Azha Bin Aziz (Ketua Kumpulan)
  2. Metdahie Bujang
  3. Siti Salwani Binti Ali
  4. Mohamad Hafidz Bin Mohamad
  5. Abdul Wafi Zakaria
  6. Nor Irdayu 
  7. Nazurai Mohd Nor
  8. Mohd Fahmi
  9. Norshuhada Binti Sahnan
  10. Nor Shafiza Abdul Wahab
Selamat maju jaya kepada semua ahli kumpulan.




Perhimpunan pagi 11 Februari 2015

Perhimpunan pagi 11 Februari 2015 telah dikendalikan oleh En. Mohamad Sharmiezul. Perhimpunan di mulanakan dengan doa pagi oleh Muhammad Aizuddin Abd Rahman. Perhimpunan diteruskan dengan kisah Nambi Nuh. 

Sesi penyampaian sijil kehadiran cemerlang ke tempat kerja pula diadakan selepas itu.  Penerima Anugerah Kehadiran Cemerlang ke tempat kerja pada kali ini adalah:
  1. En. Mazli Mohamad Zin
  2. En. Mohamad Norman Mohd Nordin
  3. Pn. Norazreena Abd Ghani
  4. Pn. Mastura Ariffin
  5. Cik Norshfiza Abdul Wahab
  6. En.. Mohd Fahmi Ayadi Jaafar
  7. Cik Noor Erdayu Zahari
  8. Pn. Hamidah Hashim
Anugerah Kehadiran Cemerlang ke tempat kerja ini di berikan kepada kakitangan Jabatan Radiologi yang tidak mengambil cuti kecemasan dan cuti sakit sepanjang tahun 2014 yang lepas. Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Perhimpunan pagi diteruskan dengan pengenalan kepada kakitangan baru yang melaporkan tugas, beliau adalah:
  1. Mohd Hisyam Zulkefli
  2. Muhammad Aizuddin Bin Abd Rahman
  3. Muhammad Wahi bin Abd Latib 
Akhir sekali En. Mohamad Norman membuat pengumuman mengenai:
  • Penggunaan TECH ID akan dikuatkuasakan semula. Semua kakitangan perlu mengisi tech id semasa membuat pemeriksaan radiologi. Kepada yang belum mempunyai TECH ID, borang akan di berikan untuk mendaftarkan TECH ID yang baru.
  • Satu sesi fotografi akan dilakukan untuk tapak web Jabatan Radiologi. Gambar konsep korporat akan di ambil untuk setiap kakitangan. Tarikh akan dimaklumkan kelak.
  • Terdapat sedikit pertukaran unit bagi Juru X-ray U29.
  • Penilaian SPPU akan dibuat oleh U36 bagi semua kakitangan U29.
Perhimpunan berakhir pada jam 8.30 pagi.







Selasa, Februari 10, 2015

Mesyuarat Pengurusan Jabatan Radiologi 2/2015

Mesyuarat Pengurusan Jabatan Radiologi 2/2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 10 Februari 2015
Masa: 3.00 petang - 5.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi

Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof Hamzaini Abdul Hamid. Mesyuarat pada kali ni membincangkan tentang:
  • Penilai bagi penilaian SKT kakitangan bagi tahun penilaian 2015, dimana penilai pertama bagi Juru X-ray U29 akan dikursuskan bagi kepada Juru X-ray U36. Bagi penilaian jawatan lain adalah sama.
  • Kaedah pemberian markah bagi proses penilaian perlulan tulus kepada semua kakitangan.
  • Terdapat sedikit perubahan didalam penempatan baru bagi Juru X-ray U29
  • En. Mohamad Norman memperkenalkan kepada semua ahli mesyuarat mengenai tapak web baru Jabatan Radiologi. 
  • Satu tarikh akan ditetapkan bagi sesi pengambilan gambar korporat bagi tapak web Jabatan Radiologi.
  • Ketua Jabatan menyarankan untuk diadakan satu mesyuarat asing bagi membincangkan masalah digitised filem yang terlalu banyak bagi unit PACS.
  • Ketua Jabatan mahu semua kakitangan menggunakan TECH ID bagi setiap modeliti yang digunakan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.





Isnin, Februari 09, 2015

Aktiviti Ping Pong di Jabatan Radiologi

Aktiviti Ping Pong di Jabatan Radiologi telah dimulakan semula pada 9 Februari 2015. Aktiviti ini diadakan pada setiap petang selepas waktu pejabat jam 5.00 petang sehingga 7.00 malam. Ramai kakitangan yang berminat untuk menyertai aktiviti yang diadakan ini. Semoga dengan adanya aktiviti seumpama ini, akan dapat mengeratkan silaturahim dan menjadikan kakitangan di Jabatan Radiologi bertambah sihat hendaknya.



Khamis, Januari 29, 2015

Mesyuarat 5S Jabatan Radiologi Bil 1/2015

Mesyuarat 5S Jabatan Radiologi Bil 1/2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 29 Januari 2015
Hari: Khamis
Masa: 3.00-5.00 petang

Mesyuarat julung kali diadakan pada tahun ini dipengerusikan oleh Fasilitator 5S Jabatan Radiologi, Pn. S. Elavarasi. Mesyuarat membincangkan tentang:
  1. Perlantikan ketua baru. Semua kumpulan yang ingin melantik ketua zon baru perlu memaklumkan kepada Jawatankuasa untuk di kemaskini.
  2. Terdapat penambahan ahli baru juga akan berlaku dengan kemasukkan 4 orang Juru X-ray yang baru. Senarai ahli ini adakan dikemaskini dalam masa terdekat.
  3. Perubahan kawasan di Fluroskopi. Memandangkan bilik Fluroskopi telah berubah, Zon Hijau akan mengambil alih bilik Fluroskopi. Zon Pejabat, yang telah berpindah pun akan mewakili kawasan yang asal dan pantri akan dimasukkan di bawah zon Farizwana.
  4. 5S adalah secara berterusan, proses mengemas dan menyisih senantiasa harus berterusan. Semua ketua diingatkan untuk mengingatkan ahli-ahli mengenai perkara ini.
  5. Permohonan akan dibuat oleh Ketua Jururawat bagi menempatkan 3 buah lagi tong sampah sisa klinikal di Jabatan Radiologi.
  6. Semua ketua Zon diingatkan untuk lebih menggunakan grafik didalam papan tanda yang ingin digunakan sebagai contohnya meletakkan gambar sisa klinikal yang boleh dan tidak boleh dimasukkan di dalam tong-tong sampah yang berkaitan.
  7. Semua ketua diingatkan untuk mengemaskini sudut 5s dan sistem 5s yang ada, Fail 5S sepatutnya tidak digunakan lagi kerana PPUKM telah menggunakan sistem dalam talian 5s.
  8. Semua pelajar yang menjalani latihan klinikal perlu mencuci tiub x-ray bagi mengekalkan kebersihan bilik x-ray.
  9. Sebuah gotong royong perdana akan diadakan dalam masa terdekat (28 Februari 2015 - hari sabtu) dan cadangan untuk mengadakan gotong royong kecil diadakan setiap 3 bulan sekali.
Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.


Rabu, Januari 21, 2015

Audit ISO dari SIRIM bagi tahun 2015

Jabatan Radiologi telah di audit bagi audit ISO dari SIRIM bagi tahun 2015. Kumpulan Juru Audit telah menjalankan audit ISO di Jabatan Radiologi pada:

Tarikh: 21 Januari 2015
Hari: Rabu
Masa: 2.30 - 4.30 petang

Audit yang telah dijalankan selama 2 jam ini telah melihat:
  • Dokumen pemeriksaan kesihatan kakitangan sinaran
  • Dokumen dedahan dos sinaran yang di terima oleh kakitangan jabatan
  • Rekod penyenggaraan mesin
  • Troli kecemasan di Unit Fluroskopi
  • Gaun getah plumbum di Unit Fluroskopi
  • Tong sisa klinikal di Unit Fluroskopi
Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan Jabatan Radiolgi kerana telah berjaya mematuhi semua syarat didalam audit ISO yang dijalankan ini. Semoga Jabatan akan dapat mengekalkan kecemerlangan yang di capai selama ini untuk audit-audit yang akan dijalankan dimasa akan datang.