AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, Februari 25, 2015

Perhimpunan pagi 25 Februari 2015

Perhimpunan pagi 25 Februari 2015 telah dikendalikan oleh En. Muhamad Hafiz sebagai pembaca doa kerana Pn. Shuhada Sahnan cuti sakit. Perhimpunan dimulakan dengan doa pagi dan di ikuti dengan pengumuman oleh En. Hishamuddin mengenai Penempatan kakitangan bagi jawatan Juru X-ray U29 bagi mengimbangi kemasukan 4 orang kakitangan baru, penyelia EL/MC dan senarai tugas juru x-ray kanan. Beliau juga memaklumkan mengenai pertukaran bagi tugas menyediakan roster juru x-ray akan di bawah tanggungjawab En. Sadon mulai bulan mac ini.

Penjenamaan semula unit-unit di Jabatan Radiologi juga diumumkan oleh En. Hishamuddin. Unit-unit yang telah menjalani penjenamaan semula adalah:
  • Unit Pengimejan Payudara
  • Unit Intervensi
  • Unit PACS dan 3D lab
  • Unit Pengimejan Dental
  • Unit Pengimejan Dewan Bedah
  • Unit Pengimejan kardiovaskular
En. Sadon membuat pengumuman mengenai tugasnya yang akan menyediakan roster mulai bulan Mac 2015. Beliau akan mengkususkan untuk memperkasakan Unit Pengimejan Dewan Bedah dan Fluroskopi kerana unit core seperti MRI, CT Scan dan Intervensi Radiologi sudah diperkasakan. Ketua-ketua unit juga akan lebih ditempatkan di unit masing-masing dengan kerap lagi bagi memantapkan penyeliaan unit.

Juru x-ray U36 akan bertugas sebagai P1 selepas ini. Latihan lebih insentif bagi Unit Pengimejan Dental akan diteruskan lagi. Latihan akan di berikan oleh En. Nizam. Latihan insentif kakitangan akan diteruskan lagi dan akhir sekali beliau memaklumkan bahawa sehingga kini, proses permohonan cuti akan dijalankan seperti kaedah biasa sehingga beliau memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk di gunakan. 

Perhimpunan berakhir pada jam 8.45am.





Tiada ulasan: